Thank you so much for following this blog

Tuesday, June 15, 2010

Ku tak mampu untuk memaafkan..

Cuba lihat awan di sana, putih kebiruan, cantik bukan?
Cuba rasa angin yang menghembus lembut, nyaman bukan?
Cuba dengar bunyi burung yang berkicauan, merdu bukan?
Aku tersenyum menikmati segala-galanya,
Tapi selama manakah ia bertahan?
Mampukan ia akan terus bertahan?

Tiba-tiba awan biru itu bertukar kehitaman
Angin yang menghembus lembut, bertukar menjadi ganas dan penuh kemarahan
Dimana suara burung berkicauan?
Dimana suara kanak-kanak ketawa kegirangan mengejar bola di taman?
Sekelip mata...semua hilang bersama hujan dan guruh di langit.
Aku tergamam, aku terpaku
Datang rasa kecewa yang bukan kepalang
Bukan kerana hujan yang turun secara tiba-tiba
Bukan kerana aku tidak mensyukuri nikmat-Nya
Tapi kerana aku telah bersedia tapi habis basah, habis lencun semuanya.

Kain di ampaian, karpet di jemuran
Basah tudung baruku, basah kasut mahalku
Lencun baju merah kegemaranku
Aku kesejukan, aku kebasahan

Aku salahkan diriku sendiri,
Aku salahkan diriku, 
Terlalu yakin pada hangatnya sinar matahari
Terlalu alpa pada hembusan angin
Terlalu leka pada kicauan burung..

Ah,
Aku tak mampu untuk memaafkan...




7 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts