Thank you so much for following this blog

Friday, July 16, 2010

Rezeki secupak takkan jadi segantang???


Salam sejahtera to all my wonderful friends,

Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this week and lots of things happened to me. Oh ya, i got a good news today but i'm sorry, i cant share it here, too shy to talk about it in here..hehehe..

Well, let's check my entry title today. Rezeki secupak takkan jadi segantang, pernah tak dengar, ini pepatah orang-orang tua lah. Suddenly my friend, Adli Pasha asked me whether is it true when they said about 'rezeki secupak takkan jadi segantang'? Hmmm...

Lama juga zur terdiam, mencari kata-kata azimat yang mampu memberikan senyuman pada si penanya. Lama zur berfikir, zur tenung muka dia yang dah mula senyum-senyum kambing...Maklumlah, soalan tu, kalau dijawab dengan cara yang tidak kena dan jawapan pula serba meragukan, agak susah dan buruk akibatnya, pada hati dan perasaan, yang penting keyakinan diri boleh merudum.

Soalannya: "Kenapa ye, orang tua-tua boleh keluarkan idea bahawa rezeki secupak takkan jadi segantang? Betul ke, zur? Kalau tak betul, mesti takkan wujud pepatah tu kan?"..Setelah terdiam sambil otak ligat berfikir (otak rasa mcm dah jadi otak saintis, setiap minit ada sahaja benda baru yang nak kena ingat, dan benda-benda penting yang perlukan reminder setiap saat supaya tak terlepas dari list tanggungjawab WAJIB!!...huhuhu..), zur tarik nafas panjang dan perlahan, cuba mengatur ayat agar maksud yang bakal zur sampaikan itu boleh diterima dengan jelas.

Orang tua-tua dahulu memang sangat kreatif, sebab itu ada pelbagai pepatah yang diguna pakai sampai ke hari ini, even di zaman moden. Kadang-kadang memang agak ridicilous lah tapi bila difikirkan balik, memang ada maksud tersembunyi. Ia ibarat mentafsir Al-Quran. Kita tak boleh terus menterjemah dan mentafsir sesuatu ayat tanpa memahami ayat sebelum dan selepasnya. Jadi maksud zur, bagi pepatah rezeki secupak takkan jadi segantang tu, mesti ada kata-kata 'pengait' di sebelum dan selepas pepatah tersebut, baru lah maksud dapat disampaikan dengan sempurna.

Maksudnya? Maksudnya, kalau kita terima je macam tu, memang tak akan ada apa-apa pengajaran tapi cuba kalau kita luaskan scope, misalnya sebenarnya diorang katakan pada orang yang pemalas "kalau kau duduk je macam ni, main dam kat kedai hari-hari, memang tak jadi apa lah. Rezeki secupak takkan jadi segantang lah kalau macam tu". Amacam pakcik, ada faham ka?

Zur tak percaya bahawa pepatah ni sebegitu negatif. Atau mungkin ia dicipta oleh seseorang yang percaya bahawa rezeki tu, kalau banyak tu, banyak tu sahajalah, tak akan bertambah lagi. Tapi mungkin dia lupa bila Allah berfirman yang bermaksud "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereke sendiri". Kalau tak usaha, memanglah secupak tak akan jadi segantang, sedangkan busut boleh jadi bukit, air boleh melekukkan batu, sedangkan belakang parang pun kalau di asah selalu boleh menjadi tajam, sedangkan tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia, sedangkan ombak boleh mencipta pantai, takkan lah rezeki secupak takkan jadi segantang...tak gitu??

Yang penting, tepuk dada, tanya selera, tanya hati guna akal...fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts