Thank you so much for following this blog

Friday, August 21, 2009

Kebaikan yogurt


Salam semua,
Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab salah makan. Dia kata perut tak selesa, mungkin sebab makanan tak sesuai kot. Mungkinlah, ye lah, kalau hari-hari makan kebab, manalah perut nak tahan. So aku suggest dia makan yogurt. Yogurt?

Ramai yang tak tahu kebaikan yogurt, kita tahu makan je tapi tak sedar betapa berkhasiatnya yogurt. Kepada teman-teman yang hidup merantau atau sedang bercuti dan mengalami masalah penghadaman disebabkan oleh bakteria atau ketidaksesuaian makanan, ambillah yogurt sebagai tambahan dalam menu harian. Ia mengandungi nutrien dan bakteria baik yang mampu menguatkan antibodi badan sekaligus membantu tubuh menghadapi sebarang masalah kesihatan yang ringan seperti sakit perut, selesema dan sebagainya.

Kalau kita makan antibiotik, difahamkan ia akan menghapuskan sekali bakteria baik yang diperlukan oleh badan. Tetapi dengan amalan mengambil yogurt dalam diet harian, ia akan menghapuskan bakteria 'jahat' tetapi sekaligus menyeimbangkan atau restore kembali bakteria baik.

Oh ya, kepada mereka yang lactose intolerance dimana tubuh tidak boleh atau tidak mahu menerima sebarang product dairy termasuk susu, yogurt mengandungi kultur hidup yang akan mengurangkan kadar 'intolerance' (sometimes ada perkaatan yg susah nak diterjemahkan ke bahasa malaysia, sorry), sekaligus menjadi dairy product yang enak dimakan.


Yougurt boleh dimakan bersama buah-buahan, kekacang, kismis, ice-cream, smoothie dsbnya. Oh, ia juga kaya dengan kalsium, jadi yogurt sangat sesuai dimasukkan di dalam diet seseorang yg ingin menguruskan badan. Kepada teman aku tu, dinasihatkan ambillah yogurt. Ia ada protein yang tinggi, yang mampu memberi tenaga sepanjang hari. Lagipun ia menyengangkan dalam tempoh yg lama. So memang sesuai utk perantau seperti you tu.

Satu lagi info, seeloknya kalau makan yogurt, dan kalau tak habis, pastikan disimpan di fridge supaya kultur hidup itu tidak terhapus.

So, apa lagi...let's get the yogurt and enjoy it!!!

Tuesday, August 18, 2009

Cinta ini boleh membunuh!!


Coretan ini di tujukan buat seorang teman yang sangat manis dan baik sekali.

Cinta itu boleh membunuhmu. Semakin dalam kau mencintai dia, semakin kau menderita. Semakin kau cuba lari, semakin kuat dia menghampiri. Semakin kau cuba membenci, semakin sayang kau padanya. Semakin kau melupakan dia, semakin kau merindui dia. Mungkin dia bukan untukmu. Mungkin dia bukan tercipta untukmu. Mungkin dia bukan ditakdirkan untukmu.

Tapi jangan kau tolak dan hancurkan hatinya kerana mungkin suatu hari nanti, dia lah yang terbaik untukmu. Mungkin satu hari nanti kau perlukan dia untuk segala resahmu. Mungkin di suatu masa hanya dia yang mampu meleraikan segala deritamu. Siapa tahu hanya dia sahaja yang mampu menjadi pendengar setia. Mungkin juga hanya dia yang sudi membiarkan kamu menangis di bahunya. Jadi, jangan biarkan dia bersedih. Jangan kau sakiti hatinya. Jangan kau remukkan perasaan walaupun kau begitu ingin membencinya.

Teman,

Selagi kau masih mampu bernafas, selagi kau masih mampu tersenyum, selagi masih ada hayat, aku tahu dia akan terus memujamu. Walaupun suatu masa kau tidak tahu di mana dia, tetapi hati mu akan mengetahui bahawa dia sedang merindukanmu.

Ye, itulah cinta. Jauh di lubuk hati namanya akan terus terukir walaupun kenangan itu akan terus berlalu, akan terus sepi, akan merobek hati. Aku harap segala kekeliruan perasaan yang kau hadapi akan terlerai, terungkai lalu membentuk satu perasaan tenang dan penuh kebahagiaan.

Terimalah dia seadanya, kerana cinta sejati tidak akan pergi, dan pencinta sejati akan bersama denganmu sehingga mati....

Sunday, August 16, 2009

I am SPECIAL lady



Hi all,

Firstly nak inform beberapa perkara mengenai video ini:

1. Video ini dihasilkan oleh saya sendiri, Zuriati bt Jantan.

2. Gambar-gambar yang terkandung di dalam video ini adalah koleksi peribadi, yang diambil oleh amatur dan profesional photographer (masa shooting majalah).

3. Lagu di dalam video ini adalah sumbangan my best friend, Larry Tillman, seorang pilot berbangsa American-African, yang telah menjadi sahabat baik saya di skype tetapi telah menghilangkan diri selepas berkahwin (sangat sedih tapi itu pilihan dia)

4. Tujuan video ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan terhadap diri saya sendiri, selepas bergelar seorang isteri dan ibu. Perlu diingatkan penulis blog ini berhak ke atas dirinya sendiri.

5. Pencipta video ini sedia menerima sebarang kritikan positif, dan sebarang kutukan atau kritikan yang berbaur khianat atau berhasad-dengki tidak dibenarkan di blog peribadi ini.

*Terima kasih*

Vogue ke aku?

Salam sejahtera sahabat yang dihormati...

Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je. Rutin biasa di hujung minggu, melayan anak-anak, cuba menjadi ibu dan isteri yang baik, walaupun masih timbul ketidakpuasan hati di sesetengah pihak. Tapi, nak atau taknak, kita kena terima hakikat bahawa hidup kita ni singkat je, dan kita ni pula tidaklah sempurna. Jadi, jalan terbaik adalah menerima kekurangan dan kelebihan diri seadanya.

Oh ya, Jumaat lepas aku berkesempatan berbual dengan kawan lama, kawan semasa bekerja di office lama dulu, 3 tahun yang lepas. Banyak cerita yang dikongsi, especially pasal anak-anak lah memandangkan anak-anak kami kedua-duanya sebaya. Dah lama bercerita, tetiba keluar satu soalan dari mulut dia...." ko masih vogue lagi ke, zur?". Wah...wah...biar betul ni, vogue ke aku ni selama ni? Macam tak percaya je ada orang tanya aku macam tu.

Soalan tu aku sambut dengan ketawa kecil, ye lah, takkan aku nak mengaku aku vogue lak, dan nak kata aku tak vogue langsung, tak jugak (ha hahaha..masih nak memperasankan diri tuh..). Sebab dia kata " ye lah, dulu kau kan vogue". Wah, satu lagi kenyataan rasmi yang sekaligus mengesahkan ke'vogue'kan aku. Biar betul ni, tak tahu aku nak jawab apa, aku jawab je lah ' takdelah, dah bertaubat dah".

So hari ni, masa tengah lepak-lepak sambil melayan anak-anak, aku cuba mengimbas kembali zaman keremajaan aku (hahaha...tahun depan dh 30, kira tua lah tu, bukan remaja lagi). Rasanya pakaian aku takdelah seksi ke hape, cuma mungkin kena lah pada tempatnya kan. Lagipun aku bertudung, takkanlah aku nak pakai tudung tapi still pakai baju lengan pendek atau seluar
paras lutut, itu dah menyalahi undang-undang. Oh, aku rasa maksud vogue tu mungkin dari segi karektar aku yang happy-go-lucky, friendly and suka menyanyi-nyanyi masa kat opis lama tu (hey...my hobby is karaoke lah, tapi suara takdelah sedap sangat, tapi kalau dodoikan anak tu, setakat ni, diorang for sure terlena...heheheh). Pas tu lak, aku suka pakai baju ketat sikit (heheheh).

Oh, tapi itu dulu, kawan. Nampaknya masa telah mematangkan aku. Ye, kehadiran 2 orang cahayamata juga telah menjadikan aku seorang WANITA. Vogue tu, tengoklah, sometimes bila aku rasa nak vogue, aku vOgue lah secara bersopan, kalau aku rasa nak simple je. aku still usahakan agar simple aku tu tak terlalu simple sehingga masuk dalam kategori seksi lak kan. Orang kata, berpada-pada lah kan.

Oklah, cukuplah dengan gelaran vogue tu. Kalau kawan-kawan still nak panggil aku mamavogue, aku terima je, itu lebih baik dari digelar minah kurang ajar kan. Tapi skang ni, mamavouge ni sedang cuba memperbaiki diri. Mana yang tak elok, cuba dijauhkan, mana yang elok, cuba jadikan cara hidup. Yelah, kita hidup tak lama, nak pulak skang ni ada bermacam penyakit berbahaya, siapa tahu mungkin esok kita tiada lagi di dunia ni....

Tuesday, August 11, 2009

Penawar H1N1-Back to nature!!!


Salam sejahtera para viewers yang budiman,

Entry aku kali ini masih lagi berkisar tentang wabak yang sedang melanda sekarang ni, H1N1. Perlu diingatkan lagi bahawa pakar perubatan telah mengkaji virus ini dan mendapati ia sangat cerdik, dan mampu menembusi sistem pertahanan badan manusia. Walau apa-pun, kita tidak harus menyerah kalah dan seharusnya terus berusaha mencari penawar penyakit ini, kerana di dalam AL-QURAN ada menyebut bahawa tiada penyakit di dalam dunia ini yang tiada penawarnya kecuali MATI.

Justeru, berkat usaha golongan cerdik pandai di negara ini, aku telah menerima beberapa email yang menyalurkan maklumat berguna tentang cara pemakanan yang mampu membantu melambatkan penularan penyakit ini, dan dalam masa yang sama mungkin mampu menjadi penawarnya. Walau bagaimanapun, suka diingatkan bahawa kita sebagai manusia hanyalah berusaha, selebihnya berserahlah kepada ALLAH yang MAHA BERKUASA.

Berikut antara petua atau usaha yang boleh dilakukan bagi menghalang penularan wabak H1N1:

1. Makan atau minum minimum 6 biji epal hijau dan fresh orange setiap hari. Tidak dipastikan bagaimana cara pengambilannya tapi aku percaya, ia seharusnya tanpa gula dan tanpa ais. Pada mereka yang mengalami simptom2 seperti demam, sakit tekak dan selesema serta batuk, amalkan minum jus epal ini setiap hari sehingga demam kebah dan simptom-simptom tersebut berkurangan. Insyaallah.

2. Yang ini pula aku dapat melalui email Doktor bernama Dr. V.M. Palaniappan. Sumber adalah buku penulisannya yang bertajuk: Human Disease: Antaranya:

  • Boys should avoid dry masturbation (girls almost never do, and sexual urnions are certainly harmless for both gender)
  • Keeping awake late-nights is not very good. Over-working until body totally exhausted not good. Starving without eating food is not good for this disease. Strenuous exercise also are not good as it would make the body acidic.
  • Avoid consuming ACID foods, fruits and drinks, example: buah kundang, rambai, bacang, mango, duku, langsat, rambutan ( a few ok), mangosteen (very few, ok), durian (not too much), green belimbing (used for cooking (sweet buak belimbing ok), strongly sourish durian belanda, sour plums, roselle drink, asam jawa drink, oranges, pomelo and lemons ok since they contain plenty of potassium, sour pineapple, china imported tid-bits that taste sour.
  • Generally rice and rice based foods are good. All bottled drinks that may have citric acid should be avoided.
  • Food cooked 2-3 days ago should not be eaten as well, especially true for curry contains dhor dhall, green gram, groundnuts.
  • Must avoid eating chocolates. All forms of nuts should not be eaten in large quantities/ frequently.
  • Better to eat: drawgon fruit, sweet apples, honey melon, watermelon, pears, bananas, cucumber, onions, pumpkin and grey pumpkin.
  • Drinking coconut water and its meat on alternate days (during day time not by night) is good. Coconut water can be taken daily if one is travelling around or engaged in strenuous physical work.
  • The fruit of sea coconut is EXCELLENT if a person has already contracted the disease. It will give immediate cure. Now available in supermarkets in canned forms, they call it Sea Coconut, importer from Thailand or Singapore, white syrup or gula melaka preparations-both are OK. Uninfected people also can also eat this for prevention. Dosage: just 2 or 3 pieces only in the morning on alternate day until the hot season changes.
  • If infected, one should bathe 3 or 4 times a day in a cool tap water (hot water is bad)
  • Once infected, the person should eat RICE and rice based foods and avoid high protein diet, chicken, soybean, oily food. Wheat items are not good, powdered milk, papaya and other acid food should be avoided altogether.
  • IMPORTANT NOTE: All the above should NOT be continued forever. Do all the above only for a month or so, until the HOT season changes. After that, should eat all things in moderation.
3. Minum susu dan makan banyak buah-buahan jika mengalami simptom-simptom LIL.

Aku harap info-info ini dapat membantu rakan pembaca sekalian.




Monday, August 10, 2009

Release your tension at LUMUT


Salam para viewers, Dalam meniti kehidupan kita yang semakin mencabar ni, elok kalau aku luangkan masa untuk berkongsi info tentang satu tempat yang sempat aku lawati sebelum menularnya wabak H1N1 ni. Actually ini adalan trip family yang ke-2 kali dan personally, aku suka sangat bercuti ke bandar ni, rasa macam balik ke kampung sendiri. Ala, tentu korang tahu bandar Lumut di Perak, dan berdekatan dengan Lumut ni, ada banyak pantai dan salah satu yang famous ialah Teluk Batik.

Ok, kita cerita pasal perjalanan dari KL dulu. Nak ke Lumut ni takdelah jauh sangat, lebih kurang 2 jam perjalanan je dari KL (especially dari umah aku kat Damansara Damai). Perjalanan melalui highway takdelah membosankan sangat, tambahan pulak ada banyak perhentian yang mempunyai banyak kemudahan-restoran, tandas, tempat solat mahu pun stesen minyak. Tapi biasa kitorg teruskan sahaja perjalanan sampai ke Teluk Batik/ Lumut sebab nak cepat.

Di bandar Lumut ni ada banyak deretan kedai/ gerai yang menjual hasil laut-lautan seperti ikan bilis, ikan kering, sotong, udang kering dan segala macam cenderamata seperti fridge magnet (favorite aku nih), pakaian dan sourvenier yg lain. Bandarnya pun tak besar sangat, so senang nak jalan-jalan. Oh ye, di bandar lumut ni lah terletaknya jeti ke Pulau Pangkor. Masa menyinggah hari tu, sempat bawak anak-anak jalan-jalan kat tepi jeti tu, tengok feri berlepas. Seronok diorang, kebetulan cuaca tidak terlalu panas, dan udara nyaman, buat anak-anak aku leka.

Habis je shopping kat Lumut dan ambil angin , kami bertolak ke Teluk Batik (lebih kurang 30 minit perjalanan dari Lumut). Kat sini, aku melayan anak-anak especially Muqri mandi dan bermain ombak di pantai. Wah, memang seronok, hati pun rasa lega melihat pasir yang putih, mendengar deruan ombak, terasa begitu malas untuk pulang. Selepas puas bermain, kami melepak sambil makan ice-cream (sedapnya). Then selepas beli baju dan sourvenier kat gerai-gerai di tepi pantai tu, kami bertolak pulang ke KL.





Memang seronok dan berbaloi bawak budak-budak kt pantai ni. Pantainya bersih dan belum tercemar, di kejauhan boleh kelihatan kapal milik TUDM belayar di lautan nan luas. Insyallah, kalau berkesempatan dan keadaan mengizinkan, nak bawak anak jalan-jalan kat sana lagi dan bermalam di chalet di Teluk Batik tu.

Jomlah bercuti...

Tag from Asmidar

1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda.


2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
My friend, Asmidar Mariati. Kawan serumah masa study kt Uitm Shah Alam. Orangnya putih, kurus tinggi, suka ketawa, suka pakai gelang manik kat kaki. Masa last jumpa, dia couple dengan satu mamat ni (tak ingat dah apa nama dia), tiap-tiap hari dating...hik hik hik.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya...

a) Fakta : will turn 30
next year...
b) Fakta : sangat sayangkan family aku, especially hubby and anak-anak
c) Fakta : sgt sukakan kucing sebelum kawin tapi skang buat tak tahu je...hehehe..
d) Fakta : suka keje aku walaupun kekadang tension mcm nak giler..huk huk huk
e) Fakta : suka sangat pegi spa, buat urut-urut badan, walaupun takde duit akan diusahakan jugak..ello..kena appreciate diri sendiri jugak tau
f) Hobi : blogging...ambik gambar...blogging..ambil gambar
g) Hobi : karaoke...one day nak masuk 'jangan lupa lirik'..yeay...yeay..
h) Hobi : tengok HBO+Star Movies...boleh sampai sehari suntuk mengadap tv...hehehe
i) Fakta: penah nangis 3 hari 3 mlm sbb hilang gelang tangan emas kesayangan..xde rezeki :(


4. Pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.

a) atie
b) kathy
c) kak teh
d) sesiapa shj yg sudi

ok..sape nak tagged kita lagi, sila-silakanlah...hehehe

H1N1....cepatlah pergi!!


Aku dah tak tahan lagi, aku dah tak boleh bersabar. Penyakit atau wabak berjangkit ni mula mengundang ketakutan yang amat sangat pada diriku. Perlahan-lahan ketakutan ini menguasai diri, membuat aku tidak lena tidur dan makan pun tak berselera. Kerja pun tak boleh nak concentrate. Oh, bimbang pulak kalau terlalu risau nanti memakan diri. Beria-ia nak elakkan demam, tetiba itulah yang dapat, dek kerana rasa tertekan.Sabar..sabar, anggap ini ujian ALLAH tapi dalam masa yang sama kena siapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya kita tidak panik melulu.

Aku nak kongsi sedikit info dengan rakan-rakan pembaca tentang symptom2 H1N1. Dengar cerita hospital-hospital kerajaan dibanjiri mereka yang beramai-ramai datang untuk melakukan ujian saringan H1N1. Ada yang demam sedikit terus ke hospital. Tapi tak boleh juga nak salahkan mereka, siapa yang tidak risau kalau melibatkan nyawa. Aku pun sama, tapi dalam keadaan macam ni, kita harus tidak panik, harus bertenang supaya kita boleh berfikir dengan waras ,logik dan rasional. Selalu dapatkan info terkini dari sumber-sumber yang dipercayai, supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Cepat-cepatkan dapatkan rawatan sekiranya anda demam melebihi 38'c diikuti batuk atau sakit tekak, sakit kepala, sakit sendi atau cirit-birit/muntah. Kalau anda selesema atau batuk hanya sedikit, duduklah sahaja di rumah dan elakkan berhubungan dengan orang lain secara total, dan amalkan penjagaan diri yang betul. Jaga adab batuk, dan pakailah topeng muka jika terpaksa melakukan urusan di luar rumah.

Buat ibu-bapa, elakkan bawak anak-anak ke kawasan-kawasan terbuka yang ramai orang mcm shopping kompleks, ekspo atau konsert2. Aku pun sama, hujung minggu baru ni, aku hanya melepak di rumah dengan anak-anak. Sambil tengok gelagat diorang, boleh juga berehat, dapat jimat duit lagi. Oh ya, bagi yang muslim, boleh amalkan doa pengelak penyakit 3 kali pagi dan 3 kali petang.

Kita hanya berusaha, Allah yang tentukan. Kalau kita tak minta, macamana Dia nak bagi kan..sama-samalah kita berdoa semoga wabak ini cepat beransur pergi dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Kesian anak-anak kita....

*Hidup ini susah tapi kita harus tabah untuk menghadapi segalanya. Selalu ingat adanya Allah yang Maha Berkuasa, yang melindungi kita semua- Terry Scully, sahabat alam maya yang tidak pernah dikenali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts