Thank you so much for following this blog

Sunday, September 19, 2010

Rindu...


Lepak-lepak lepas pekena lemang dan rendang kaat rumah uwan..
Jumaat 17hb Sept, hari pertama bekerja selepas bercuti panjang. Kalau cakap pasal kerja, tak payah nak explain lah macamana keadaannya, tray dah macam nak pecah, atas kerusi, atas meja, tray depan belakang meja, merata-rata menunggu untuk diselesaikan. Itu belum termasuk email yang remindernya dah berpuluh kali keluar suh clearkan inbox, sampai tak tahu mana dah nak transfer, sampai kena create folder baru dalam personal folder. Itulah kerja, bos senyum sampai ke telinga nampak kelibat kulinya ni. Senyum tu, nak kata senyum senyum kambing, hansome sikitlah, tapi senyum sakit hati je tengok.

Sejak balik KL, hati asyik rindu je kat family kat kampung. Bila difikir-fikirkan balik, inilah tahun raya yang paling bermakna. Apa taknya, everyday full house, tak cukup dengan tu setiap malam ada je aktiviti kitorang bbq lah, birthday party lah, open table lah, pendek kata memang seronok, hilang rindu kat adik-adik dan family, nak pulak dah ada family member baru, si Ecah, bertambah meriah. Mak abah senyum tak putus-putus, atuk wan seronok tengok cucu cicit berkumpul...alahai.

hmm...rindu..Nasib baik sibuk, kalau duk melayan perasaan, mahu hari ni jugak balik kampung lagi. Alahai..rindunya..
The whole families was here....gelak tak berhenti-henti..mmmm... :)  
Dengan one of our superhero...mommy rindu ghafur la.. :(
Overrated action-dilarang meniru aksi ini...hehehe  
My sister...she is my best friend....forever
Berkhidmat untuk Negara...hehehe...he is my hero

 Rindu............... :(

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran, Salam Aidlfitri, Salam 1 Malaysia buat semua..

Selamat Hari Raya buat semua rakan pembaca yang beragama Islam, yang setia mengikuti perkembangan blog zur ni. Lamanya tak belek-belek blog ni, apatah lagi menziarahi 'rumah' kawan-kawan yang lain, ada satu dua blog yang sempat zur singgah, tapi banyak juga nampaknya yang tak sempat mengupdate blog, sibuk beraya ye?  

Macamana sambutan hari raya korang? Meriah? Penuh kegembiraan? Atau hilang serinya? Apapun kita harus bersyukur, Allah anugerahkan Aidilfitri ini sebagai meraikan kemenangan kita selepas berpuasa selama sebulan. Bukankah kita harus menjadi umat yang bersyukur?

Raya ni ramai yang ambil kesempatan berjumpa saudara mara, sahabat taulan. Zur pun sama, tak sesaat pun masa terluang digunakan untuk menonton tv atau tidur, bila free sikit mesti pergi menziarahi saudara-mara dan rakan taulan. Hey, kita kena hargai masa tau, bukan selalu dapat berkumpul, bertukar-tukar cerita, pas tu tukar-tukar nombor telefon..dan add ke facebook..habis nak buat macamana, dah trend masakini...hehehe.    

Okaylah, zur sebenarnya tak mahu berceloteh panjang, zur cuma nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua followers, active commenters and silent readers blog zur ni. Zur juga nak memohon ampun dan maaf sekiranya ada isu-isu atau cerita-cerita yang dikongsi dalam blog ini yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mohon Maaf Zahir Batin atas segala-galanya.

Semoga Aidilfitri ini akan membawa cahaya kegembiraan dan keberkatan buat kita semua. Insyaallah.

ps:Congrats to my friend, Asmidar yang akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi...

Ikhlas,
Zur dan family
www.siapalebihtahu.blogspot.com







Wednesday, September 8, 2010

Selamat Tinggal Bulan Kesayangan...

Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Terkilan sungguh rasa hati, Ramadhan kali ini tak dapat dimanfaat sebaik-baiknya, lantaran kesihatan yang tak mengizinkan. Sedih, kecewa bercampur baur menjadi satu perasaan bersalah yang bukan sedikit. Tapi apakan daya, zur anggap inilah ujian Allah.

Selamat tinggal ya Ramadhan, selamat tinggal bulan kesayangan, selamat tinggal bulan pujaan, kehadiranmu ku nanti, pemergiaanmu kutangisi, berat sungguh rasa hati ini, terkilan...amat terkilan. Belum pun kau melangkah pergi, kesunyian sudah mula bertapak di hati. Belum pun kau meninggalkan diri ini, kesepian sudah mula menyelubungi. Betapa, zur akan merindui saat-saat mengisi setiap detik di dadamu dengan beribadat kepada-Nya.Betapa, zur akan merindui saat-saat memenuhi tuntutan puasamu, melawan nafsu dan dengan redha bangkit di tengah malam, demi rahmat-Mu. Betapa..zur mengharapkan akan dipanjangkan umur ini dan diberikan kesihatan yang baik, agar zur bisa berjumpa lagi denganmu , ya Ramadhan, bulan seribu rahmat.

Terima kasih ya Allah, kerana memberi kami peluang untuk bertemu dengan bulan kesayangan ini, terima kasih kerana melipatgandakan pahala amalan kami, moga Kau akan izinkan kami bertemu lagi dengannya di masa-masa akan datang sepanjang hidup kami, Doaku; Ya Allah, kurniakanlah hambamu kesihatan yang baik, agar kedatangan bulan rahmat ini akan dapat aku manfaatkan sebaik-baiknya. Aku rindu, ya Allah, untuk berpuasa, aku mahu menikmati nikmat berbuka dan bersahur, aku mahu melakukan solat tarawikh, dan aku rindu ya Allah, untuk bangun di tengah malam sunyi, untuk bertemu-Mu, hanya Kau dan aku. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan ketabahan agar aku mampu menghadapi segala ujian-Mu.

Selamat tinggal bulan kesayanganku, selamat jalan pujaanku, tinggallah aku, buah hatiku...semoga Allah izinkan kita bertemu lagi tahun hadapan...insyaallah.

Monday, September 6, 2010

Keropok mony?

Salam isnin semua,

Hari ni agak busy, memang tak menang tangan, tapi lepas asar, alhamdulillah, dah agak lega. Tengah leka menghabiskan sisa-sisa kerja yang ada (walaupun hati dah sampai kat kampung-balik beraya..lalalala), tiba-tiba kat telinga ni terngiang-ngiang lagu iklan keropok mony

Sebenarnya zur tak pernah tahu apa itu keropok mony, tak pernah dengar nama dan tak pernah juga dengar akan kewujudannya. Uniklah nama tu, keropok mony...keropok mony. Anak zur, si Muqri yang selalu nyanyi, fikir hati, apa bendalah budak ni nyanyi..asyik keropok mony.....keropok mony. First time dengar asyik tergelak je, ingatkan dia mereka-reka (si mama dah kembang, ingatkan anak kreatif sangat sampai boleh create lagu sendiri...hehehe), sekali masa tengok cerita Qalesya keluarlah iklan ni. La, ini rupanya keropok mony...

Muqri: Keropok mony....keropok mony
Mama: apa abang, mony...mony...mana ada keropok nama mony
Muqri: Adalah mama...esok mama beli tau, keropok mony
Mama: Tengoklah (tak mahu berjanji sebab masih kabur-kabur akan identiti keropok mony ni...hehee)

Bila keluar iklan keropok mony, bukan si anak yang excited, maknya yang beria-ria, nak sangat tahu macmana rupanya keropok mony..

Muqri: Ma, itu...keropok moni...keropok moni
TV: Rangup setiap kali, Keropok Mony
      Hidang petang pagi, Keropok Mony
      Rasa yang menawan, Keropok Mony
      Untuk keluarga dan kawan, Keropok Mony

Mama: loooo....(sambil nyanyi lagu ..nippon paint...nippont paint)

Hehehe..lagu nippon paint pun best, tak caya cuba tengok..hehehe


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts