Salam sejahtera semua,
Hari ini Jumaat, hari yang penuh keberkatan, hari yang sangat afdal untuk melakukan kebaikan, hari yang sangat bagus untuk memberikan kemaafan. Perlu ke memaafkan? Ya, sangat perlu kerana manusia ini tiada yang sempurna, manusia ini tak akan pernah sempurna. Macamana? Senang, terima sahaja ketidaksempurnaan seseorang itu, ikhlaskan hati, cubalah tersenyum, jika senyuman yang dilemparkan itu terasa sungguh menyenangkan hati sendiri, itulah maknanya kita telah memaafkan dia.
Ini hanyalah satu bingkisan, buat teman yang tak kering airmata kerana cinta. Ya, cinta itu suci, kawan. Jangan disalahkan cinta jika kamu ditipu, jangan benci pada cinta jika kamu dibohongi. Cuma, cubalah berharap agar cinta kamu kepadanya dan cintanya kepadamu bukanlah satu PENIPUAN. Bagi zur, tak mengapa jika hati sedikit terluka,ia boleh sembuh dan luka kembali berulang kali kerana memang jelas, tiada yang sempurna, cuma cukuplah jika segala perasaan dan cinta itu tidak palsu. Beritahu padanya, dia boleh menipu atau berbohong atas apa alasan sekalipun tapi janganlah segala perasaan sayang, cinta dan rindu itu dikotori dan dicemari dengan segala penipuan dan pembohongan.
Apa rasanya jika ditipu? Zur tak tahu nak jelaskan macamana perasaannya, bukan kerana zur tak pernah ditipu tapi kerana zur seorang yang amat mudah memaafkan. Salah zur sebab zur amat mudah percaya pada kata-kata orang lain, suka menerima tanpa berfikir. Hmm...Mungkin muka zur akan merah padam menahan marah dan jika zur mendengar sepatah lagi kata, airmata ini akan terhambur bersama segala perasaan-benci, terhina, sakit hati, marah, dikhianati, tapi selepas zur mengesat airmata yang terakhir, i know i will be okay. Tapi itu zur, mungkin pada orang lain lain pula caranya, tapi buat teman zur yang amat dikasihi ini, i know we are same.Cuma zur harap janganlah ada dendam tersimpan di hati. Jika dia menipu, jika dia berbohong walau atas alasan sebesar kuman sekalipun, biarkan dia. Adakah dia akan tenang? Adakah dia akan gembira? Adakah dia akan bahagia? Sesungguhnya Allah itu telah berjanji, bahawa setiap kejahatan akan diberi balasan setimpal dengan perbuatan.
Buat temanku yang dikasihi, zur tahu, memang perit untuk memaafkan, tapi hati kita akan tenang, jangan berfikir terlalu banyak, jangan bazirkan airmatamu hanya untuk seseorang yang melukakan kamu, mungkin dia ada alasan yang tersendiri, dengar penjelasannya, fikirkan logiknya. Apa tindakan seterusnya, pertimbangkanlah sebaik-baiknya.
Walau apapun perasaan kamu, segala keperitan itu, kesakitan itu, perasaan dikhianati itu, kebencian itu janganlah benarkan ia memayungi perjalanan hidupmu sepanjang masa. Kemaafan selalu menjadi dendam yang terindah, ibarat ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Percayalah, dalam gerimis hujan itu kita akan menghargai pelangi yang muncul selepasnya...
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
No comments:
Post a Comment