Thank you so much for following this blog

Friday, June 29, 2012

From the bottom of my heart..

Bismmillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa aku rasa bersyukur tatkala membuka mata selepas lena yang panjang,di pagi Jumaat, penghulu segala hari.Terima kasih wahai Tuhan kerana membenarkan aku hidup menumpang dibumi-Mu. Terima kasih kerana memanjangkan umurku, sehingga genap usiaku 32 tahun hari ini,lengkap dengan kesihatan yang baik, rezeki yang berpanjangan dan pahit manis hidup yang memberi pengajaran.

Banyak yang aku belajar selama ini.Penghijrahan yang dilakukan ternyata bukan sesuatu yang menghampakan. Walau apapun sekurang-kurangnya aku masih mampu mengukir senyuman apabila mengingatkan ejekan orang terhadapku. Biarlah, aku tak punya kuasa untuk menahan mereka daripada menyatakan pendapat mereka tapi aku tetap percaya, rezeki ada dimana-mana. Selagi kita berusaha, maka rezeki halal tetap ada.

Aku juga sudah tidak mampu lagi untuk menyenangkan hati semua orang. Cukuplah aku bersederhana dalam segala-galanya, selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Esa. Aku juga merasakan bahawa berdiam diri adalah lebih baik bagiku. Biarlah orang menganggap aku sombong tapi aku tetap akan tersenyum seadanya.Entah, hati ini rasa seperti sudah tidak berkuasa lagi untuk berfikir dan memberi pendapat. Jika 0, 0 lah ia..biarkan ia hanyut bersama masa.Aku sudah tak mampu lagi untuk mengambil berat..cukuplah.

32 tahun...aku sudah sampai di tahap dimana "cukuplah seadanya". Buat pertama kalinya, ulangtahun kelahiran tahun ni disambut serba tiada. Tiada panggilan telefon untuk ucapan selamat dari teman-teman yang pernah rapat suatu ketika dulu, tiada surprise party seperti sebelumnya, malah hari lahir kali ini juga tak sesibuk sebelumnya. Ternyata kesibukan menguruskan hidup membatasi segala-galanya. Dan buat pertama kalinya hati ini begitu kosong, sedih tidak, gembira pun tidak. Ianya just okay..

Walaubagaimanapun, mujurlah ada facebook. Terima kasih pada ucapan dan ingatan kawan-kawan terhadap aku. Yang paling penting, terima kasih atas segala doa-doa kalian. Buat suami dan anak-anak, terima kasih atas kek yang sangat sedap yang pernah mama makan. Mama sayangkan kalian dengan sepenuh hati. And for my dear sweetheart, i want you to know that i love you with all my heart.

Terima kasih semua. Terima kasih atas segala doa yg disampaikan melalui sms, bbm, facebook etc. Walaupun ianya hanya sepotong ayat, moga Allah perkenankan doa kalian.
Tetapi hanya ada 2 perkara yang aku minta pada Dia, walaupun aku rasa malu kerana banyak berdosa pada-Nya tapi aku sentiasa tahu yang Dialah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

From the bottom of my heart...thank you so much. Love you all :)


With love,
Zur

29 June 2012
10.50pm









Tuesday, June 12, 2012

Yang ditemui, Yang pergi..

Kepulangan ke kampung halaman hujung minggu yang lepas banyak memberi pengajaran dan kegembiraan. Tak sia-sia bangun awal di pagi sabtu, melupakan keenakan tidur berpanjangan selepas penat bekerja selama 5hari. Tak sia-sia bertungkus-lumus bersiap-siap mengemas rumah dan kain baju semata-mata untuk memastikan dapat tiba awal di kampung, rasa berbaloi melihat senyuman mak dan abah yang menanti kepulangan kami sejak malam.

Yang ditemui
Sejak berhenti sekolah menengah, tak jumpa lagi rakan-rakan sekelas yang pelbagai ragam.Hanya facebook menjadi penyambung silaturrahim. Best friends, true friends, good friends, semuanya hilang entah kemana. Mungkin sekali-sekala pulang ke kampung ada terserempak di jalanan atau sewaktu membeli barang-barang dapur di kedai runcit tapi kebanyakan masanya aku tak dapat lagi mengecam mereka. Ada yang dah bertambah kurus, ada yang semakin berisi, ada yang dah bertudung litup, ada yang makin seksi, masing-masing berubah bersama aliran waktu. Seorang teman yang baik, memang dah tak pernah berjumpa sejak habis PMR kerana dia menyambung pengajian di sekolah lain menegur aku ketika aku sedang melayan karenah anak-anak yang mahu membeli gula-gula. Terkejut dan rasa terharu, tak sangka dia boleh terus mengingati aku sebaik sahaja dia terpandang wajahku. Terima kasih duan. Seorang lagi, teman yang rajin mengusikm, tinggalnya tak jauh dari rumahku di Damansara,tapi tak pernah berjumpa, ternyata kampung halaman juga yang menemukan kami. Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat membesar bersama-sama...

Yang pergi
Aku punya seorang bapa saudara, satu-satunya bapa saudara sebelah emak yang amat aku sayangi. Dia tidaklah selalu aku jumpa,sementelah dia juga sibuk menguruskan hidup dan keluarga dengan anak-anak yang agak ramai. Apa yang aku tahu dia punya seorang sahabat yang kemana-mana pun selalu berdua.Namanya pakngah Najib. Mereka sangat aku kagumi, membantu sesiapa shj yang memerlukan dengan ikhlas. Pakngah ini mempunyai 5 orang anak dan setahu aku isterinya kurang sihat dan tidak berupaya untuk melakukan kerja-kerja berat. Satu berita yang sangat mengejutkan yang disampaikan kepada aku ialah Pakngah Najib ini telah meninggal dunia minggu lepas, selepas mengadu kepenatan sebaik sebaik sahaja pulang dari kebun, dia meninggal di dalam tidur. Tinggallah isterinya menguruskan anak-anak keseorangan. Sangat pahit untuk ku dengar, tanpa diduga, airmata mengalir, membayangkan betapa peritnya membesarkan anak-anak tanpa suami dan pendapatan sebagai sumber rezeki. Tuhan, beratnya ujian-Mu pada mereka, berikanlah mereka kekuatan untuk meneruskan hidup....

Hidup..memang ada masanya tak boleh dijangka. Allah telah menulis perjalanan hidup kita, dan kita sebagai hamba-Nya harus redha dengan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan. Memang aku tak pernah merasai peritnya kehilangan, malah membayangkannya pun aku tak mampu tapi aku menerima keperitan orang lain itu sebagai satu pengajaran, supaya aku menjadi manusia yang bersyukur.

Tidak kisah apa yang ditemui, tidak kira siapa yang pergi...Allah tak pernah menjanjikan hidup ini mudah untuk dijalani. Duhai hati, tetaplah pada jalan-Nya, semoga Dia terus membimbing kita menuju redha-Nya

Salam sayang,
zur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts