Thank you so much for following this blog

Thursday, January 12, 2012

Suatu noktah. Satu permulaan.

Manusia memang tak pernah cukup. Manusia jarang tahu bersyukur, malah acapkali mengeluh dengan nikmat Allah, takbur dengan rezeki Allah. Jangankan ingin mengucapkan alhamdulillah malah diperlekehkan rezeki Allah. Manusia...mudah alpa.

Aku tak mengatakan orang lain begitu malah aku akui bahawa aku banyak kali terlupa akan rezeki itu datangnya dari Allah. Adakah kita rasa kita sudah cukup puas hati dengan apa yang kita ada? Tak mungkin. Adakah kita rasa bahawa kita mahukan lebih daripada yang kita ada sekarang? Jawapannya ya. Positifnya kesan pemikiran ini ialah kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai apa yang kita mahu. Anda juga kan?

Aku ingat lagi sewaktu bekerja di sebuah syarikat kecil dengan gaji bersih RM800 sebulan, dengan bos yang perangai macam taik, dengan bebanan kerja yang buat aku rasa aku ni keldai suruhan. Waktu itu breakfast dan lunch adalah 2+1, sebab nak berjimat. Suatu masa aku berjalan-jalan di KLCC, melalui sebuah butik menjual handbag terkemuka. Apa yang aku mampu buat hanyalah berjalan dengan laju sambil membuang pandangan sejauh mungkin , bimbang hati akan terpaut dengan mana-mana handbag yang dijual di situ kerana aku tahu aku tak mampu memilikinya, walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.

Aku masih ingat aku mengadu pada tunangku (yang kini sah menjadi suamiku) tentang handbag yg cantik tapi harganya mahal. Aku ingat dia hanya membisu. Aku ingat yang aku menyesal bercerita kepadanya, bimbang dikatakan sebagai tidak memahami keadaan kami pada waktu itu.

Life go on. Aku diterima bekerja di sebuah company yang lebih besar dengan pendapatan yang lebih baik. Waktu itu aku masih ingat yang rakan-rakan sepejabat suka ber'holiday' ke oversea, sekejap ke Aussie, sekejap Paris, sekejap ke London. Aku hanya mampu melihat dan mendengar cerita mereka. Aku masih ingat yang aku mengadu kepada suamiku tentang perkara tersebut tapi dia hanya membisu. Aku masih ingat di ketika itu aku sekali lagi rasa bersalah kerana membebani suami dengan permintaan-permintaan sebegitu. Aku masih ingat aku rasa menyesal bercerita kepadanya, bimbang dikatakan sebagai isteri yang tidak memahami keadaan kami pada waktu itu, yang masih belum stabil selepas mendirikan rumahtangga.

Sejak itu aku tak pernah bercerita apa-apa. Aku simpan segala kemahuan dan keinginan diri jauh di sudut hati. Ironinya, aku menganggap segala yang kusimpan itu adalah sesuatu yang sangat penting dalam menilai kemampuan aku. Aku berusaha lebih gigih. Dengan duit yg aku perolehi dari hasil titikpeluh yang halal, aku beli apa sahaja yang aku mahu. Malah aku juga ligat memenuhi impian aku untuk mejejakkan kaki ke negara orang. Aku aku tak mahu menjadi hamba duit, menganggap duit hanyalah perkara remeh utk difikirkan kerana aku masih mampu untuk bekerja sendiri. Masih sihat...dengan izin Allah.

Dan hingga suatu ketika, tiba-tiba aku berhenti memenuhi impian aku. Kerana apa? Kerana aku letih mengejar kebendaan. Aku penat. Bila masa, aku berjalan seorang diri di shopping mall yang suatu ketika dulu menjadi persinggahan utama aku untuk menghabiskan duit, setiap benda yang pernah aku lihat penuh nafsu kini bagaikan benda yang tidak bernilai di mataku. Kosong dan langsung tak bermakna.

Adakah aku sudah puas? Tidak. Tapi aku sudah puas memenuhi impian yang aku simpan seorang selama ini. Handbag mahal, kebebasan berbelanja malah aku mampu membuat simpanan utk diri sendiri dan anak-anak. Aku rasa sudah puas mengejar kebendaan. Dan secara tiba-tiba aku rasa sungguh penat, sangat lelah. Ada masanya aku give-up kerana ada juga yang seakan-akan cuba bersaing dengan aku walhal, demi Allah, apa yang aku buat, apa yang aku beli hanyalah utk kepuasan diri, bukan utk menunjuk-nunjuk apatah lagi bersaing dengan rakan-rakan. Aku letih dengan semua ini.

Kini biarlah apa yang orang kata.Biarlah orang sibuk shopping sana-sini. Let them fly wherever they want. Go on, i dont mind. I just mind my own business so stay away and mind only yours. U wanna buy that stuff because i got one, go ahead. Whatelse...go ahead. Just.....stay away from me.

Hidup kita tak panjang. Banyak kali aku berdoa agar Allah bagi aku petunjuk dan hidayah. Dan baru kini aku rasa Dia memakbulkannya. In HIS own way. Mungkin segala halangan-halangan yang ada adalah antara cara bagi-Nya untuk mengucapkan padaku "cukuplah tu". Mungkin kata-kata suamiku ada benarnya. I wanna make a u-turn before I completely lost. I shall. Nyawa yang bagaikan dihujung tanduk, bila tiba masa Dia mahukannya semula, apakah bekalan aku?

I ask myself and u ask urself. Hope all of us akan terus mendapat hidayah-Nya

 Ps: Aku lebih takut kehilangan hidayah Allah. Kalau satu hari aku derhaka pada-Nya, mampukah aku sujud dan memohon ampun kepada-Nya? Tidak malukah aku?

With Love,
Zur

Tuesday, January 10, 2012

Pantang 44 hari...bukan pantang jumpa tau!

Gambar ihsan uncle Google
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong.

Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.

Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersain secara normal.

Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat, tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.

Terdapat juga wanita yang mulai berjimak selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.

Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul merkah dan mentah. Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal, kedudukannya masih belum mantap.

Aktiviti berjimak akan menarik turun posisi rahim ke peringkat peranak rendah atau prolaps tahap pertama. Ibu akan terasa berat di bahagian pelvis atau ari-ari dan kurang selesa apabila membuang air kecil dan adakalanya kerap membuang air kecil. Lama-kelamaan ini menimbulkan rasa lenguh atau sakit pinggang, bisa-bisa betis serta sakit tumit, badan terasa berat, letih selain bisa otot dan sendi. Apabila sampai ke peringkat yang serius, bahagian lutut terganggu oleh rasa sakit dan bisa serta bengkak. Gangguan di bahagian lutut menandakan berlakunya kelemahan di bahagian peranakan.

Oleh yang demikian, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa ibu bersalin normal dipantangkan berjimak sehingga 44 hari. Difahamkan pada hari ke 44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan kembali memperkemas kemantapannya dan berada dalam proses penyembuhan peringkat terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa itu, ibu dilarang ke mana-mana dan perlu berehat. Jika terjadi kemalangan seperti terseliuh kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut sukar dirawat. Ada ibu yang berjalan tempang atau lumpuh kerana bentan urat sum, iaitu tersentap urat besar di bahagian pinggul. Ada juga yang keluar tombong kerana terhentak punggung dengan kuat dan kejadian ini menyebabkan penderitaan selama-lamanya. Kejadian ini bukalah kisah dongeng, tetapi telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Ibu yang kemalangan ini mesti mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun dapat disembuhkan, kesannya, ibu tersebut cepat laih dan makan tua sebelum usia.

Lazimnya, hari yang ke 45 ialah hari kelepasan tempoh pantang ibu bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan, hari kelepasannya ialah hari yang ke 50. Pada masa yang tersebut, ibu boleh kembali melayan suami dengan mesra secara mana yang diinginkan. Bagaimanapun, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan pantang bagi ibu bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke 101 kerana telah terbukti berkesan melambatkan proses penuaan, disamping memelihara tahap kesihatan

A very late new year wish and notes for fulltime housewives out there..

Humph!

Dah berapa lama tak menjenguk blog ni, dah bersawang-sawang, sama macam empunya blog. Hey, happy belated new yeAR peeps...baru 9 hari kita menjejaki tahun baru, banyak betul perkara yang berlaku. Tahun ni bermula dengan agak perlahan. Maybe terlalu sibuk dengan urusan harian, my life 4 times busier than last year, what a heck but this is life. Eh, korang rasa Michael Jackson tu hidup lagi ke? Keh..keh..keh...melencong kau!

Well, actually tahun ni anak bujang dah masuk standard 1. Phewww...kus semangat. Macam-macam perkara sepanjang minggu pertama persekolahan. Ada yang lucu, ada yang seronok di lihat tapi banyak juga yang menuntun perasaan. Hairan betul budak zaman sekarang, punyalah berani, sampai xde sorang pun yang menangis di hari pertama. Fuh, bangga, siap leh buAt lawak dengan cikgu. Kalau aku lah yang jadi cikgu, sure xde masa nak mengajar, sure asyik tergelak je. Lawak. Cikgu suh siapkan kerja sebab nak bawak g jalan2 (maksudnya di kawasan sekolah), tapi ada suara dr belakang yang bertanya "kita nak pergi ke rumah hantu ke, cikgu? Even time aku menulis ni pun, masih bersisa gelak penuh kelucuAn. Hahahaha...korang sangka tak akan keluar soalan macam tu...kids!

Time to school...bersama di adik yang menjadi PA tetap si abang....
Selepas hari ke-3, kalau fb ask me "what's in your mind". I would say "RESIGN". That's the only words that i have in my mind at that moment. Kenapa? Ada banyak sebab, dan sebab yang paling utama ialah aku kasihan yang teramat sangat sebab anak aku terpaksa bangun awal-awal pagi sbb kena bersiap sedia ke sekolah, van yang hantar dan ambil, then sampai di taska jam 2 lebih then rushing kena bersiap untuk kelas agama lak. Entah sempat makan atau tak. Then habis kelas agama, balik semula ke taska, bukan rumah sendiri,meaning he cant rest like at his own house. And i can imagine he skipped zohor and maybe asar sebab takde siapa yang boleh push mcm his own mama and babah did. Poor boy..  
This is the thoughest moment as a mom in my life, where it leads to non-stop crying for almost 2hours after ISyak. Maybe most of the working mother out there can understand this feeling...unexplain feeling. I cant bear to picture out his smile while wave his hand to me from the van that full of other kids. He is smiling but it's really broke my heart...berkecai-kecai bagaikan kaca terhempas. Sedih, sebak, hiba bergabung menjadi satu perasaan negatif yang sukar digambarkan. Moms out there, can you feel what i feel?

Kak eynda and all fulltime housewive out there, if you read this, i want you to know that you are so lucky that you are "capable" to stay at home and be a fulltime housewive and be there to your kids anytime they want when we, working mom have a darn limited time to do that. Your kids is so lucky that they can see their mom greets them and ask wheather they had a good day or not everytime they back from school where other kids have to manage themselves till their parents back from work,normally after 8pm. Your kids are lucky that they have mom to sit and study with them, where most of kids have to wait for their parents to share their wonderful story. And you are so lucky that you can see and fully-involved for their development while we, working mom missed alots of beautiful moments with our kids. You are just lucky and im so jelous.

Anyway, like i said, this is life. Yes, it is true that sometimes we have few choices only in our life and to make a good decision, most of the times it need sacrifice. I, as a working mom sacrifice my feeling and my rest time to make sure few hours after i reach home is a time for me to listen to my kids. Memang, ia tak sama but better late than never. I just want them to know that whatever it is,they are important and matter to me. All the time...

Allah, please listen to my doa and protect my kids from any danger. For a man who plays a very important role in this family, i just want you to know that i cant do this without ur support. Thank you so much for always be there when i need you. Thank you for your hug when i think no hope for me at all. Me and our lil' gems loves you so much.

Thanks all for read my blog.
Till then...double thumbs-ups for all moms in the world.


With love,
Zur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts