Thank you so much for following this blog

Sunday, November 29, 2009

Perfume...oh...perfume..

Pening..pening...lagi pusing, geram pun ada, frustated lagi. kenapalah diorang tak keluarkan dah benda alah ni.Kenapa? Kenapa? Kenapa dunia begitu kejam pada aku (hehehe...'ter'emotional pulak). Bila tima aku nak, time tu lah korang stopkan market kat malaysia ye. Dah seminggu aku mencari, habis semua shopping kompleks kat KL ni aku redah, semata-mata nak memenuhi keinginan dan kehendak hati yang makin membuak-buak ni, tapi semua berikan alasan yang sama...memang dah tak ada dijual di Malaysia ni. Parah ni, bikin lagi capek gue.


Hehehe, sorry ye, mesti semua tertanya-tanya kan, apa benda lah yang megundang tekanan di hati ni. Heh! Bukan apa pun, perfume je, ni Sensi from Girgio Armani. Sah lama cari tapi memang dah takde jual di Malaysia ni (atau pencarian aku yang belum bertemu matlamatnya kot). Takpe, ada beberapa shopping kompleks lagi yang masih belum dicuba, mana tahu nasib baik kan, boleh ketemu hajat di hati.


Perfume ni, baunya lembut tapi karismatik. Kalau pakai, rasa sangat 'preofessional', so lovely dan sangat 'menggoda' (ini pendapat perobadi tau). Lagipun baunya tak terlalu menyengat seperti sesetengah perfume tu. Baunya macam mana? Hmm....more to floriental...woody, floral and oriental notes of kaffir lime leaves..hmm..whatelse ya..barley, Palisander woods, vanilla and delicate flowers mimosa and jasmine. 

Perfume ni dipasarkan pada 2002 (ingat lagi time ni work as a reporter for Malay Mail, got sample for this perfume, terus cuba dan terus fell in love, like love at the first sight). Lama jugaklah pakai perfume ni, sebelum bertukar ke Flower from Kenzo. Bukan sesuatu yang dihairankanlah sebab aku suka memang suka bau-bungaan, so skang teringin nak dapatkan Sensi ni, tapi malangnya, dah tak dijual. Ada satu je cara kalau betuk-betul mahu iaitu online shopping tapi still, not really sure abt the originality of the product. Yelah, online i, payah sikit sebab kita tak tengok physically barang tu. So sebab sangat pasti yang harganya mahal, rasanya tak payahlah ambil risiko kan.


Mahu atau tak.....operasi akan diteruskan..!!

Thursday, November 5, 2009

Welcome to school, son...goodbye ipod !!

Hahahaha...huhuhuhu....


Nak ketawa ada, tapi nak menangis lagi banyak, rasa tak percaya pun ada. Tak sangka, tup tap tup tap, anak aku dah pun 5thn next year, dan dah tiba masanya untuk dia ke sekolah, melebarkan langkah, menimba pengalaman, mempelajari sesuatu yang baru dalam hidupnya,sesuatu yang lebih formal dan berbentuk ilmiah. Sayang, welcome to school!!


So since last month, aku dah mula survey mana-mana pre-school yang bagus dan having a good co-curriculum, kalau boleh yang boleh ajar solat dan mengaji sekali. Penting tu, nak pulak anak lelaki sulong, insyaallah, mudah-mudahan boleh jadi imam solat, boleh doakan aku kalau ditakdirkan aku mati dulu nanti. Besarnya harapan yang ada, tak terucap dek kata-kata. Hati pun bimbang tidak terkira, nak melepaskan anak tapi demi kebaikan dan masa depan dia, terpaksalah mamanya ni tabahkan hati, kuatkan semangat dan beri sedikit kepercayaan pada dia untuk belajar melangkah sendiri. Jika dulu pengalaman diperolehi dan dipelajari daripada orang lain, kita tibalah masanya dia mencipta pengalaman dan kehidupannya sendiri.



Tapi inilah nak diceritakan, antara kehendak dan keperluan, nampaknya keperluan kenalah diutamakan. Situasi sekarang, keperluan adalah menghantar anak ke sekolah dan kehendak mama nya ni: IPOD NANO. Huhuhuh...lama pendam keinginan, penuh keazaman untuk pastikan bahawa aku akan dapat jugak one day nanti tapi bila dah cukup ongkosnya, nak kena bayar yuran sekolah anak pulak. Huhuhu, nak nangis pun tak guma, sabo ajerlah. Nak buat mcmn, rezeki takde lagi buat masa sekarang. Tunggulah, kot kot company bagi increment next year...insyallah.


Tak sangka pulak mahal benar yurannya (yelah, agaknya sekolah tu bagus kot, itulah sebabnya, well, no pain no gain kan). Monthly pun dah cecah RM300  (huhuhu...nangis dalam hati je lah ni). Belum masuk pakaian lagi and extras...sabar...sabar...rezeki Allah ada, kena usaha lebih ni.


Tak mengapa, pelajaran lebih penting.  Kalau berilmu, dihormati orang, kalau berpelajaran, pemikiran akan lebih matang, optimistik, logical and lebih positif. Kalau berpelajaran, kita dipandang tinggi di mata masayarakat, masa depan cerah, hidup lebih berguna dan bermakna.


Anak, tiada apa yang lebih membahagiakan mama, melihat kau ketawa. Tiada apa yang lebih mendukacitakan mama melihat kau berduka. Kuatkan hati, sayang, pergilah melangkah, jauh ke hadapan. Melompatlah setinggi langit, tapi jangan lupa rerumput di bumi. Jika kau di atas,wahai anak, ingatlah orang di bawah. bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa berusaha memperbaiki diri, jangan mudah berputus asa, jangan mudah mengalah. Walau apa pun terjadi, mama akan sentiasa di sini....dekat di hatimu.






Monday, November 2, 2009

Puing-puing kehidupan


Salam semua,

Lamanya tak update blog ni, rindu sangat nak berkongsi cerita tapi apakan daya, memang tak sempat langsung, walaupun dalam kepala ni ada seribu perkara yang ingin diberitakan. Adik-adik dan kawan-kawan yang mana menjadi pengunjung setia blog ni dah asyik bertanya, "hello along, takde cerita baru ke?". Sabar..sabar...jangan terburu-buru, meh sini nak dikhabarkan beritanya.


Tapi itulah kehidupan, ada masa kita rasakan bahawa kita sangat terluang tapi sebenarnya masih ada yang belum selesai. Namun ada juga ketikanya, kita rasakan hidup ini sangat-sangat menyesakkan dan sempit ruangnya, tetapi sebenarnya (rupa-rupanya) ada juga masa untuk berseronok dan bersukaria kerana firah manusia memang begitu, kita perlukan kegembiraan, kita juga perlukan kesedihan, maka jika ada kedua-duanya, insyaallah, kita akan bertambah matang dan bersemangat menghadapi hari esok. Dan sebenarnya ini hanyalah sebahagian daripada puing-puing kehidupan..
.
Kehidupan aku selepas Aidilfitri penuh cerita suka duka. Ada masa gembira, asyik tertawa, dan ada masanya sedih tak terkata. Kerja..ya ampun, boleh dikatakan memang tiada masa untuk 'berpoya-poya' seperti dulu. Setiap saat yang berlalu menuntut kesabaran, keazaman dan tekad hingga adakalanya aku mengabaikan insan-insan tersayang dalam hidup aku. Tapi ada masanya aku sangat enjoy dan bersyukur dengan kehidupan aku, mana tidaknya dengan segala cerita yang berlaku di dalam kehidupan aku membuatkan aku rasa lebih 'hidup", lebih bernyawa, tabah dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Terima kasih kepada insan yang sudi memberi kemaafan dan menerima aku seadanya. Hanya Allah yang boleh memberi balasan yang setimpal atas kebaikan dan kemaafan itu.


Anak-anak...merekalah segala-galanya. Melihat mereka membesar dengan sihat dan gembira, berlarian, saling bergurau, usik mengusik membuatkan aku menjadi insan yang bersyukur, mengingatkan aku betapa bertuahnya aku kerana berpeluang menjadi seorang mama. Ya Tuhan, sihatkanlah anak-anakku, gembirakanlah mereka dan lindungi mereka dari segala keburukan. Amin. Abang, zara, mama sangat sangat sayangkan kalian berdua, Allah sahaja yang tahu banyak mana kasih sayang itu, sayang. Mama sanggup lakukan APA SAHAJA, asalkan kalian bahagia, asalkan kita bersama sehingga ke hujung nyawa.


Oh ya, wabak H1N1 yang melanda seluruh negara baru-baru ini membuatkan aku menjadi insan yang lebih 'alert' dan berhati-hati. Kebersihan semakin diutamakan, salah satu benda wajib yg ada dalam handbag aku ini (selain bedak compact and lipgloss :p) ialah instant hand sanitizer. Kena berjaga-jaga walaupun wabak ni dah semakin reda, espeially anak-anak, lama jugalah tiada sesi outing ke shopping complex, pilihan yang ada, sama ada lepak je kat rumah (yg ni dah tentu the whole day jadi chef kat dapur) atau kalau dah kesian sangat, bawaklah ke kawasan taman, ambil angin segar. Extra caution: make sure ambil supplement especially anak-anak kena ambil vit.C dan banyakkan makan buah-buahan (aiyoo, nasib baiklah aku ni suka sangat makan buah-buahan...selamat...).


Tapi itulah, kita doakan yang terbaik ajalah kan. Sekarang sudah bulan November, lagi sebulan, insyaallah, kalau panjang umur, sempatlah dengan thn 2010.Sempatkah umurku mencecah 30 tahun hadapan? 


Merenung kembali segala pengalaman yang diperolehi dan DIPELAJARI sepanjang tahun ini...phewww...banyak sangat. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Manusia tidak sempurna (tiada siapa sempurna) tapi kita kena selalu pandang ke hadapan, terus mengatur langkah, pastikan tidak terserong arahnya, jika sesat dihujung jalan, pulanglah ke pangkal jalan dan mulakan langkah yang baru.


Bersihkan hati dan nurani, mintalah keampunan dari Allah kerana DIAlah tuhan yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukakan minda, luaskan pemikiran, bersihkan hati, sentiasa memaafkan, kerana sekali lagi, manusia tak pernah sunyi dari kesilapan. Jika kita rasakan terseksa dan tiada keadilan untuk diri kita, renung kembali dan pandang lebih jauh, fikirkan adakah apa yang kita ada hari ini tidak cukup baik untuk kita? Apakah kehidupan yang kita lalui sekarang tidak adil? Jika jawapannya ya, muhasabahlah diri, dekatkan kepada-Nya, supaya hati lebih tenang, jiwa lebih aman, dan diri kita lebih dekat kepada-Nya.


Teman pembaca sekalian, sesungguhnya tiada siapa yang dapat menilai, membetulkan dan menyayangi kita dengan cara yang lebih baik melainkan diri kita sendiri .


Renung-renungkanlah dan selamat beramal....!!














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts