Thank you so much for following this blog

Friday, April 10, 2009

Sebab tiada yang sempurna...

Hmm...susah...susah...ditelan mati mak, diluah mati bapak..so kemam ajerlah dalam mulut, simpan je lah dalam hati, sebab manusia memang tak sempurna, kan. Nak complaint lebih-lebih pun buat sakit hati je.Aku malas nak citer kat sini, kang membuka aib orang lak. Cukuplah kalau aku katakan aku meluat and menyampah tahap gaban kat makhluk Allah yang sorang ni.Semoga Allah tabahkan hati aku.

Thursday, April 9, 2009

Makan-makan time

Ish..dah lama gak tak update blog ni. Sejak membusykan diri dengan business online ni, memang takde masa langsung nak berblog-blog ni. Tetiba lak teringin nak tulis-menulis kat sini. Skang office hour dah tukar, isnin-khamis kerja 9 jam tapi jumaat 4 jam je. bunyinya memanglah syok sbb jumaat kerja half-day je tapi Tuhan je lah yang tahu macamna penatnya hari-hari yang dilalui dari Isnin sampai Khamis tu. Kesian anak-anak mama, asyik lambat je ambil dari nursery. Tapi apa-apa pun, terima kasih sayang sebab tetap senyum bila nampak mama.Mujur ada anak-anakku yang manis, buat pengubat penat. syukurr...

Semalam sempat lah mencelah kejap petang lepas kerja, pergi melepak kat Dome KLCC dengan my friend, si Rangash. Sebab hari tu lunch lambat (pukul 4 baru makan nasi), so time melepak tu takdelah nak makan berat-berat, tambah lak hati dah teringat kat anak-anak. Tapi mengenangkan kawan aku yang sorang ni asyik membebel je ajak jumpa, ok...oklah...kasiklah my value time 1
jam kat dia, yelah, orang kata sesibuk mana pun kita, kena gak ada time at least a cup of coffee with friends. So, dengan hati waja dan penuh keberanian, aku pun melangkahlah ke stesen LRT Dang Wangi, nak pegi KLCC nih. Tapi Ya ampun, ramainya manusia. Punyalah ramai sampai train yang ke-4 pun aku tak dapat nak naik (sedangkan berdiri betul2 depan pintu). Taknak aku berebut-rebut, kang tersepit kang sape susah..aku gak.

Dah berpeluh-peluh menunggu, kepala pun dah pening lalat, akhirnya dapatlah naik train. Tapi apalah malang, berdiri betul-betul kat keti** mamat ni. aduuuhhhh...pengsan..
memang sikit lagi nak pengsan, nasib baik KLCC dah dekat.Nasib baiklah aku ulang-balik kerja naik motor, kalau macm ni tiap-tiap hari, entahlah apa akan jadi dengan aku ni.

Kat Dome, aku order English breakfast tea dengan chocolate brownies with vanilla ice-cream. and si Rangash tu lak order ginger tea dengan kuih apa tah..tapi alamak...kociknya, kesian aku tengok. Aku rasa dia pun tak kenyang kot pasal dia asyik geleng-geleng kepala je...hehehe

Oklah, dah lama tak jumpa, macam-macamlah cerita kan. Tanya itu ini..satu je aku nak tahu..bilalah mamat ni nak kawin? agak-agak kalau dia baca blog aku ni, tak tahulah dia kasik jawapan atau tak?..hehehe..atau biarlah hidup anda diselubungi misteri....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts