Thank you so much for following this blog

Wednesday, June 23, 2010

Jakarta Trip - Hari pertama yang mencabar..

Hye all, salam sejahtera and good day ya.

Last month, zur telah berpeluang menjejakkan kaki ke Jakarta, sebuah kota yang sangat padat, sangat sibuk dan sangat jerih, penuh dengan pelbagai ragam kebanyakannya menceritakan kegigihan penduduknya mencari rezeki demi sesuap nasi. Perjalanan dari KL ke Jakarta dirasakan terlalu lama, mata yang mengantuk tidak mahu pejam, terlalu excited, tak sabar rasanya nak melihat negeri orang, menimba pengalaman baru yang pastinya amat berharga.

Zur bersama 2 orang rakan menaiki flight MAS jam 7.50pg. Pagi yang sangat kecoh dan mendebarkan sebab kami cuma tiba di KLIA 2 minit sebelum kaunter ditutup. Nasib baik my friend melakukan satusudah web check-in pada malamnya, so sempatlah kami ambil boarding pas. Airmata dah nak mengalir ni, sebab takut terlepas flight. Syukur...Allah mengizinkan perjalanan ini diteruskan.

Happy, sebab tak terlepas flight..senyum macam pengantin nak naik pelamin...heheheh

Masa dalam flight, kami di beritahu bahawa penerbangan delay sebab ada masalah teknikal. Lamanya tgu sampai satu jam, perut lak dah lapar sebab tak sempat nak bersarapan. Takde aktiviti lain, majalah semua dah khatam, makanan tak ada, minuman pun tak di serve..so apa lagi, nak hilangkan kebosanan, kitorang snap snap gambar...

Kak as, zur dan shima...muka bengang sebab dah kepanasan dan kelaparan

Akhirnya..

Yang ditunggu dah tiba..menu pilihan, nasi lemak sambal ikan bilis + udang, kek buah, jus orange and ferrao rocher...

then..




Selepas menikmati juadah yang disediakan tanpa sepatah kata yang keluar dari mulut masing-masing...inilah hasilnya...hehehe (memang terserlah kelaparannya) 
 
Ini Shahran, steward yang dengan sabarnya melayan karenah kami yang macam budak-budak ketagih gula-gula, ada ke zur mintak air mineral,dia kata dah habis...aishh! Zu tanya dia "agak-agak pernah rasa tak terbang sambil duduk kat kepak kapal terbang kat luar tu?".. hehehehe

Jakarta..pemandangan dari atas...(tak berapa sure itu padang ke atau sawah padi, but we assume itu sawah padi kot :p) but...Jakarta, here we come..

 Finally....yes!

Singgah minum di A&W di airport, selepas melalui process imigresen yang agak lama dan terkejut kerana disambut penuh meriah oleh pak-pak supir yang berebut-rebut nak kitorang naik teksi diorang , punya lah panik, sebab diorang siap pegang beg and then ikut kitorang sampai ke luar, ramai pengiring tu. So jalan selamat, masuk A&W, order air dan duduk sekejap..ambil nafas...phewww!! Adventure just begin..

After 20 minutes, selepas bertanya pada budak-budak yang kerja di A&W tu, we decided untuk naik bas atau dipanggil damri sehingga ke Tanah Abang, lepas tu baru ambil taksi untuk ke hotel. Tak ingatlah berapa tambangnya tapi agak selesa juga, bersih. Bagus juga, selain jimat, boleh tengok-tengok bandar Jakarta kan.

 Ni masa dalam damri, sebenarnya time ni dah kepenatan sangat,selain kebengangan sebab banyak masa habis, schedule lari sebab flight delay. Capek deh..

Tugu apa tah, di tepi jalan, kat area situ ada tasik yang agak besarlah jugak..terfikir jugak syoknya kalau dapat mandi, sebab badan dah berlengas..hehehe. Gambar ni di ambil semasa dalam perjalanan ke damri station.

It is really a busy city..



Lagi, part of Jakarta city
 Ha, kat sini roundabout yang paling menarik sebab ada air pancut yang teramatlah tingginya, nanti zu upload gambar, korang mesti tak percaya. Menarik tertarik kau memang de bom!

Sempat lagi posing kat bilik. 

Akhirnya selepas menempuh perjalanan yang amat memenatkan, akhirnya kami sampai ke hotel penginapan kami, Studio One hotel. Hotel ni baru dibuka pada bulan Aug 2009, so agak baru dan masih bersih. Lokasi, Jln Talang Betutu, belakang Plaza Indonesia.

Semasa tiba di hotel, jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30pm, maksudnya kami sudah terlewat solat zohor dan kami cuma ada beberapa jam sahaja sebelum Tanah Abang ditutup. So apa lagi, selepas buat apa-apa yang patut, masing-masing pantas bersiap.Dalam masa sejam, kami dah pun berada di Tanah Abang..naik taksi bluecab.

Jalan ke Tanah Abang ni sangatlah sibuk dan sesak, bukan sahaja dengan kereta yang bersimpang siur, jalan yang sempit tapi sesak juga dengan orang-orangnya yang sibuk mencari rezeki, ada yang angkut barang, jual barang, macam-macamlah. Pendek kata masing-masing ada sahaja cara untuk mendapatkan rezeki. Memandangkan masa amat singkat, tambahan pula sudah kepenatan, kami tidak mahu terkejar-kejar, so sampai sahaja di Blok A, Tanah Abang, kami menyusuri dari tingkat ke tingkat, terlalu banyak barangan yang di jual, terlalu besar tempatnya, sehingga kami 'blank' dan rambang mata.
Selepas membuat pembelian dan makan malam di foodcourt, kami mula beredar, di luar sangatlah sesak, jalan sangat macet, orang berpusu-pusu keluar, semuanya mahu cepat pulang ke rumah. So this time, teksi is not a good choice, so we decided to try bajaj, sejenis kenderaan seperti tut-tut di Thailand. Dari Tanah Abang ke hotel, cuma 15000 rupiah. Okaylah, better than spend more on teksi kan..
 Ni kat dalam bajaj, masa ni zu tengah sibuk keluarkan duit sebab nak sedekah kat seorang budak yang datang tepi bajaj tu, menyanyi sambil tepuk-tepuk tangan. Tak kasihan tengok sebab dia ada usaha, not simply datang and mintak duit, so mengenangkan kata-kata mak, kalau berada tinggi di langit, jangan lupa rerumput di bumi, so zur sedekahlah setakat termampu..

So sampai sahaja di hotel pada jam 6pm tapi di sini cepat gelap, so 6pm tu dah macam 7.30 waktu KL. Selepas membersihkan diri dan berehat sebentar, kami bersiap untuk keluar, kali ini nak menunaikan hajat salah seorang dari kami yang teringin nak rebondingkan rambut dia. Lamanya tunggu, sampai jam 11pm, sehingga terpaksa ikut keluar ikut pintu belakang sebab mall dah tutup. Badan pun dah penat, mata pun dah tak larat, so selepas sampai di hotel, masing-masing terus terlena...zzzzzzzzz


Hasil 'tangkapan' hari pertama: 5 beg dan sepasang sandal hitam leather yg seksi...auuwww





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts