Thank you so much for following this blog

Friday, August 21, 2009

Kebaikan yogurt


Salam semua,
Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab salah makan. Dia kata perut tak selesa, mungkin sebab makanan tak sesuai kot. Mungkinlah, ye lah, kalau hari-hari makan kebab, manalah perut nak tahan. So aku suggest dia makan yogurt. Yogurt?

Ramai yang tak tahu kebaikan yogurt, kita tahu makan je tapi tak sedar betapa berkhasiatnya yogurt. Kepada teman-teman yang hidup merantau atau sedang bercuti dan mengalami masalah penghadaman disebabkan oleh bakteria atau ketidaksesuaian makanan, ambillah yogurt sebagai tambahan dalam menu harian. Ia mengandungi nutrien dan bakteria baik yang mampu menguatkan antibodi badan sekaligus membantu tubuh menghadapi sebarang masalah kesihatan yang ringan seperti sakit perut, selesema dan sebagainya.

Kalau kita makan antibiotik, difahamkan ia akan menghapuskan sekali bakteria baik yang diperlukan oleh badan. Tetapi dengan amalan mengambil yogurt dalam diet harian, ia akan menghapuskan bakteria 'jahat' tetapi sekaligus menyeimbangkan atau restore kembali bakteria baik.

Oh ya, kepada mereka yang lactose intolerance dimana tubuh tidak boleh atau tidak mahu menerima sebarang product dairy termasuk susu, yogurt mengandungi kultur hidup yang akan mengurangkan kadar 'intolerance' (sometimes ada perkaatan yg susah nak diterjemahkan ke bahasa malaysia, sorry), sekaligus menjadi dairy product yang enak dimakan.


Yougurt boleh dimakan bersama buah-buahan, kekacang, kismis, ice-cream, smoothie dsbnya. Oh, ia juga kaya dengan kalsium, jadi yogurt sangat sesuai dimasukkan di dalam diet seseorang yg ingin menguruskan badan. Kepada teman aku tu, dinasihatkan ambillah yogurt. Ia ada protein yang tinggi, yang mampu memberi tenaga sepanjang hari. Lagipun ia menyengangkan dalam tempoh yg lama. So memang sesuai utk perantau seperti you tu.

Satu lagi info, seeloknya kalau makan yogurt, dan kalau tak habis, pastikan disimpan di fridge supaya kultur hidup itu tidak terhapus.

So, apa lagi...let's get the yogurt and enjoy it!!!

3 comments:

  1. aaa satu lagi nak tambah kalu kita peknen baik mkn yogurt ni at least skl dalm sehari sbb dapt menguatkan tulang baby nnti bila kuar senang nk pegang leher pon keras tak lembik sy ada compare anak sulung n anak 2nd. yg 2nd tu tak mkn yogurt lgsg then bila kuar leher lembik ssah nk pegang.

    ReplyDelete
  2. oh, ye ke? maybelah, sebab yogurt kan kaya dgn kalsium, boleh menguatkan tulang. anyway, thanks for the info ya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts