Thank you so much for following this blog

Wednesday, December 23, 2009

Harga sebuah KEMAAFAN





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

 Kemaafan...sesuatu yang enak didengar (mungkin) tapi adakalanya amat sukar untuk dilakukan. Kemaafan, dendam yang terindah? Betul ke? Mungkin, terpulang pada situasi yang dihadapi oleh seseorang individu. Bagi sesetengah orang, ia dengan ikhlas dan senang hati boleh dilakukan, tapi pada sesetengah yang lain...hmm..sangat-sangat sukar dan di luar kemampuan.


Apa yang paling sukar untuk dilakukan dalam hidup ini? Memberi kemaafan atau meminta kemaafan? Jawapannya masih sama, terpulang pada individu. Ada orang EGO, katanya 'itu bukan salah aku dan aku takkan sekali-kali minta maaf pada dia".Ada juga yang keras hati, katanya "aku tak akan maafkan dia sampai mati" Jadi kalau kedua-duanya begini, apalah kesudahannya ya?



Orang yang tidak memaafkan , dirinya akan'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaiknya jika kita memaafkan, kita akan terlepas dari ikatankemarahan yang mengikat diri sendiri. Justeru Allah telah mengingatkan kita di dalam AL-Quran agar kita menolak sesuatu kejahatan itu dengan kebaikan. Maknanya, katakanlah jika seseorang itu telah menyakiti hati kita dengan kata-katanya, maka usahlah dibiarkan kesakitan dan kemarahan itu memakan diri sebaliknya, lembutkanlah hati dan maafkanlah dia. Mohonlah semoga diri kita dikurniakan sedikit sifat pemaaf dari-Nya, kerana Allah itu sendiri Maha Pengampun, Maha Pemaaf.

 Berilah kemaafan, kerana maanfaatnya amat besar dan sangat bermakna kepada diri sendiri dan orang lain.Sebaliknya jika tidak memaafkan, bukan sahaja akan merosakkan hati dan pemikiran, juga akan meletakkan kita sebagai salah seorang calon pesakit di rumah sakit jiwa!


Memaafkan diri sendiri? Pasti sukar jika apa yang kita lakukan itu sangat menyakiti orang lain hinggakan dia menderita, lebih malang jika membawa kepada kematian. Tapi, belajarlah memaafkan diri sendiri, kerana dengan cara itu sahaja kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan lebih tenang dan aman.Manusia itu tak sempurna, manusia diciptakan Allah penuh keunikan, punya kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Jika kita melakukan kesalahan, janganlah mudah putus asa, atau kecewa, atau patah hati dan jiwa, gunakan akal fikiran yang diberikan oleh-Nya, jika sesat di hujung jalan, carilah cara untuk kembali ke pangkal jalan.

Tanya hati, tanya diri, adakah kita sudah memaafkan kesalahan diri sendiri dan dengan ikhlas hati memaafkan kesalahan orang-orang disekeliling kita hari ini? Jika belum, lakukanlah dengan segera. Jika tidak mampu melakukannya, muhasabahlah diri, kembali kepada-Nya.



Berharga bukan, sebuah KEMAAFAN ??



Wednesday, December 16, 2009

Menghargai Kehadiran Seorang Insan yang bergelar SUAMI



Salam semua,


Hari ini hari yang teramat sibuk. Bermula dari pagi hingga lah lewat petang , membawa ke malam, tak henti-henti, tak juga habis-habis kerjanya. Hmm..kalau dah nak bercuti lama, macam inilah biasanya, makin kita nak cepat habiskan kerja, makin bertambah pula. aduh..Kehidupan, macam tu lah kan. So lepas solat asar tadi, sambil minum kopi, ambil masa rehat sekejap sambil baca email-email yang dikirim oleh kawan-kawan. Ada satu yang sangat menarik perhatian, so rasanya sesuai sangatlah jika aku kongsikan bersama para pembaca semua, disini. By the way,terima kasih kepada penulis asal (yang tidak dikenali). Moga info yang disampaikan akan dimanfaatkan oleh kita bersama. Insyaallah.

***********************************************************************************


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”


Teringat pesan ayah di suatu petang...“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.



SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana bencidengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:


   “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka” Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu,terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri,ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya,bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.



YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.


“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka,meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang
suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh,ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah,
kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih,suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”


Hmmm.... :)

Thursday, December 10, 2009

Outing Day: Eagle Ranch Resort, PD

Salam semua,

Last week, aku telah mengikuti outing day untuk department aku ke Pork Dickson, lokasi utamanya ialah Eagle Ranch Resort. Terletak hanya 2km dari Tiara Beach Resort (lebih kurang 5km dari Teluk Kemang), resort ni boleh dikatakan best jugalah. Resortnya ala-ala koboi gitu, kawasannya agak luar dan kebanyakan aktivitinya, adalah outdoor aktiviti seperti paintball, go-kart, cycling, volleyball dan macam-macam lagi. (kalau sesiapa berminat boleh surf websitenya ya).

Bertolak jam 3pm dari KL, on the way tu jalan agak sesak, dari jauh aku tngok ada asap berkepul-kepul, ish...dashyat gak..rupa-rupanya ada lori terbalik, so agaknya diorang guna pemadam api kot. Seterusnya, perjalanan kembali lancar sehingga lah ke Eagle Ranch Resort.




Lori terbalik, tapi rasanya tak ada yang cedera kot..

Aku tiba di Eagle Ranch Resort ketika jam menunjukkan hampir jam 5pm. Penatnya, tak sabar nak check-in dan berehat. Nasib baiklah, untuk petang, free and easy aktiviti. So selepas check-in, aku dan hubby join other friends minum petang sebelum masing-masing beredar ke bilik masing-masing. Oh ya, untuk tea time, simple je, ada kuih tradisional dan sandwich, tea and coffee. Coffeenya rasa pelik sikit..tapi oklah, nice.

Untuk penginapan, disini ada tersedia banyak jenis-ada log cabin, kampung house,  paddock chalet, bandwagon, tepee and hut. For me, aku dapat log cabin. Sangat cantik, very cozy, bathroom ada open roof dan bila paip dibuka, ada waterfall. Cakap banyak pun tak guna, jom tengok gambar-gambarnya ye. zasss!!

Me...in front of our Log Cabin resort. Sempat lagi tu, walaupun dah kepenatan tahap gaban.


Sempat lagi tu...posing kat verandah tu...hehehe...layannnn!!


My room...very cozy dan bagaikan memanggil-manggil supaya tidur aje..tak payah buat aktiviti lain..heheheh


Ada tv, and all those lamps made this room, rasa sangat selesa dan menyenangkan.




My room again, dari sudut lain. Ada wardrobe yang boleh muat aku kat dalam tu, kira kalau main hide and seek, sure tak jumpa...hehehe


Verandah, got two chairs untuk lepak-lepak sambil menikmati angin petang. In front of this log cabin is litar go-kart.



Lampu di verandah...i admire this..cool



Inilah bathroom view yang ada open roof dan waterfall tu...cool!!

Jam 8pm, selepas solat maghrib, we have bbq dinner. Hahaha, part ni yang kelakar, me and few friends, dah ready, siap posing-posing time ambil makanan, dah ambil apa yang berkenan di hati, sesuai untuk perut. Bila time duduk je, baru nak menyuap makanan, tetiba waitress tu tegur " Kak, akak ni dari Ranhill XXXX kan? Akak punya bbq dinner kat sebelah sana kak, yang ni company lain punya" What??? hahaha, kelakar, sambil ketawa sampai nak pecah perut, masing-masing menatang pinggan ke tempat yang betul. hehehe, salah info daaa.

Cakap banyak pun tak guna ..mamam time.!!

 
ready for dinner with friends



Sempat lagi posing depan all those foods. Time ni semua tengah excited, tanpa disedari bahawa sebenarnya kitorang dah 'knocked at the wrong door". hahaha


Cabutan bertuah. Masing-masing dapat frame gambar tapi gambar kawan-kawan. Gamat...gamat..






Ni, namanya cempaka. Dia makan memang dashyat. Nasi goreng kampung yang aku pun mengelupur nak habiskan tapi dia layaaannnn je, semua makanan yang abah dia letak, dia makan je. Adeh!!

Habis makan, tibalah karaoke session, tapi bukan di eagle, di Ancasa. Reason, sebab di eagle, karaokenya sampai jam 10pm sahaja, mana boleh, masing-masing semua ak tunjuk bakat, so we decided, makan dulu, isi minyak sampai penuh, then we moved to Ancasa untuk karaoke sampai jam 1 pagi. yee haaa...Inilah masanya nak releasekan tension..hheheh




Kakak dan ready, buat stunt ala-ala harry porter atas penyapu terbang..lagu dh bermain-main di dalam kepala (+ pening2 lalat sebab mata dah mengantuk dan badan dah penat giler), tapi demi meyahut seruan boss ku agar semuanya sepakat, aku gagahkan juga :p



 Iye...itulah dia kawan-kawan ku, yang sedang syok melayan perasaan. Hahaha. Aku? Cukuplah 5-6 lagu pas tu surrender...layan je lah

Pagi, aku ter'miss breakfast sebab tak sedar. Handphone lak tertinggal dalam kereta. Bila tengok, punya lah banyak missed call dari friends...nak wat macamana, malam tu aku balik kul 3pagi, selepas habis satu PD aku round dengan hubby. Penat beb..

Akitivi pagi tu: paintball dan go-kart. tapi sebab aku tak sempat dengar briefing, so takde lah berani nak join. Ralat jugalah tapi nak buat macamana, salah sendiri, tidur mati. So hubby je lah yang join. Jom ..layannn!!

 
Team berani mati...hahaha..semua try buat muka gempak tapi hampeh!!



Ini dia perwira..Suria perkasa hitam...hahaha

Oklah, paintball dah habis main, sekejap je, lepas tu, plan untuk main go-kart pun tak jadi sebab satu je ketenya yang jalan, yang lain-lain semua sedang diperbaiki. Orang punyalah ramai queu, so aku tak sanggup nak tunggu, barang-barang pun belum kemas lagi, nanti pukul 12 dah nak check-out, so aku balik bilik, mandi, kemas barang, dan sambiltu, sempat lagi posing2. Alahai, tak puas hati tapi nak buat macamana, tibalah masanya untkku pulang. Hati pun dah kat rumah, teringatkan anak-anak ku yang tersayang.

Conclusion, oklah, syoklah jugak cuma terkilan sebab banyak aktiviti yang tak sempat dilakukan disebabkan oleh kesuntukan masa. Insyaallah, next time akan datang lagi, with my family or friends.

Adios!!



 Lompatan terakhir, cuba nak cipta rekod,wanita pertama melompat sampai kepala boleh cecah bumbung log cabin eagle ranch resort




- THANK YOU -

Tuesday, December 8, 2009

Korban Rambut...

Raya Aidil Adha yang berlalu, mencatatkan satu kenangan lucu..yelah, orang korban lembu, kerbau, kambing tapi aku kali ni, terpaksa 'mengorbankan' rambut anak kesayangan aku, si Zara.Kasihan, menangis-nangis member, tapi nak buat macamana, kalau dibiarkan panjang, lagilah kasihan. Rambutnya tebal sangat, so kalau time berpeluh-peluh tu, alahai...tapi memanglah cantik kalau di tocangkan, mcm-macam fesyen boleh buat, tapi hai anak, maaflah ye, mama tak sanggup nak tengok anak mama ni rimas semacam je.

Sedih betul dia, ye lah, orang nak rambut panjang mengurai mama boleh buat selamba je potong pendek macam Halle Berry (hahahah..). Jom tengok aksi semasa sesi gunting rambut...

Zara...sebelum potong rambut...hihihi...like a princess with the tocang and her long and lovely dress



" huhuhuhu....kenapalah mama potong rambut aku ni...memang aku aim pakcik yg potong rambut aku ni..eeiiii" (kasihan anak mama, mengalir airmata tengok time ni)



" huwaaaa....taknak....taknak...hilanglah keayuan aku...huhuhuhu...mama..tolonggggg..!!"
(time ni memang dah bengang tahap gaban...ahaha)



Zara..with her new hair style...seksi maa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts