Thank you so much for following this blog

Tuesday, June 30, 2009

Kerja dan hidupku


Salam viewers, Hari ni hari pertama aku menjalani hidup sebagai seorg wanita yg berumur 29thn. Takde apa beza, takde apa-apa perubahan drastik, cuma ada sedikit azam di dada untuk meningkatkan mutu ibadah dalam hidup seharian. Yang lain-lain tu, mcm biasa je, just follow the flow. Thanks for kwn2 yg sudi sms/leave message and wish happy birthday for me, serta thanks for doa-doa kalian. Semoga Allah terus memberkati kita semua.

Entry aku berkenaan perangai dan karenah client aku dr Vietnam nampaknya dapat banyak response dr kwn2 yg rajin menjenguk ke blog ni. Ada yang menyokong aku, ada yg menuntut kesabaran aku, ada gak yg tumpang sekaki meluahkan rasa. Apa-apa pun, terima kasih atas response semua ye.

Ye, dia memang dh ada di sini, dan memang kedatangannya mengundang 1001 masalah, menambahkan tekanan yg sedia ada. Memang perangainya tak semenggah, dan memang cara nya memberi arahan begitu menyakitkan dan melukakan hati. Sangat kasar, sangat kurang ajar dan sangat tidak menyenangkan terutama bau badan dia (nak je aku bgtau dia suh balik mandi jap).Mujur boss aku sangat-sangat memahami situasi aku dan rakan sekerja yg lain. Untuk hari ni, baru sekali-dua dia dtg menempek kt tempat aku, semalam langsung aku tak kasik chance, siap bagi jelingan maut je, jelingan yang buat dia terdiam sepanjang hari.(So sape2 yg nak guna jelingan aku utk bagi warning kt client korang, boleh leave message kt shoutbox tu, aku kenakan charge yg berpatutan je).

Dalam pada tu, kerja semakin menimbun, masa semakin berlalu. Nak taknak aku terpaksa tolak semua pertolongan yg dia mintak, bukan menyombong atau taknak tolong cuma bila fikirkan asyik tolong orang aje tapi kerja aku yang terbengkalai sampai boss pun dah start jeling-jeling tgk documents atas meja aku ni, so rasanya tak bolehlah aku berlengah lagi. Kena buat sesuatu ni, kena siapkan apa yg urgent dan pas tu barulah boleh tolong mamat vietnam ni. Kalau tak, mintak maaf lah ye.Baik aku jaga periuk nasi aku daripada tolong jaga periuk nasi org. Kang masuk pasir kang, payah lak.


Oh ya, dlm suasana tegang tu, bila tgk senyuman dan gelak ketawa anak, terbang semua masalah. Zara semakin nakal, dah pandai marah kalau dia taknak something yang dia tak suka mcm pukul dada aku kalau aku nak bagi babah dia dukung dia. sayang, mama ni nak mandi solat pun payah. adeh, manja benor.

Aku tak sabar tunggu hujung minggu. Penat dan rasa sungguh tertekan. Nak cuti, tengah busy, bos mesti tak kasik. Tak syok lak kalau aku cuti tapi phone asyik berdering je. Lagilah tension kan kan kan.
So sabar jelah..

Ok, lunch time dh tamat, time untuk sambung kerja. Salam.



Wednesday, June 24, 2009

MY WISHLIST


Bulan kelahiran aku, walaupun masih berbaki 2 minggu ke 29 June, dalam kepala ni dah tersenarai wishlist aku. Sebenarnya, inilah pertama kali aku nak buat wishlist, sebelum ni tak penah pun. So janganlah korang anggap yang aku ni materialistik ok. Ini just for saja-saja, tapi manalah tahu kot-kot ada orang sudi nak menunaikan salah satu barang dalam wishlist aku (dalam hati..."jangan harap"..hahaha). Tapi siapa tahu kan (bunyi macam masih berharap je kan...huhuhu).

Ni antara benda yang aku nak sangat on my birthday:

1. Laptop...ciri-cirinya 14inch, color merah menyala..hahahaha...tak kiralah brand apa..huhuhuh
2. Iphone 3g..ala, model yang baru keluar tu, touch screen, walaupun ramai yg ckp leceh pakai touch screen, tapi teringin gak satu.
3. Ipod nano color pink..dah lama teringin ni...
4. SPA treatment package..wah..syoknya kalau ada yg
nak menaja...huhuhu...salah satu cara nak relaxkan diri ni...
5. Moist chocolate cake dgn ice-cream...yum..yum..yummy

Heheheh...byk gadget kan. Tah apa-apa..

Minggu yang sibuk dan hari yang mendung+hujan

Salam semua,

Hari ni Rabu, 24 June 2009, hari di tengah-tengah minggu yang sangat sibuk dan tertekan. Pelbagai perkara yang berlaku, cukup menghambat aku supaya mengejar waktu yang semakin berlalu. Detik demi detik, saat saat yang tak terhitung, tapi aku pasrah, hidup memang begini. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan kpd kebenaran.


Banyak yang aku belajar hari ni, trust, tanggungjawab, semua pengalaman yang semakin mematangkan aku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, berkongsi pengetahuan yang ada, menjadi sokong daripada rebah. Kepada kawan aku, shira, yg tak penah jemu melayan panggilan telefon aku di saat aku ketensionan dan perlukan teman berbicara (thanks a lot, shira). Walaupun tak pernah berjumpa, tapi persahabatan yang terjalin ternyata membawa faedah. Aku sayang ko, shira.

Buat kwn-kwn aku, baitie and nor, thanks for sharing. Nor, walaupun ko pregnant, sanggup lagi ko buatkan aku cupcakes. Walaupun tak cantik, tapi sedap. Tengkiu friends.

Oh, hari ni gaji dah masuk. Alhamdulillah, bolehlah start bayar apa-apa yang patut. Huhuhuhu..kejap je berisinya, tak sampai sejam dh kempis balik. Adeh.

Oh ya, ada satu perkara baru aku belajar hari ni "terima orang lain seadanya". ini kisah client aku, yang aku benci sgt dgn sikap bossy dia, pas tu nak menggatal dgn aku, excited sgt nak dtg KL office. Tadi chatting dgn officemate dia, minah ni bgtau yg mamat ni tgh ambil MBA, walaupun kerja dia serabut tapi dia baik hati sebab suka tolong orang dan suka ambil tahu kesusahan orang. And bukan jenis hot-tempered lah.

Masa time dia cerita ni, baru aku tersedar silap aku. Rupanya kebencian yang aku tanam tak membawa apa-apa makna pun, takde faedah langsung, malah makin menyakitkan hati aku sendiri. Aku lupa bahawa setiap insan dan anak adam di bumi Allah ni, disebalik keburukan dia pasti ada kebaikan yang tertanam dalam diri dia. Betul, kalau korang tak percaya, cuba kalau korang renung balik sifat-sifat orng yg korang benci, mesti, jauh di sudut hati korang akan setuju yang mamat/minah tu ada sifat-sifat baik yang boleh dibanggakan, maca, kerajinan dia, ketekunan dia, atau pali
ng kurang senyum manisnya atau tahi lalat dia. cuma adakalanya kebencian kita membuatkan kita tutup mata atas semua tu.

So hari ni dengar kata dia dh sampai Malaysia, and esok dia masuk opis, aku nak tgklah mcmnlah orangnya mamat vietnam yang almost everyday call aku dr vietnam and argue dgn aku sbb aku xnak pick up call dia through skype. kita tunggu dan lihat...





Thursday, June 11, 2009

1001 persoalan hidup

Kenapa lately aku rasa penat? Penat badan, penat hati, penat jiwa, penat perasaan, penat emosi, segala-galanya serba tak kena. Setiap masa rasa tertekan. Setiap saat rasa membara je. Astagfirullah..mungkin syaitan sedang cuba menggoda aku, supaya aku lalai dan rasa kecewa. Ya, memang aku kecewa dengan hidup aku kebelakangan ni tapi syukurlah, masih ada insan-insan yang menyokong aku dari rebah.

Kenapa lately ni aku rasa seolah-olah 24jam tak cukup? Mungkin kehidupan harian yang terlalu rutin dan mendesak membuatkan aku rasa sungguh tertekan sehinggakan aku sanggup menengking client aku yang memang tak reti bahasa melayu apatah lagi nak memahami email aku yg ditulis dlm bahasa inggeris tahap budak tadika. Aduh, kesian mamat tu, habis awk yang tak reti bahasa. Takkan aku nak ckp bahasa vietnam lak dgn kau. Tahulah kau org vietnam tapi kang jadik mcm ayam dgn itik lak. Aku ni budak masscomm, communication aku rasanya still di tahap yg boleh dibanggakan, cuma tahap kesabaran je yg makin kurang berkualiti, berjerebu je mcm cuaca kat Malaysia akhir-akhir ni.

Kenapa lately ni badan penat betul, sakit sini-sana? Ni kalau g jumpa doktor aku ni, mesti dia tepuk je bahu aku dia tahu aku sangat stress. Apa taknya, punyalah teruk stress sampai urat belikat tu boleh 'lari', bayangkanlah, urat belikat pun blh lari, inikan lak perkara lain...hehehehe. Aduii, kalaulah ada org nak sponsor aku g spa, alangkah indahnya hidupnya, mcm kt heaven je...hehehe.

Anyway, aku dah menyalurkan sedikit ketegangan dan ketensionan aku pada saluran yg betul-SHOPPING!!!. hAHAHAhah, shopping kat REJECT SHOP je tapi sampai rm250++, yg paling penting aku dpt belikan anak-anak aku especially zara baju-baju pink...ahahahaha..lantaklah duit habis janji anak aku comel..hehehe

Buat korang, esok aku nak pegi karaoke. Tak kisahlah kalau takde sape nak temankan, aku boleh melalak sorang2 sampai hilang suara. Lepas tu mesti aku release giler. Dahlah lately ni boss suruh aku stay kt opis, nasib baik tak suruh dtg on saturday, kalau tak...huhuhuhu

Arghh...leganya, dpt hreducekan sikit tension aku kt client kat sini. Mamamt tu memang hampeh, baru je hantar clarification email, dia blh reply lagi guna aku punya email tu, utk TANYA BENDA YG SAMA. Arghhh...menyirap betul.

Dahlah gatal...ulat bulu naik daun, sunat kang baru tahu...nak menggatal dgn aku..huh!!

Bila hati mula berkata-kata

Bila hati mula berkata-kata.. Terungkap rahsia sekian lama Terungkai segala jawapan Terjawap segala persoalan

Duhai hati, tenanglah

wahai jiwa yang resah, usahlah berduka


Dia..
Insan bernama sahabat yang datang dan pergi,Membawa hati yang luluh

Mencari satu sinar yang bernama bahagia

Meranduk 1001 halangan namun tewas di hujung jalan

Lamanya dipendam perasaan itu

Bertahun-tahun disimpan hingga menjadi duri

Yang kian hari menusuk jauh ke lubuk hati

Merobek keindahan kehidupan

Merampas sekelumit senyuman yang tinggal

Entahlah

Bila kutanya mengapa dipendam rasa hatimu?

katanya

biarlah, aku gembira melihat dia bahagia

tapi jujurkah dia, bila hati mula berkata-kata?

nukilan:srikandi muqri dan zara buat seorang sahabat.


Tuesday, June 9, 2009

Timberland

Salam semua, Lamanya tak berceloteh kat sini, sibuk sangat dengan kerja dan kehidupan harian. Walaupun ada bermacam-macam cerita nak dikongsi tapi terpaksalah ditunda sehinggalah sekarang, baru dapat cuti masa sikit (itupun sebab bos fly pegi Vietnam..hehehe). Eh, jgn salah anggap,semua kerja beres, semua dah settle, kita tak makan gaji buta tau!

Tadi masa curi-curi surfing blog kawan2, terbaca lak yang bulan ni bulan bapa..betul ke (tolong betulkan kalau salah, saya budak baru belajar..hehe). Takpe, kalau salah takde kena hukuman gantungnya.Ni nak cerita sikit pasal satu produk yg mesti korang tahu punya: TIMBERLAND

Ish, jgn cuak, takde apa-apa issue yang sensitif dgn brand ni, so far HALAL digunakan. Cuma nak berkongsi sikit pasal kualiti dan harganya. Macam ni, last time aku dengan hubby dok merayau-rayau, berdua-duaan kat Mid Valley, tetiba dia heret je aku kat satu butik ni, apa lagi, TIMBERLAND lah tu.

Hubby aku, sejak 2-menjak ni mmg tetiba lak minat sgt dgn brand ni. so aku ikut jelah. Lamanya tunggu dia memilih, nak cari sandal je. Aku lak yg jenis jahil barangan branded ni duduklah dgn bosan nya, mana tahu itu branded brand, takdela nak membelek.

Tah mcmmana, terlintas lak nak tgk sandal pompuan yg ada kt situ, pas tu saja lah try-try sarung satu sandal ni, eh, syoklah lak, leathernya lembut je walaupun rupanya takdelah secantik mana. Wah..syok ni. Aku pun apa lagi, cuitlah cik abg yg tgh syok mengetest sandal situ, aku tunjuk sandal yg aku suka tu..pas tu dia angguk je..hehehe...setuju lah tu.

Masa byr, terbeliak mata aku..2 sandal tu..harganya rm700++. Wah..biar benar ni, aku terus capai sandal aku and tgk harga. Gulp! RM369.90. Terduduk jap aku. Terkedu jap selama 10min. Huhuhu..nasib baik bukan aku yg bayar. So dapatlah aku sandal yg sepanjang hidup aku, inilah yg paling mahal pernah aku sarungkan kt kaki aku..

Inilah ghupanya:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts