Thank you so much for following this blog

Friday, December 14, 2012

Kasih sayang Rasulullah

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.


1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.

Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”

20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.

Friday, September 21, 2012

Dugaan Allah


Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.

Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah dan melenting. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Kita iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.

Redha lah wahai sahabat. ini semua ada hikmah nya..

-News Media Network-

Friday, June 29, 2012

From the bottom of my heart..

Bismmillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa aku rasa bersyukur tatkala membuka mata selepas lena yang panjang,di pagi Jumaat, penghulu segala hari.Terima kasih wahai Tuhan kerana membenarkan aku hidup menumpang dibumi-Mu. Terima kasih kerana memanjangkan umurku, sehingga genap usiaku 32 tahun hari ini,lengkap dengan kesihatan yang baik, rezeki yang berpanjangan dan pahit manis hidup yang memberi pengajaran.

Banyak yang aku belajar selama ini.Penghijrahan yang dilakukan ternyata bukan sesuatu yang menghampakan. Walau apapun sekurang-kurangnya aku masih mampu mengukir senyuman apabila mengingatkan ejekan orang terhadapku. Biarlah, aku tak punya kuasa untuk menahan mereka daripada menyatakan pendapat mereka tapi aku tetap percaya, rezeki ada dimana-mana. Selagi kita berusaha, maka rezeki halal tetap ada.

Aku juga sudah tidak mampu lagi untuk menyenangkan hati semua orang. Cukuplah aku bersederhana dalam segala-galanya, selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Esa. Aku juga merasakan bahawa berdiam diri adalah lebih baik bagiku. Biarlah orang menganggap aku sombong tapi aku tetap akan tersenyum seadanya.Entah, hati ini rasa seperti sudah tidak berkuasa lagi untuk berfikir dan memberi pendapat. Jika 0, 0 lah ia..biarkan ia hanyut bersama masa.Aku sudah tak mampu lagi untuk mengambil berat..cukuplah.

32 tahun...aku sudah sampai di tahap dimana "cukuplah seadanya". Buat pertama kalinya, ulangtahun kelahiran tahun ni disambut serba tiada. Tiada panggilan telefon untuk ucapan selamat dari teman-teman yang pernah rapat suatu ketika dulu, tiada surprise party seperti sebelumnya, malah hari lahir kali ini juga tak sesibuk sebelumnya. Ternyata kesibukan menguruskan hidup membatasi segala-galanya. Dan buat pertama kalinya hati ini begitu kosong, sedih tidak, gembira pun tidak. Ianya just okay..

Walaubagaimanapun, mujurlah ada facebook. Terima kasih pada ucapan dan ingatan kawan-kawan terhadap aku. Yang paling penting, terima kasih atas segala doa-doa kalian. Buat suami dan anak-anak, terima kasih atas kek yang sangat sedap yang pernah mama makan. Mama sayangkan kalian dengan sepenuh hati. And for my dear sweetheart, i want you to know that i love you with all my heart.

Terima kasih semua. Terima kasih atas segala doa yg disampaikan melalui sms, bbm, facebook etc. Walaupun ianya hanya sepotong ayat, moga Allah perkenankan doa kalian.
Tetapi hanya ada 2 perkara yang aku minta pada Dia, walaupun aku rasa malu kerana banyak berdosa pada-Nya tapi aku sentiasa tahu yang Dialah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

From the bottom of my heart...thank you so much. Love you all :)


With love,
Zur

29 June 2012
10.50pm









Tuesday, June 12, 2012

Yang ditemui, Yang pergi..

Kepulangan ke kampung halaman hujung minggu yang lepas banyak memberi pengajaran dan kegembiraan. Tak sia-sia bangun awal di pagi sabtu, melupakan keenakan tidur berpanjangan selepas penat bekerja selama 5hari. Tak sia-sia bertungkus-lumus bersiap-siap mengemas rumah dan kain baju semata-mata untuk memastikan dapat tiba awal di kampung, rasa berbaloi melihat senyuman mak dan abah yang menanti kepulangan kami sejak malam.

Yang ditemui
Sejak berhenti sekolah menengah, tak jumpa lagi rakan-rakan sekelas yang pelbagai ragam.Hanya facebook menjadi penyambung silaturrahim. Best friends, true friends, good friends, semuanya hilang entah kemana. Mungkin sekali-sekala pulang ke kampung ada terserempak di jalanan atau sewaktu membeli barang-barang dapur di kedai runcit tapi kebanyakan masanya aku tak dapat lagi mengecam mereka. Ada yang dah bertambah kurus, ada yang semakin berisi, ada yang dah bertudung litup, ada yang makin seksi, masing-masing berubah bersama aliran waktu. Seorang teman yang baik, memang dah tak pernah berjumpa sejak habis PMR kerana dia menyambung pengajian di sekolah lain menegur aku ketika aku sedang melayan karenah anak-anak yang mahu membeli gula-gula. Terkejut dan rasa terharu, tak sangka dia boleh terus mengingati aku sebaik sahaja dia terpandang wajahku. Terima kasih duan. Seorang lagi, teman yang rajin mengusikm, tinggalnya tak jauh dari rumahku di Damansara,tapi tak pernah berjumpa, ternyata kampung halaman juga yang menemukan kami. Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat membesar bersama-sama...

Yang pergi
Aku punya seorang bapa saudara, satu-satunya bapa saudara sebelah emak yang amat aku sayangi. Dia tidaklah selalu aku jumpa,sementelah dia juga sibuk menguruskan hidup dan keluarga dengan anak-anak yang agak ramai. Apa yang aku tahu dia punya seorang sahabat yang kemana-mana pun selalu berdua.Namanya pakngah Najib. Mereka sangat aku kagumi, membantu sesiapa shj yang memerlukan dengan ikhlas. Pakngah ini mempunyai 5 orang anak dan setahu aku isterinya kurang sihat dan tidak berupaya untuk melakukan kerja-kerja berat. Satu berita yang sangat mengejutkan yang disampaikan kepada aku ialah Pakngah Najib ini telah meninggal dunia minggu lepas, selepas mengadu kepenatan sebaik sebaik sahaja pulang dari kebun, dia meninggal di dalam tidur. Tinggallah isterinya menguruskan anak-anak keseorangan. Sangat pahit untuk ku dengar, tanpa diduga, airmata mengalir, membayangkan betapa peritnya membesarkan anak-anak tanpa suami dan pendapatan sebagai sumber rezeki. Tuhan, beratnya ujian-Mu pada mereka, berikanlah mereka kekuatan untuk meneruskan hidup....

Hidup..memang ada masanya tak boleh dijangka. Allah telah menulis perjalanan hidup kita, dan kita sebagai hamba-Nya harus redha dengan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan. Memang aku tak pernah merasai peritnya kehilangan, malah membayangkannya pun aku tak mampu tapi aku menerima keperitan orang lain itu sebagai satu pengajaran, supaya aku menjadi manusia yang bersyukur.

Tidak kisah apa yang ditemui, tidak kira siapa yang pergi...Allah tak pernah menjanjikan hidup ini mudah untuk dijalani. Duhai hati, tetaplah pada jalan-Nya, semoga Dia terus membimbing kita menuju redha-Nya

Salam sayang,
zur

Thursday, May 3, 2012

Old skool punya cerita


Dah tiba time pulang...

Dah petang-petang ni teringat family kat kampung. Tweet..tweet, nama penuh ialah Kg Lipat Kajang Darat. Bukan..bukan yang kat melaka tu, kat Pahang. Rindu..kalau dulu time-time macam ni kami 7 beradik berkumpul dengan mak dan abah sambil makan cekodok pisang dan air nescafe. Meriah sebab walaupun hampir tiap2 hari makan cekodok pisang tapi disebabkan makan ramai-ramai, berebut-rebut sambil bergurau, semua pun sedap.

Bila dah senang sikit, abah belikan tv. Time tu tv3 baru je nak cerah line nya, kang kejap2 berbintik2, bunyi bising. Abah pun datang betulkan arial, tak puas hati lagi, panjat atas bumbung, betulkan arial kt atas sambil kami adik-beradik tukang inform bila gambar dah nampak clear. Ah seronoknya, time tu tengok gaban, suria perkasa hitam pas tu ada cite favorite aku, yang cite budak perempuan main bola tampar tu, cun namanya, suka buat summersault (betul ke ejaannya)

Aku paling close dengan angah, adik yang nombor dua, maybe sebab perbezaan umur tak begitu ketara then kami membesar bersama-sama, maka kami agak rapat, hinggalah sekarang. Kamilah yang selalu bangun awal pagi membantu emak di dapur. Aku tukang goreng kuih, masak sambal nasi lemak dan angah tukang bungkus-membungkus. Kalau hari sabtu, lepas mak pergi meniaga, kami sambung tidur sampailah abah balik menoreh jam 11 pagi. Abah yang kejutkan kami, sebab suh buatkan nescafe panas. Bangun je aku terus kemas dapur, memasak, uruskan adik-adik dan sebagainya manakala angah bahagian kemas-mengemas. Dia memang cekap mengemas. Awas, siapa yang bangun lambat, dia akan pasang tali dikeliling tilam dan letak tanda "Orang Kurang Upaya". Hahahaha...kalau dia menyapu pulak, janganlah nak pijak-pijak sampah yang dah disapu, sure kaki kena libas dengan penyapu. Bila ditanya, dia kata "mak suruh".. Ye ke mak?

Kalau malam minggu, adalah malam kami akan berjaga sampai pagi. Tak ada buat apa-apa, melainkan berborak sambil bermain dengan kucing-kucing kami. Indahnya masa tu, tidur dengan adik-adik manakala kucing-kucing kami ada di setiap ruang antara kami di atas katil. Aku selalu berkongsi cerita dengan angah, aku bagitau dia yang aku nak belajar rajin-rajin, jadi orang berpelajaran dan keluar dari kesusahan hidup waktu itu (Hmm, walaupun susah alangkah manisnya waktu itu). Seronoknya bercerita, bergossip sampai ayam berkokok. Bila ayam berkokok, baru sedar yang pagi dah hampir menjelma. Seronoknya...Aku ingat lagi, aku selalu beritahu angah yang aku nak merantau, nak melihat negara orang. Aku nak bekerja, dapat gaji yang bagus supaya aku boleh beli apa sahaja yang aku mahu dan idamkan sejak kecil. Angah tahu segala-galanya..dia sentiasa tahu. Angah, you are always my bestfriend ever. I love you with all my heart.


And at this moment, i miss her so much...


Wednesday, May 2, 2012

Teladan dari cupcake

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ni, minat untuk baking-membaking semaki membara-bara. Dan dalam pada itu dah beberapa adunan menjadi santapan cik tong sampah. Mak kata dulu masa dia mula-mula belajar buat donut pun sama, tapi at least, mak campak ke tanah, ayam yang kenyang tapi aku campak dalam tong sampah, semut yang datang.

Punyalah tension sebab asyik tak menjadi, nasib baik encik husband bagi semangat. Sesekali buat kek, menjadilah juga tapi plain je, so buka youtube and search for kek pelangi. Bersemangatlah aku bake one more kek dan ikut step yang diorang tunjuk untuk dapatkan rainbow vanilla cake. Tapi bila dah masak, bak kata pengomen tetap kat fb, dah mcm span sabuh basun pinggan daa. Bengong...

Ok..ok, berbalik pada kisah cupcake ni tadi. Punyalah frust sebab asyik tak gebu je cupcake aku, so aku pun call lah 999 utk bantuan. Eh, bukan, makcik aku yang stay kat selayang. Asyik telan airliur je tgk cupcake yang dia tayang kat fb, so aku pun call lah, cite hal yang sebenar. Ok set, ahad petang aku datang ke rumah dia

Hahaha...sampai kat rumah dia, selepas bersingsing lengan menghabiskan lauk pauk yang ada, maka bermulalah operasi. Dah macam CSI dah, duk mengkaji awatlah cupcake aku tak jadi-jadi. Maybe sebab tepung la, bakar tak betulla, tapi aku yakin sebab sukatan adunan tu, tak berapa nak tepat. Plus aku ambil resepi dari internet then buat, tak ada mintak tunjuk ajar sesiapa. Orang kata belajar tanpa guru ibarat berguru dengan syaitan...hehehe, entahlah, tapi yang aku tahu aku memang akan buat sampai jadi.

Makcik mengajar aku dengan sabar. Diberinya resepi basic yang sangat senang nak diikut. Dia mengajar aku step-by-step. Dan tadaaaa....inilah hasilnya.

Vanilla cupcake....oh, engkaulah idaman hati
Terima kasihlah mokde, menjadi jugak akhirnya. Muhammad dengan Zara makan memang tak ingatlah tapi aku tahu cupcake aku ni sedap sebab encik husband makan sampai 5 biji. Pasal apa aku yakin? Sebab cik abang aku ni bukan peminat makanan manis-manis ni, so kalau dia makan banyak macam tu, maknanya sedap lah tu...hihihih. Siap kasi komen lagi "ha, ini baru betul, tak berminyak, tak liat, gebu"...amboi, dah mcm chef wan je. hihihihi

Orange choc cupcake
Syukur alhamdulillah, seronok sangat. Aku namakan cupcake aku yang pertama ni sebagai cupcake teladan. Banyak perkara yang cupcake ni ajar aku teladan hidup. Belajar erti sabar, erti putus asa dan bangun semula, erti semangat juang, macam-macam lagi lah. Tapi yang aku pasti, dimana ada kemahuan pasti ada jalan. Ala, kalau orang tak cakap macam tu, masakan pokok bergoyang kalau x ada angin kan kan kan (walaupun susunan peribahasa tu tak berapa nak betul, rasanya korang faham).

Tapi aku tak berani nak ambil order, okay. Korang jangan tanya aku, belum berani lagi. Banyak lagi yang aku kena perbaiki. Dan aku kena cuba dulu kt rumah, nanti kalau okay, bolehlah aku terima tawaran emak kat kampung untuk sponsor big oven dan flour mixer yang canggih giler tu. Tunggu ya, sabar dulu...hehehe

Korang, Pas ni ada cerita best, nnti aku share dengan korang ye. Sampai sini dulu, assalamualaikum



Thursday, April 26, 2012

Buat baik dibalas baik

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog ni, silap2 my silent reader ingat aku dah x berminat dengan dunia blogging lagi dah. Akhir-akhir ini hidup menjadi semakin sibuk, terlalu banyak tanggungjawab baru yang perlu dan harus dilangsaikan sebaik mungkin, itu juga satu amanah Allah, bukan?

Baru-baru ini aku telah menerima tawaran kerja di tempat baru dan entah bagaimana, hati terdetik utk menerima tawaran tersebut...hanya selepas 5 tahun. Terima kasih pada sahabat a.k.a merangkap my boss at this moment kerana mempercayai kebolehan aku untuk memikul tanggungjawab ini. Bukan senang tapi jika kita bersikap positif, tak ada apa yang mustahil.

Kerja baru, rutin baru, kawan baru, semua serba baru. Attitude? Maintain positif, sebab tu aku sendiri tak percaya yang aku boleh faham their complicated system in a week. Taklah pandai, at least dah boleh tahu what this button is function for what. Hidup untuk belajar kan, lgpun belajar itu adalah proses sepanjang hidup.

Ada pengalaman yang hendak dikongsikan, satu pengajaran yang perlahan-lahan mengajar aku erti berbuat baik. Bila Allah berkata bahawa Dia akan membalas setiap perbuatan baik itu walaupun sebesar kuman. 2 minggu sebelum resign di company lama, telah ada seorang pengganti yang akan mengambilalih semua tugasanku. Tugasku, mengajar dia sehingga dia faham. Dan entah dari mana datang kesabaran, aku mengajar dia dari A-Z, dari 0 hingga dia faham segala-galanya, tanpa ada sedikit pun perasaan marah atau tension bilamana dia bertanya soalan yang sama berulang-kali. Malah aku memberikan dia tunjuk ajar dengan lapang dada. Niat hati, terus ditetapkan kerana Allah.

Pemergian aku, tidak setitikpun airmata mengalir di pipi. Bukan tidak sedih meninggalkan kawan-kawan dan tempat mencari rezeki, cuma aku rasakan yang aku sudah puas berkhidmat disana. Aku rasa memang sudah tiba seru untuk aku berhijrah. Pada hari-hari terakhir bersama rakan-rakan dimanfaatkan sebaik mungkin. Betul, aku berat hati tapi hidup mesti diteruskan dan aku percaya, berhijrah itu satu perkara yang harus dilakukan dalam hidup. Satu keputusan penting tapi aku bertawakal kepada Allah, Sesungguhnya Dia tuhan yang Maha Mengetahui.

Seminggu pertama di tempat baru, tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan meluangkan masa untuk memahami system mereka. Suriati, insan yang bakal beredar dari dunia pekerjaan kerana mahu menjadi surirumah sepenuh masa mengajar aku dengan sabar. Demi tuhan, saat ini aku terbayangkan detik-detik aku mengajar staff baru di ofis lama, cuma ketika ini aku berada di tempat insan yang diajar. Alhamdulillah, aku rasa Allah membalas kesabaran aku dengan mengurniakan aku seseorang yang begitu sabar juga mengajar aku. Betapa banyak soalan-soalan bodoh dan penuh kekeliruan yang dikemukakan oleh aku, dia tetap menjawab dengan penuh berhati-hati. Semoga Allah membalas segala kebaikan kamu, Su.Ya, hanya Dia yang mampu membalasnya.

Semoga hidup kita dia dunia yang kian mencabar ini akan sentiasa diwarnai dengan sifat-sifat baik yang disukai Allah. Kepada semua pembaca, my lovely silent reader, kepada Sabariah, terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa blog ini masih diperlukan

Terima kasih semua. Teruskan mengingati Allah kerana Dia tidak pernah lupa akan kita

Salam sayang,
Zur

Monday, March 19, 2012

Handmade Table Runner



Handmade Table runner for sale
Brand NEW

Only 1 left
Material: Vietnam silk
Price: RM60

Hurry! Grab this before too late!

Interested?


Thank you


Monday, February 13, 2012

My childhood dream: A Music Box

Do you have something that you always want? Some stuff that you dream to have? Something simple that you used to see it during your childhood and dreams that you will have it, in a meaningful way one day?

I do.

I feel so ashamed to mention it here but what i want to tell you that it is not about the stuff, it is the value..sentimental value that comes together with it. The feel you keep in your heart when you open it. The excitement that comes together with the boxes. The so-indeed meaning...

Yes..im always want a music box. It is my lifetime favorite gift.  A music box that have a little girl dance along with music. Im sure you can imagine this kind of music box. Yes, music box, not a crystal ball. It is a different thing. Music box that plays an instrumental music for you everytime you open it. And the little girl with ballet shoes will spinning for you until the music stop...Classic kan?


Time goes by. Nowadays we can find alots of special and unique stuffs. I maybe one something abit expensive or rarely get but still..I still want it a music box. I know i can buy it but i just think that it is more meaningful if I got it from someone. Well, what is a gift if we bought it for our own. I means something like this...

And now, Im still waiting and wishing that someday someone will be kind enough to buy me a music box. Maybe it sound so childish but I dont care. Everybody have a 'childish' part in their life. We always have something in our mind that remind us to our childhood right?

Till one time, I cant wait any longer, I will go to Lovely Lace at KLCC and get one for me

End of the story..

Sunnah Rasulullah...

Thursday, January 12, 2012

Suatu noktah. Satu permulaan.

Manusia memang tak pernah cukup. Manusia jarang tahu bersyukur, malah acapkali mengeluh dengan nikmat Allah, takbur dengan rezeki Allah. Jangankan ingin mengucapkan alhamdulillah malah diperlekehkan rezeki Allah. Manusia...mudah alpa.

Aku tak mengatakan orang lain begitu malah aku akui bahawa aku banyak kali terlupa akan rezeki itu datangnya dari Allah. Adakah kita rasa kita sudah cukup puas hati dengan apa yang kita ada? Tak mungkin. Adakah kita rasa bahawa kita mahukan lebih daripada yang kita ada sekarang? Jawapannya ya. Positifnya kesan pemikiran ini ialah kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai apa yang kita mahu. Anda juga kan?

Aku ingat lagi sewaktu bekerja di sebuah syarikat kecil dengan gaji bersih RM800 sebulan, dengan bos yang perangai macam taik, dengan bebanan kerja yang buat aku rasa aku ni keldai suruhan. Waktu itu breakfast dan lunch adalah 2+1, sebab nak berjimat. Suatu masa aku berjalan-jalan di KLCC, melalui sebuah butik menjual handbag terkemuka. Apa yang aku mampu buat hanyalah berjalan dengan laju sambil membuang pandangan sejauh mungkin , bimbang hati akan terpaut dengan mana-mana handbag yang dijual di situ kerana aku tahu aku tak mampu memilikinya, walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.

Aku masih ingat aku mengadu pada tunangku (yang kini sah menjadi suamiku) tentang handbag yg cantik tapi harganya mahal. Aku ingat dia hanya membisu. Aku ingat yang aku menyesal bercerita kepadanya, bimbang dikatakan sebagai tidak memahami keadaan kami pada waktu itu.

Life go on. Aku diterima bekerja di sebuah company yang lebih besar dengan pendapatan yang lebih baik. Waktu itu aku masih ingat yang rakan-rakan sepejabat suka ber'holiday' ke oversea, sekejap ke Aussie, sekejap Paris, sekejap ke London. Aku hanya mampu melihat dan mendengar cerita mereka. Aku masih ingat yang aku mengadu kepada suamiku tentang perkara tersebut tapi dia hanya membisu. Aku masih ingat di ketika itu aku sekali lagi rasa bersalah kerana membebani suami dengan permintaan-permintaan sebegitu. Aku masih ingat aku rasa menyesal bercerita kepadanya, bimbang dikatakan sebagai isteri yang tidak memahami keadaan kami pada waktu itu, yang masih belum stabil selepas mendirikan rumahtangga.

Sejak itu aku tak pernah bercerita apa-apa. Aku simpan segala kemahuan dan keinginan diri jauh di sudut hati. Ironinya, aku menganggap segala yang kusimpan itu adalah sesuatu yang sangat penting dalam menilai kemampuan aku. Aku berusaha lebih gigih. Dengan duit yg aku perolehi dari hasil titikpeluh yang halal, aku beli apa sahaja yang aku mahu. Malah aku juga ligat memenuhi impian aku untuk mejejakkan kaki ke negara orang. Aku aku tak mahu menjadi hamba duit, menganggap duit hanyalah perkara remeh utk difikirkan kerana aku masih mampu untuk bekerja sendiri. Masih sihat...dengan izin Allah.

Dan hingga suatu ketika, tiba-tiba aku berhenti memenuhi impian aku. Kerana apa? Kerana aku letih mengejar kebendaan. Aku penat. Bila masa, aku berjalan seorang diri di shopping mall yang suatu ketika dulu menjadi persinggahan utama aku untuk menghabiskan duit, setiap benda yang pernah aku lihat penuh nafsu kini bagaikan benda yang tidak bernilai di mataku. Kosong dan langsung tak bermakna.

Adakah aku sudah puas? Tidak. Tapi aku sudah puas memenuhi impian yang aku simpan seorang selama ini. Handbag mahal, kebebasan berbelanja malah aku mampu membuat simpanan utk diri sendiri dan anak-anak. Aku rasa sudah puas mengejar kebendaan. Dan secara tiba-tiba aku rasa sungguh penat, sangat lelah. Ada masanya aku give-up kerana ada juga yang seakan-akan cuba bersaing dengan aku walhal, demi Allah, apa yang aku buat, apa yang aku beli hanyalah utk kepuasan diri, bukan utk menunjuk-nunjuk apatah lagi bersaing dengan rakan-rakan. Aku letih dengan semua ini.

Kini biarlah apa yang orang kata.Biarlah orang sibuk shopping sana-sini. Let them fly wherever they want. Go on, i dont mind. I just mind my own business so stay away and mind only yours. U wanna buy that stuff because i got one, go ahead. Whatelse...go ahead. Just.....stay away from me.

Hidup kita tak panjang. Banyak kali aku berdoa agar Allah bagi aku petunjuk dan hidayah. Dan baru kini aku rasa Dia memakbulkannya. In HIS own way. Mungkin segala halangan-halangan yang ada adalah antara cara bagi-Nya untuk mengucapkan padaku "cukuplah tu". Mungkin kata-kata suamiku ada benarnya. I wanna make a u-turn before I completely lost. I shall. Nyawa yang bagaikan dihujung tanduk, bila tiba masa Dia mahukannya semula, apakah bekalan aku?

I ask myself and u ask urself. Hope all of us akan terus mendapat hidayah-Nya

 Ps: Aku lebih takut kehilangan hidayah Allah. Kalau satu hari aku derhaka pada-Nya, mampukah aku sujud dan memohon ampun kepada-Nya? Tidak malukah aku?

With Love,
Zur

Tuesday, January 10, 2012

Pantang 44 hari...bukan pantang jumpa tau!

Gambar ihsan uncle Google
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong.

Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.

Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersain secara normal.

Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat, tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.

Terdapat juga wanita yang mulai berjimak selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.

Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul merkah dan mentah. Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal, kedudukannya masih belum mantap.

Aktiviti berjimak akan menarik turun posisi rahim ke peringkat peranak rendah atau prolaps tahap pertama. Ibu akan terasa berat di bahagian pelvis atau ari-ari dan kurang selesa apabila membuang air kecil dan adakalanya kerap membuang air kecil. Lama-kelamaan ini menimbulkan rasa lenguh atau sakit pinggang, bisa-bisa betis serta sakit tumit, badan terasa berat, letih selain bisa otot dan sendi. Apabila sampai ke peringkat yang serius, bahagian lutut terganggu oleh rasa sakit dan bisa serta bengkak. Gangguan di bahagian lutut menandakan berlakunya kelemahan di bahagian peranakan.

Oleh yang demikian, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa ibu bersalin normal dipantangkan berjimak sehingga 44 hari. Difahamkan pada hari ke 44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan kembali memperkemas kemantapannya dan berada dalam proses penyembuhan peringkat terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa itu, ibu dilarang ke mana-mana dan perlu berehat. Jika terjadi kemalangan seperti terseliuh kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut sukar dirawat. Ada ibu yang berjalan tempang atau lumpuh kerana bentan urat sum, iaitu tersentap urat besar di bahagian pinggul. Ada juga yang keluar tombong kerana terhentak punggung dengan kuat dan kejadian ini menyebabkan penderitaan selama-lamanya. Kejadian ini bukalah kisah dongeng, tetapi telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Ibu yang kemalangan ini mesti mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun dapat disembuhkan, kesannya, ibu tersebut cepat laih dan makan tua sebelum usia.

Lazimnya, hari yang ke 45 ialah hari kelepasan tempoh pantang ibu bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan, hari kelepasannya ialah hari yang ke 50. Pada masa yang tersebut, ibu boleh kembali melayan suami dengan mesra secara mana yang diinginkan. Bagaimanapun, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan pantang bagi ibu bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke 101 kerana telah terbukti berkesan melambatkan proses penuaan, disamping memelihara tahap kesihatan

A very late new year wish and notes for fulltime housewives out there..

Humph!

Dah berapa lama tak menjenguk blog ni, dah bersawang-sawang, sama macam empunya blog. Hey, happy belated new yeAR peeps...baru 9 hari kita menjejaki tahun baru, banyak betul perkara yang berlaku. Tahun ni bermula dengan agak perlahan. Maybe terlalu sibuk dengan urusan harian, my life 4 times busier than last year, what a heck but this is life. Eh, korang rasa Michael Jackson tu hidup lagi ke? Keh..keh..keh...melencong kau!

Well, actually tahun ni anak bujang dah masuk standard 1. Phewww...kus semangat. Macam-macam perkara sepanjang minggu pertama persekolahan. Ada yang lucu, ada yang seronok di lihat tapi banyak juga yang menuntun perasaan. Hairan betul budak zaman sekarang, punyalah berani, sampai xde sorang pun yang menangis di hari pertama. Fuh, bangga, siap leh buAt lawak dengan cikgu. Kalau aku lah yang jadi cikgu, sure xde masa nak mengajar, sure asyik tergelak je. Lawak. Cikgu suh siapkan kerja sebab nak bawak g jalan2 (maksudnya di kawasan sekolah), tapi ada suara dr belakang yang bertanya "kita nak pergi ke rumah hantu ke, cikgu? Even time aku menulis ni pun, masih bersisa gelak penuh kelucuAn. Hahahaha...korang sangka tak akan keluar soalan macam tu...kids!

Time to school...bersama di adik yang menjadi PA tetap si abang....
Selepas hari ke-3, kalau fb ask me "what's in your mind". I would say "RESIGN". That's the only words that i have in my mind at that moment. Kenapa? Ada banyak sebab, dan sebab yang paling utama ialah aku kasihan yang teramat sangat sebab anak aku terpaksa bangun awal-awal pagi sbb kena bersiap sedia ke sekolah, van yang hantar dan ambil, then sampai di taska jam 2 lebih then rushing kena bersiap untuk kelas agama lak. Entah sempat makan atau tak. Then habis kelas agama, balik semula ke taska, bukan rumah sendiri,meaning he cant rest like at his own house. And i can imagine he skipped zohor and maybe asar sebab takde siapa yang boleh push mcm his own mama and babah did. Poor boy..  
This is the thoughest moment as a mom in my life, where it leads to non-stop crying for almost 2hours after ISyak. Maybe most of the working mother out there can understand this feeling...unexplain feeling. I cant bear to picture out his smile while wave his hand to me from the van that full of other kids. He is smiling but it's really broke my heart...berkecai-kecai bagaikan kaca terhempas. Sedih, sebak, hiba bergabung menjadi satu perasaan negatif yang sukar digambarkan. Moms out there, can you feel what i feel?

Kak eynda and all fulltime housewive out there, if you read this, i want you to know that you are so lucky that you are "capable" to stay at home and be a fulltime housewive and be there to your kids anytime they want when we, working mom have a darn limited time to do that. Your kids is so lucky that they can see their mom greets them and ask wheather they had a good day or not everytime they back from school where other kids have to manage themselves till their parents back from work,normally after 8pm. Your kids are lucky that they have mom to sit and study with them, where most of kids have to wait for their parents to share their wonderful story. And you are so lucky that you can see and fully-involved for their development while we, working mom missed alots of beautiful moments with our kids. You are just lucky and im so jelous.

Anyway, like i said, this is life. Yes, it is true that sometimes we have few choices only in our life and to make a good decision, most of the times it need sacrifice. I, as a working mom sacrifice my feeling and my rest time to make sure few hours after i reach home is a time for me to listen to my kids. Memang, ia tak sama but better late than never. I just want them to know that whatever it is,they are important and matter to me. All the time...

Allah, please listen to my doa and protect my kids from any danger. For a man who plays a very important role in this family, i just want you to know that i cant do this without ur support. Thank you so much for always be there when i need you. Thank you for your hug when i think no hope for me at all. Me and our lil' gems loves you so much.

Thanks all for read my blog.
Till then...double thumbs-ups for all moms in the world.


With love,
Zur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts