Thank you so much for following this blog

Tuesday, July 6, 2010

JJCM - Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

 Hye, good day everyone,

Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau macamana nak pergi ke sini, kenalah tanya uncle google ye (sebab zur memang bermasalah kalau nak bagi direction kat orang, takut korang tersesat lak nanti, mak jugak yang susah...hehehe).

Orang kata tempat ni famous, zur pun tak berapa sure tapi kitorang main redah je, no GPS tau, ikut instict je ni and tawakal (hahaha..). Nasib baik jumpa. Jom, tengok gambar sambil tu zur boleh cerita panjang lebar lagi.
On the way ke Jeram, berhenti di stesen minyak, isi minyak dulu penuh-penuh, takut tersesat tak jumpa jalan and pulang kosong...hehehe

Inilah dia Aroma Ikan Bakar. Kalau kawan2 pergi sini, jangan confuse sebab di simpang masuk tu ada lagi satu, namanya Medan Ikan Bakar. Lepas masuk simpang, jalan je terus, dalam 50m gitu. Parking lot ada banyak disediakan, bertentangan dengan aroma ikan bakar ni, ada satu kawasan lapang untuk parkir,s ebelah kiri.

Kawasan restoran ni memang luas dan selesa. Kalau macam zur yang bawak anak-anak kecil ni, agak menyenangkanlah jugak sebab jarak antara satu meja dengan meja yang lain agak jauh, so kalau anak menangis atau meragam, takdelah mengganggu kan.

Layanan agak cepat, maybe sebab pekerjanya ramai. Kalau di meja, cuma untuk order air dan nasi. Untuk makanan,kita kena pilih seafood sendiri (sorry masa ni tak snap gambar sebab sibuk mendukung anak sambil pilih udang and ketam...hehehe). Lepas pilih bagitau lah diorang kita nak masak apa, bagitau nombor meja sekali ye.

Ini anak dara zur, yang masih terpinga-pinga sebab masa sampai tu, dia tidur. Ni tengah merengek nak turun dari kerusi sebab sibuk nak ikut si abang yang dah mula tertarik dengan pantai kat sebelah restoran ni.

Pantai jeram betul-betul di hadapan restoran ni. Tapi pantainya takdelah cantik, cukuplah nak berkongsi angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, buat penambah selera..hehehe

Muqri yang leka melihat pasir, dia mcm confuse sikit, sama ada itu pantai atau kawah gunung berapi..hehehe

Air dah sampai, pilihan kami 4-beranak:  fresh watermelon, fresh apple and hot milo. Ops, jangan lupa air suam tarik,  satu!

Fuyooo...favorite ni, ketam masak cili tapi rasanya agak 'kureng' lah, maybe sebab pedas sangat and isi ketam tu macam lembik sikit. Takpe, lain kali mintak masak lain lak..hihihi

Satu lagi favorite zu, must have kalau pergi seafood restaurant, kerang bakar. Cili cicah dia memang marvellous. Recomended ye..

One more, my son's favorite, butter prawn. Memang cantik tertarik kau memang de bom lah, makan ni cicah dengan sos cicah ketam bakar tu, perghh...tidur malam termimpi-mimpi.

Cak!


1 comment:

  1. wallawehh... menyelerakan. Berkeroncong perut mintak di isi dengan ketam tu...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts