Thank you so much for following this blog

Tuesday, August 31, 2010

Kisah Kekasih maya dan Hari Merdeka..

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki bergambar berseorangan tetapi apabila imej dirakamkan iPhone, dia didapati berdiri bersama satu watak kartun di Pulau Atami, Jepun pada 21 Ogos lalu
*************************************************************************************************
TOKYO - Bandar Atami di Jepun menjadi tumpuan ramai lelaki muda yang mahu merakamkan kekasih maya mereka.
Dengan menggunakan telefon pintar iPhone, lelaki muda akan berdiri berseorangan di satu ruang kosong itu.Terima kasih kepada perisian luasan realiti yang 'menghidupkan' objek yang mereka impikan di ruang tersebut.
"Lihat, ia kelihatan seperti saya bergambar dengan Rinko (imej kartun sekolah menengah)," kata Shu Watanabe.Dia yang berumur 23 tahun menunjukkan iPhone yang memaparkan imej dia berada di sebelah imej kartun gadis sekolah menengah, Rinko.
Rinko ialah watak dalam permainan simulasi Love Plus yang dimainkan menerusi konsol Nintendo DS. - AFP
  ___________________________________________________________


Wah, kagumnya dengan bangsa Jepun ni, sangat kreatif dan idea diorang ni jauh menjangkau masa. Siapa sangka, negara yang pernah menjadi padang jarak padang tekukur mampu bangkit dan membuktikan bahawa mereka mampu mencapai kejayaan mengikut acuan mereka sendiri.

Salam sejahtera semua. Selamat Hari Merdeka. Selamat Bercuti. Selamat berpuasa juga. Cuti-cuti macam ni mesti ramai yang ambil kesempatan untuk bershopping, maklumlah raya bakal menjelang, poket pun makin ringan, senyum pun dah sedikit kelat, sabar kawan, yang penting bersederhana, itu tuntutan agama kan.

Kisah kekasih maya ciptaan Jepun ni betul-betul buat zur ternganga kejap. Ingatkan mamat dalam gambar tu bergambar dengan hantu, rupa-rupanya betul-betul kekasih maya. Wah, sangat kreatif, tak terfikir pun diorang boleh buat benda ni kan. Rasa-rasa kita mampu atau terfikir tak untuk mencipta benda yang lain dari yang lain? Hmm...buang anak pun dah jadi kisah yang biasa, apa pula yang luar biasa kan? Amat jarang kita dengar orang Malaysia mencipta sesuatu yang baru, menjadi perintis supaya mendai ikutan negara-negara asing. Ada ke? Kalau setakat panjat gunung, meredah lautan tu, rasanya dah biasa sangat..hmmm...apa yang, yang di consider luar biasa?

Oh ya, hari ni 31 Aug, hari merdeka. Selanat Hari Merdeka untuk semua. Happy Birthday Malaysia. Zur doakan semoga negara kita akan sentiasa aman sejahtera, dijauhkan daripada bala bencana dan perpecahan, makmur buat selama-lamanya. I love you so much, Malaysia and Im so proud to called myself as MALAYSIAN.

Salam 1Malaysia ya..

Monday, August 30, 2010

Kerana SMS segalanya binasa..

Salam Isnin semua. Selamat berpuasa, semoga hari ini menjdai permulaan yang baik untuk hari-hari berikutnya dalam minggu ini. Dah shopping? Dah mula buat kuih raya? Dah beli langsir baru? Apa yang berganti tahun ni? Baju baru? Sofa baru? Kasut baru? Bini baru? Apapun, beringat sentiasa ye, sediakan payung sebelum hujan.

Ini cerita seorang teman, zur ingin kongsikan supaya menjadi teladan buat kita semua. Kerana orang yang bijak ialah orang yang sentiasa belajar daripada kesilapan orang lain. Kisah ini banyak berlaku kepada kita, selalu, amat selalu. Suka atau tidak, ada masa-masanya kita akan berhadapan dengan perkara sebegini, kerana ada masa-masanya kita tak mampu mengawal segala-galanya.

Kerana mulut badan binasa. Biasa kita dengar kan? Dalam zaman teknologi ni, bukan mulut lagi yang boleh membinasakan tapi banyak lagi aspek lain. Apa kata pepatah baru; kerana SMS musnah segala-galanya? Ya, hanya kerana satu SMS, satu SMS yang bernilai 0.20 sen itu, segala-galanya; kepercayaan, kasih sayang musnah dan sukar diperbaiki lagi. Itu kira masih bernasib baik, macamana pula dengan SMS yang memalukan si penerima, sms yang dihantar secara sinis, sekaligus meruntuhkan benteng kepercayaan diri? Payah tu, kalau hilang kepercayaan pada diri sendiri, ibarat berjalan di dalam gelap, tiada cahaya yang menerangi. Harapan langsung tak ada, kerana ego mengatasi-segala-galanya.

Kasihan dia, pertolongan ikhlas yang diminta, sms sinis yang diterima. Menangislah dia, kerana malu, ingatkan ikhlas untuk menolong tapi rupanya jauh panggang dari api. Mujurlah ada kawan-kawan yang sudi membantu, ya, kawan yang pada masa susah dan senang sentiasa bersama. Zur kenal dia, zur tahu hati budinya, zur tahu ketepatan janjinya, tapi kenapa ini yang dia terima. Aduh sungguh kasihan, tak mengapalah wahai sahabat, kami sentiasa ada, membantu setakat termampu, selebihnya kita berserah pada Allah.

Kepada semua, ingatlah, bila kita mengatakan bahawa kita akan menolong, lakukanlah dengan seikhlas hati. Kalau tak mampu membantu, katakanlah dengan jujur dan terus-terang, jangan beri alasan tapi berikan satu kenyataan, supaya insan itu membuka minda dan berikhtiar di jalan yang lain. Sindiran, kata-kata pedas dan kutukan itu, sesungguhnya ia tidak pernah membantu malah boleh merosakkan segala-galanya. Dah terlanjur? Tak salah meminta maaf. Takkan hilang bisa sang ular jika menyusur akar. Tak sayangkah pada persahabatan? Tak terkilankah kalau terputus hubungan? Aduhai...

Zur tak ada niat nak mengutuk atau memarahi sesiapa. Kawan zu ni kira penyabarlah orangnya,sebab zur ada terfikir kalau perkara macam ni kena pada zur, memang zur 'sound tepek orang tu lah, bukan apa, supaya lain kali orang tak lagi pijak maruah kita sesuka hati. Apapun, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna, maka kerana ketidaksempurnaan itu lah Allah ciptakan seseorang yang bernama sahabat untuk melengkapkan kita.

Sahabat yang baik sentiasa tahu menjaga hati, sahabat yang tulus sentiasa jujur, sahabat yang ikhlas sentiasa menyayangi sahabat-sahabatnya dengan cara yang manis..Jangan kerana SMS, segalanya binasa.




Wednesday, August 25, 2010

Hariku dicemari oleh COMMENT yang agak pedas

Assalamualaikum to all my friends,

Good morning, Selamat Hari Rabu, selamat bekerja, selamat menjalani ibadah puasa, semoga hari-hari berikutnya akan membawa seribu satu rahmat pada kita semua. Semoga puasa mengajar kita menjadi insan yang bersyukur, menjadi insan yang penyabar..insyaallah

Hari ni, mood bekerja agak baik. Datang opis, siapkan apa yg terbengkalai then oh, rutin biasa, check email and my blog tengok balik artikel yang dah ditulis, mana tahu ada yang tak sedap dibaca, boleh lah cepat-cepat edit. Sambil tu scroll down gak tengok blok kawan-kawan, saja menjenguk, apa citer diorang..Oh, tetiba dalam gmail ada satu new message in inbox, from...anonymous..comment for my article yesterday title: Warkah Untuk Puteriku: Selamat Hari Jadi, Sayang. Ada comment, jarang orang nak komen blog zu ni, maklumlah blog syok sendiri, tapi aku peduli apa, kalau tak suka, takyah datang sini, pegi update blog sendiri atau block je blog zu ni dari appear kat pc korang. Comment cantik, buat zur tersentap kejap..dahlah tak bagi salam pas tu sesuka hati nak menyumpah-nyumpah orang...Ni comment dia:

" hey you, i feel that u are trying to COPY others entry!!
you are so annoying!!!
make your own subject la!
come on! 

Hmmm...ni apa cerita ni. Rasanya zur dah bagitau kat blog zu tu, di bahagian bawah sekali bahawa semua artikel dalam blog zu ni adalah hasil nukilan dan idea sendiri, melainkan dinyatakan. So, kepada cik anonymous, terima kasih yang teramat sangat atas komen anda yang sungguh membangun dan bernas sekali ye. Cuma minta maaflah, kalau subject artikel i tu sama sebijik-sebijik dengan subject artikel u. Untuk pengetahuan ye, artikel dan subjectnya dah ditulis pada 23hb Aug lagi tapi disebabkan kesibukan yang melampau dan ambil masa pula untuk mengupload gambar, maka ia tertangguh untuk di publish, baru semalam zur sempat nak habiskan upload gambar dan publish the artikle.

Anyway ms. Anynomous,  i have no time to do that stupid things and i dont want to waste my time to think and feel bad on your comment as i think it is ridicilous and so childish. Up to you on what you want to say, and please, if you dont like my blog...there is always a way out. If you think iam annoying, check back yourself, do you perfect enough and always make people happy? Or you are too perfect until you never annoy people? Hah!

Thanks all. Have a nice and relaxing day ahead...Selamat berpuasa semua ye.

Tuesday, August 24, 2010

Warkah untuk Puteriku: Selamat Hari Jadi, Sayang

Buat sayangku buah hati mama, Zara Damia,

Dua tahun lepas iaitu pada 23hb August 2008, Allah telah mengabulkan doa mama untuk memiliki seorang puteri. Lama mama tunggu,lama sungguh, mia, setiap hari mama berdoa, bersungguh-sungguh mama meminta, hampir menangis mama memikirkan keinginan mama untuk memperolehi seorang cahayamata perempuan. Seorang...cukuplah seorang, mama tak akan meminta lagi, itu janji mama pada Dia, mia.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.40malam, mama sudah bersedia di bilik bersalin, menanti kedatangan doktor, ubat bisu sudah disuntik, tubuh mama tak terasa apa lagi. Mama cuma berserah, sayang, semoga Allah selamatkan anak mama, selamatkan kita berdua, selamatkan segala-galanya. Mujurlah segala-galanya dipermudahkan, tepat jam 10.15, kedengaranlah suara kamu, Mia, kuat sekali, sayang, tapi itulah suara tangisan yang mama nanti-nantikan selama ini..

Mia tahu tak, suaramu itu cukup menghilangkan segala kesakitan yang mama hadapi pada masa itu. Sakit mia, amat sakit, menangis mama menahan pedihnya tapi sayang, tangisanmu itu ibarat penyembuh segala duka. Dalam kesakitan, mama mampu tersenyum, dalam keperitan itu, ada airmata kegembiraan yang mengalir tanpa henti,penuh kesyukuran pada Allah yang Amat Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui. Sukar diceritakan kebahagiaan itu, Mia, amat payah untuk dimengertikan, cuma mama mahu Mia tahu, jika suatu masa nanti ada kesempatan Mia untuk menatap titipan mama ini, mama mahu mia mendalami kasih sayang mama, menghargai cinta mama ini.

Hari-hari selepas itu amat membahagiakan. Oh ya, abangmu, Muqri, sangat sayangkan kamu, Mia, hingga ke saat ini, ya hingga ke saat ini.Babah juga, apatah lagi mama. Menjagamu sayang, segala pengalaman bersamamu adalah sesuatu yang maha berharga buat mama. Apatah lagi sejak Mia membesar dengan sihat dan penuh dengan sifat-sifat 'kewanitaan'. Mia tahu saat bila yang paling mama suka? Ya sayang, selepas mandi, walaupun mama terpaksa menuggu sehingga hampir 10 min menunggu Mia selesai mengelap badan kerana Mia tak mahu lagi mama melakukannya untuk kamu, tak mengapa, kerana mama sangat sukakan saat memakaikan baju kamu dan ye, mama akan ikatkan rambut mia dan mia dengan sabar menunggu. Mama tahu, inilah antara saat yang amat mama nanti-nanti kan, sayang, dan pengakhirannya, sebuah kucupan sayang di pipi mama...terima kasih wahai anak..

Mia sekarang sangat berdikari, ketika di usia 2 tahun, Mia berperwatakan lebih tua dari usia. Mama tahu, sebelum tidur Mia selalu cium pipi mama kan, walaupun mama tertidur lebih awal tapi ciuman itu...sangat hangat dan sungguh menyenangkan. Kemudia Mia akan menarik selimut mama supaya menutupi tubuh mama, membetulkan bantalmu sebelum tidur, merenung muka mama sambil mengusik seluruh muka mama..Mama sentiasa ingat setiap sentuhanmu, sayang, senyuman itu, rengekan itu...ah..betapa bertuahnya mama.

Selamat Hari Lahir sayang. Mama sentiasa mendoakan kebahagiaanmu kerana setiap tawa mu adalah kegembiraan mama dan setiap kesakitan itu amat perit untuk mama hadapi. Mia sayang, ketahuilah jika nyawa yang harus dipertaruhkan, mama rela asalkan anak mama sihat, gembira dan bahagia di sepanjang hayatnya.

Mama doakan semoga segala kebaikan itu akan mengiringi sepanjang perjalanan hidupmu. Dan selalulah ingat bahawa di setiap kesusahan dan kepayahan itu, terselit kemanisan yang maha sempurna andai ia di sertakan dengan ketakwaan dan keimanan kepada Ilahi. Mama berjanji selagi ada hayat mama, mama tak akan benarkan walau sebesar zarah pun kejahatan di dunia ini menyakiti kamu, wahai anak.

Salam sayang yang abadi,
Mama


Tuesday, August 17, 2010

Bila Cinta itu H.I.L.A.N.G ....

Salam sejahtera semua,

Perasan tak kebelakangan ni banyak betul kes suami menganiayai isteri, semalam seorang isteri mati selepas ditetak bertalu-talu dek suaminya, hari ni pulak kena toreh muka, tangan, bahu dan mulut dengan pisau pemotong daging...oleh suami juga. Kalau tak silap, semalam ada kes si suami simbah asid...bukan pada isteri sahaja, anak-anak pun jadi mangsa. Aduhai, apa nak jadi ni, kemana hilang pertimbangan akal, kemana pergi kesabaran..

Satu lagi, kes buang bayi, yang nampaknya makin menjadi-jadi. Helloooo, yang dibuang tu...bayi, seorang manusia yang B.E.R.N.Y.A.W.A ya. Masa tengah sedap, takde pulak fikir semua ni, bila dah berbenih, dengan sesuka hatinya buang anak tu...macam sampah. Memang manusia durjana..berhati binatang. Binatang pun tahu nak sayang anak. Apa punya manusia daaa...

Menatap akhbar yang memaparkan kisah-kisah menyayat hati begini, betul-betul buat zur gerun dan takut. Jangan salah faham ye, insyaallah perkara sebegini tak akan berlaku pada zur, cuma apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Yang menjadi mangsa, sudahlah satu hal, jiran-jiran pula menyepikan diri, taknak masuk campur, kononnya tak mahu menjaga tepi kain orang. Maaflah cakap, zur dulu pun macam tu, pagi keluar, malam balik duk terperuk kat rumah menguruskan rumahtangga, apa nak jadi di sekeliling, lantaklah. Tapi lama-lama zur fikir, kita ni hidup bermasyarakat, memang kalau nak kirakan masa, 24jam yang Allah bagi tu tak akan pernah cukup, tapi sampai bila kita nak hidup bersendiri dalam dunia kita sahaja?  Akan tiba suatu masa kita perlukan jiran, kalaulah jiran itu tak penting, masakan Islam mewajibkan kita menghormati jiran dan menyayangi mereka bagai saudara sendiri?

Sebab tu sekarang zu agak busybody sikit, bukan busybody jenis kepoh tak bertempat tu ya, ini busybody untk kebaikan, mulut pun dan ringan sikit menegur, senyuman pun dah mudah sikit diberi. Ada lagi, misalnya, zu nak tahu budak-budak yang leka bermain pondok-pondok kat tepi tangga apartment zu tu anak sape..mana rumahnya..then zu nak tahu juga, jiran-jiran zur yang terdekat ni siapa nama, mukanya mcmana (ini penting ya, supaya kalau pergi majlis, jangan sampai tak kenal jiran, bersentuh bahu tapi tak tahu orang tu duk sebelah rumah kita...haru tu). Oh ya, walaupun jiran depan rumah zu tah orang apa,suka gelak sorang-sorang (kuat lak tu), sanggup patah balik ke belakang kalau nak bertembung dengan kitorang (yang ni perbuatan yang buat zur rasa sangat terhina), tapi tak apalah, zur doakan dia sihat je, jangan sakit (sedangkan sihat macam tu gayanya, kalau sakit, tak tahulah - ni ayat menambah dosa..!)

Oh ya, pada suami-suami, Allah berikan kalian 9 akal dan 1 nafsu, sedangkan kami kaum hawa mempunyai 9 nafsu dan hanya 1 akal. Jadi gunakanlah akal-akal anugerah Allah itu untuk membuat pertimbangan. Bertahun-tahun hidup bersama, jangan end-upnya begitu tragis sekali, sampai anak-anak pun menjadi mangsa kezaliman korang. Simbah asid, tetak, bunuh, haiya...nak sebut pun takut, apa lagi kalau terpaksa menghadapinya..

Istighfar...muhasabahlah diri.

*Takut Allah timpakan musibah mcm kt Pakistan, China dan negara-negara yg dilanda Tsunami...nauzubillah.




Must read story: Daddy's car in the wood?

Little Johnny watched his daddy's car pass by the school playground and go into the woods.Curious, he followed the car and saw Daddy and Aunt Jane in an embrace.

Little Johnny found this so exciting that he could hardly contain himself as he ran home and started to tell his mother.'Mummy, I was at the playground and I saw Daddy's car go into the woods with Aunt Jane. I went back to look and he was giving Aunt Jane a big kiss, and then he helped her take off her shirt.Then Aunt Jane helped Daddy take his pants off, then Aunt Jane...'

At this point Mummy cut him off and said, 'Johnny, this is such an interesting story, let’s save the rest of it for supper time. I want to see the look on Daddy's face when you tell it tonight.'

At the dinner table that evening, Mummy asked little Johnny to tell his story Johnny started his story, 'I was at the playground and I saw Daddy's car go into the woods with Aunt Jane.I went back to look and he was giving Aunt Jane a big kiss, then he helped her take off her shirt. Then Aunt Jane helped Daddy take his pants off, then Aunt Jane and Daddy started doing the same thing that Mummy and Uncle Bill used to do when Daddy was away on the oil rigs... *hahahaha...kan dah kena batang hidung sendiri*

Moral of the story: Sometimes you need to just shut the **** up and listen to the whole story before you interrupt!

Saturday, August 7, 2010

That is the spirit....



One night President Obama and his wife Michelle decided to do something out of routine and go for a casual dinner at a restaurant that wasn't too luxurious.

When they were seated, the owner of the restaurant asked the president's secret service if he could please speak to the First Lady in private.

They obliged and Michelle had a conversation with the owner. Following this conversation President Obama asked Michelle, why was he so interested in talking to you. She mentioned that in her teenage years, he had been madly in love with her.

President Obama then said, "So if you had married him, you would now be the owner of this lovely restaurant" To which Michelle responded, "No, if I had married him, he would now be the President".

Thursday, August 5, 2010

Ye, aku sangat M.A.R.A.H

Ye, aku sangat marah.Patutkah zur marah? Tak patut, memang tak rasional langsung tapi nak buat macamana, nak marah, marah je lah. Kenapa nak marah-marah? Suka hati lah, kita kan manusia, ada masa gembira, ada masa berduka, ada masa cool down and for sure, ada masa rasa macam nak meletup, macam gunung berapi meledak. Manusia, macam tu lah..

Kenapa nak emosional? Tak, bukan emosional, cuma sesekali nak meluahkan kemarahan dan kehampaan. Sebab? Sebab zur kerja penat-penat, siang malam, 7 hari seminggu, tinggal anak laki kat umah, bila time gaji, of course we expect something good lah, kan, tapi..huhuhuhu...banyak dapat, banyak lak kena potong.

Potong? Siapa potong? Potong apa?..Huhuhu, apa lagi, potong income tax lah. Ye, zu dah convertkan income tax tu ke zakat (zakat itu WAJIB ye kawan-kawan) tapi this month...banyaknya..., sampai terduduk zur sekejap, terkedu, sepatah kata pun tak terkeluar dari mulut. Patutnya seronoklah kan, sebab bulan ni company dah buat salary adjustment tapi..hmmm, nampaknya setakat itu je la rezeki zur dan anak-anak. Nak menangis pun ada, hampa nya rasa tapi nak buat macamana, kalau fikir-fikir macam tak logik tapi again, we have to be rational..take a deep breath and think..think..sampai sekarang think, still the answer is no answer.

Sometimes terfikir jugak kenapa ye, dalam hidup ni kita tak pernah berasa cukup. Dulu, masa gaji rm800, zur doa pada Allah, kalau dapat gaji rm1300 cukuplah, zur tak akan mintak lagi, Allah makbulkan. Then tak cukup lagi, mintak pada Allah supaya dapat rezeki lebih lagi..hmmm...Allah tu Maha Pengasih, dia bagi zur kerja di tempat yang lebih baik, dengan gaji yang lebih lumayan, siap boleh OT, buatlah ko OT selagi terdaya dek badan..Dalam hati, syukur, bolehlah bernafas sikit..tapi rupanya sekejap je, lepas tu..tak cukup juga.

Penat badan, hati bercelaru, jiwa kacau, kerana duit zu abaikan masa untuk keluarga, mak telefon suruh balik sebab rindukan cucu-cucunya, tapi kerana duit, zu pekakkan telinga, buat tak reti je. Sabtu ahad datang kerja, dari pagi sampai lewat petang, nak bawak anak-anak pergi berjalan-jalan di Taman Tasik pun sudah tak punya masa...semuanya kerana D.U.I.T

Sekarang zur belajar untuk bersederhana. Kalau dulu tak pernah cukup, tapi sekarang zur buat setakat termampu. Cukuplah kerja 10jam sehari, kerja OT on Friday and Saturday kalau perlu, buat kerja pun, dah malas nak terkejar-kejar sebab zur sedar, semua ni tak akan kemana. In my mind...family comes first. Cukuplah rezeki Allah bagi, bukan tak mahu berusaha, cuma zur tak mampu lagi bekerja keras seperti dulu... Tak ada siapa yang layak menilai dan menghargai diri zur melainkan zur sendiri.

Sesungguhnya, kasih sayang itu lebih penting dari wang ringgit. Mengabaikan orang yang kita sayangi hanya kerana mahu mencukupkan sesuatu yang tak akan pernah cukup dalam hidup kita, seriously, it is not a brilliant idea, hanya kerana terlalu sibuk memenuhi tuntutan hingga kita lupa, betapa kita bahagia dan mampu melakukan sebaik sekarang kerana sesuatu yang digelar C.I.N.T.A

Give time to love, give time to care and give time to share the precious moment in your life....

Tuesday, August 3, 2010

TROUBLE is a friend....

Trouble he will find you, no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the morn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
Ah ooh...
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
ah ooh
How I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave,
I try, oh oh I try.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts