Thank you so much for following this blog

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 2009


Salam semua,

Aidilfitri 2009 disambut sederhana. Memang serba sederhana.Baju cuma 2 pasang, itupun dibeli last minute di Jln Masjid India, baju melayu hubby and my hero sepasang seorang dan baju kurung utuk little princess juga hanya sepasang. Cukuplah..nanti berlaku pembaziran, kang seronok syaitan.


Kuih raya, tahun ni tak banyak. Biasa kalau menempah biskut raya di office mahu cecah rm200-rm300 tapi tahun ni tak cecah seratus pun. Beli kerepek, mana yang orang suka makan. Itupun di bahagi dua, separuh untuk rumah di kampung, separuh lagi untuk rumah sendiri, mana tahu ada kawan-kawan yang nak beraya di rumah, so standby ajerlah.

Tak tahulah kenapa, raya tahun ni hambar je. Atau cuma perasaan aku kot. Maklumlah kalau dah tua-tua ni, mana ada yang seronoknya, cuma suka melayan anak-anak lah, si hero tu selagi tak nampak baju melayu baru dia, selagi itulah mulut petahnya bertanya.Hai anak, takkanlah mama lupa, mama pun nak tengok anak-anak mama cantik dan segak di pagi raya. Tak apa kalau mama tak beli baju baru janji anak-anak mama seronok dan gembira, mama pun happy.


Mak dan abah bukan main seronok lagi tengok anak menantu dan cucu-cucunya semua ada berkumpul, sampai terlupa rendang di dapur kerana terlalu sibuk melayan karenah zara yang baru belajar bertatih.Adik-adik ipar sibuk membakar lemang, atuk dan uwan pun tumpang seronok bila melihat semua pulang berhari raya bersama-sama. Adik aku yang tengah mengandung tu plak, sibuk dengan ketupat. Pendek kata semua ada peranan masing-masing.


Pagi raya, biasalah, semua sibuk nak ke masjid untuk solat hari raya, lepas tu bersarapan sama-sama kemudian acara rutin family-sesi bermaaf-maafan. Bab ni memang malas nak layan, sebab for sure aku nangis punya. Ingatkan nak gelak-gelak tapi mesti tak boleh bila tiba turn salam and cium tangan suami. Banyak dosa aku kat dia, tak terhitung, aku harap dia akan ampunkan aku dunia akhirat.


Lepas itu kami konvoi ramai-ramai balik ke kg abah dia Lanchang, melawat atuk dan uwan di sana. Dah tua, 80+ umur tapi alhamdulillah, masih kuat. Orang kampung, macam tu lah. Sempatlah menyinggah rumah mak saudara yang lain. Sampai je rumah, memang penat, dah tak larat nak kemana. So lepak jelah di rumah, melayan tetamu yang datang.


Hambarnya raya tahun ni,entah mengapa. Agaknya semakin meningkat usia, macam nilah kan. Mungkin kalau anak-anak dah besar dan diorang dah mengerti apa itu erti HARI RAYA, mungkin lebih seronok. Oh ya, anak-anak aku, awal-awal lagi dah di warning supaya bila bertandang ke rumah orang, JANGAN MINTA DUIT RAYA. Pantang aku tu. Malu beb, macam kita ajar anak supaya jadi materialistik je.


Tapi walau apapun , aku bersyukur, masih ada lagi umur aku untuk menyambut hariraya tahun ini. Alhamdulillah, masih sihat dan mampu lagi untuk bertandang dan melawat saudara-mara, berkongsi cerita dan berita, ada yang gembira, ada yang berduka.Syukur, kerana tiada malapetaka yang berlaku sepanjang perjalanan pergi dan pulang, tiada kisah terlalu duka yang ingin dikongsikan, semua serba sederhana.

Kepada Allah, aku bersyukur di atas rahmat-Mu. Bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menikmati Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.Bersyukur kerana berpeluang meraikan hari gembira ini bersama keluarga, kerana setiap hari aku terfikir, andainya tiada esok bagi ku, adakah aku sudah bersyukur diatas apa yang aku ada hari ini???







Private OR Government?


Salam sejahtera para viewers yang dihormati.


Entry kali ini agak tipikal and sensitif bagi sesetengah pihak tapi suka diingatkan ini hanyalah pendapat peribadi penulis, tiada niat untuk menyinggung perasaan atau sensitiviti mana-mana pihak.


Aidilfitri yang baru berlalu, disambut sederhana. Biasalah, bila dah berjumpa sanak-saudara, banyaklah cerita yang dikongsi, termasuklah cerita-cerita ala-ala gossip yang malas betul nak dengar tetapi terpaksalah ditadahkan jugak telinga. Yelah, nanti dikatakan menyombong pulak, bak kata seorang makcik ni "ala, orang KL". hAHAHa, agong sangat ke KL ni. Kalaulah makcik tahu..pasti makcik bersyukur kerana ditakdirkan menetap dan memperolehi rezeki di kawasan luar bandar tu. aduh..makcik..makcik.


Oh ya, sambil sibuk melayan tetamu yang datang, sempatlah jugak 'terdengar' perbualan seorang makcik (yg terpaksa dirahsiakan identiti nya...hahah) dengan pak mak segala budak. Berdesing sekejap telinga ni, bulat mata aku pandang makcik ni..aduh..makcik..makcik..aku nak jawap kang dikatakan kurang ajar lak, tapi kalau dibiarkan makin 'bermaharajalela' lak dia ni. Ni tak lain tak bukan isu kerja swasta dengan 'gomen'.


Kata dia..dia bersyukur anak-anak dia kerja government, bila makcik no.2 and no.3 kata anak-anak dia ada yang kerja cikgu, askar, nurse, pegawai kerajaan, bangga..sebab semua kerja dengan government. Pendek kata semua bagus, ada KOLA lah, elaun lah, elaun tetap, elaun entah hape lagi..ok..ok..aku pun dengar je..dalam hati dah berbuku sebab apa? sebab aku ni kerja PRIVATE company JE!!!.


Aduh, tak percaya betul, dalam dunia yang serba moden ini, masih ada lagi yang berfikiran taboo dan primitif macam ni. Makcik, pakcik, tolong lah ye, kami ni (mewakili para pekerja SWASTA ye), manusia gak, ada hati dan perasaan. Ada masanya kita ni bekerja bukan kerana duit semata-mata, ada kerana minat yang mendalam atau peluang untuk meluaskan kerjaya dan pengalaman yang lebih terbuka lagi bila bekerja di sektor swasta ni. Gaji lagi besar, bonus dan kenaikan gaji setakat ni alhamdulillah dan yang paling penting, kami juga menyumbang untuk EKONOMI KELUARGA. 


Tolong! Janganlah dianaktirikan anak-anak yang berkerja di sektor swasta ni. Nak tanya sikit, duit yang anak-anak bagi tu, lain ke nilainya kalau anak yang kerja government bagi dgn yang kerja swasta bagi? Sama kan? Jadi tolonglah faham ye pakcik makcik atuk wan semua. Aku pasti dalam ramai-ramai anak-anak yang ada, tak semua yang kerja dgn kerajaan kan? Agak-agak yang kerja di sektor swasta ni, ada tak membantu kalau makcik pakcik perlukan duit? Rasanya ada kan, melainlah kalau budak tu tak mengenang budi!!



Pada rakan-rakan pembaca yang mungkin merasakan aku terlalu sensitif atau you all rasa isu ni hal remeh je, maaflah. Sebenarnya memang hal remeh tapi bila ia diungkitkan SETIAP KALI ada perjumpaan keluarga, rasanya kecil betul hati, rasa terpinggir sangat. Yelah, aku ni bukan staff kerajaan, kerja swasta, contract staff pulak tu, tapi alhamdulillah, aku suka dan bangga dengan kerja aku, dan aku bersyukur, berkat usaha dan kesungguhan, dapatlah aku meringankan beban suami dan membesarkan permata hati aku. Dan bolehlah setiap bulan hulur ke mak abah seseratus dua.


Anyway, terima kasih kepada makcik tu, dengan kebanggaan dia terhadap anak-anaknya yang berjaya menjawat jawatan di sektor awam yang sekaligus telah mengguris hati aku, menghina aku, tapi tak mengapa, aku sambut penghinaan itu sebagai satu kritikan positif. Akan aku buktikan walau di mana pun aku tercampak di bumi Allah yang maha besar ini, aku yakin, selagi ada usaha aku boleh hidup dan mencari rezeki yang halal. Tak mengapalah kalau aku bukan bekerja di sektor awam, tak ada KOLA, elaun khas, bonus tambahan, pencen atau sebagainya tapi aku yakin, aku telah memilih jalan yang betul dan aku bahagia dengan pilihan aku. Syukur kepada Allah.

Thursday, September 10, 2009

Thinking Out of Box

The Japanese have always loved fresh fish. But the waters close to Japan have not held many fish for decades. So to feed the Japanese population, fishing boats got bigger and went farther than ever. The farther the fishermen went, the longer it took to bring in the fish. If the return trip took more than a few days, the fish were not fresh. The Japanese did not like the taste.

To solve this problem, fishing companies installed freezers on their boats. They would catch the fish and freeze them at sea. Freezers allowed the boats to go farther and stay longer. However, the Japanese could taste the difference between fresh and frozen and they did not like frozen fish.

The frozen fish brought a lower price. So fishing companies installed fish tanks. They would catch the fish and stuff them in the tanks, fin to fin. After a little thrashing around, the fish stopped moving. They were tired and dull, but alive. Unfortunately, the Japanese could still taste the difference. Because the fish did not move for days, they lost their fresh-fish taste. The Japanese preferred the lively taste of fresh fish, not sluggish fish.

So how did Japanese fishing companies solve this problem? How do they get fresh-tasting fish to Japan?

To keep the taste fresh, the Japanese fishing companies still put the fish in the tanks. But now they add a small shark to each tank. The shark eats a few fish, but most of the fish arrive in a very lively state. The fishes are challenged.

Moral:
Have you realized that some of us are also living in a pond but most of the time tired & dull, so we need a Shark in our life to keep us awake and moving? Basically in our lives Sharks are new challenges to keep us active and taste better.

The more intelligent, persistent and competent you are, the more you enjoy a challenge. If your challenges are the correct size, and if you are steadily conquering those challenges, you are Conqueror. You think of your challenges and get energized. You are excited to try new solutions.

When you're challenged, the best prevails

"Don't be afraid of pressures. Remember that Pressure is what turns a lump of coal into a diamond"
 

Monday, September 7, 2009

Itulah namanya CINTA


Teman,
Nukilan ini bukan untuk mengusik mu,
Apatah lagi mentertawakan perasaan mu,
Tapi jika kau bertanya padaku
Itulah namanya CINTA.

Ia sukar dilafazkan apatah lagi dibuktikan
Ia pelik dan menghairankan tapi penuh kebahagiaan
Ia sukar ditafsirkan apabila kau masih bisa tertawa tatkala matamu ditakungi kesedihan
Ia mengasyikkan, meruntun perasaan dengan keajaibannya.

Ayat-ayat cinta itu, teman
Adakala sukar untuk diterjemahkan kebenarannya
Tapi usah risau dan ragu
Ikutlah kata hatimu
Kerana kau akan tetap menemui jawapannya di penghujung jalan.

Bila setiap ketika hatimu berlagu riang
Bila hari-harimu dipenuhi warna-warna kebahagiaan
Bila hatimu merintih kerinduan
Bila wajahnya sukar dipadamkan dari ingatan
Bila kau cuba lari tetapi dirinya kian hampir denganmu
Itulah namanya CINTA

Cinta tidak buta tetapi ia boleh membutakan
Cinta tidak mudah dimengertikan, ia penuh pengertian
Cinta tidak harus dipersendakan, jangan sekali disakitkan
Cinta perlukan pengorbanan walaupun terbatas
Namun teman,
Usah risau, usah berfikir hingga merosakkan semangatmu
Teruskan langkah dan yakini lah
Jawapan itu ada...jauh di sudut hatimu.

Kerana Ku Sayang Kamu


seandainya kau ada disini denganku
mungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu

kutak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
‘kan slalu kunanti
karena kusayang kamu

hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain

adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
kukan selalu menantimu

Align Center* nasihat dr seorang teman- dont let someone be your everything, because when they are gone, you are nothing!

Sunday, September 6, 2009

Juadah Berbuka di Hujung Minggu

Salam para viewers,

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu...hahaha, weekend, time ni lah mama nak masak untuk family, kalau tak susahlah mama, kesian lak kat anak bujang tu, yang selalu cakap "mama, mama masaklah lauk yang mcm gitu-gitu tu, yang mama masak dulu"...hahahah.

Setelah bertungkus-lumus bersilat di dapur + menghadap karenah zara yang sibuk jugak nak mengemas (kemaslah anak oii, habis semua barang-barang dalam laci dikeluarkannya termasuklah bawang putih, bawang besar, kentang, lada kering dan asam jawa...phewww) akhirnya berkat kesabaran dan ketabahan yang padu di hati, inilah hasilnya..lauk pauk yang simple tapi menepati kehendak seluruh ahli keluarga...(wah, mcm ayat chef wan lak)

Jom intai!!


1. Sayur campur ala chinese style



2. Daging masak sambal



3. Sambal kentang dgn ikan bilis



4. Ikan kembung goreng berempah


last but not least..


Teh-0 laici

(no ice..tapi dah disejukkan terlebih dahulu)


Syukur, berjaya jugak misi menyiapkan juadah berbuka ni.
Selamat berpuasa semua!!


Thursday, September 3, 2009

Hari Bergambar Sedunia?

Salam sejahtera semua,

Entry kali ni special sedikit, more to photo-blogging. Bukan apa, just nak share with friends, our happy moment together+nak tolong promote sikit blog my friend ni. Eh, tolong promote? Apa salahnya kan, kawan-kawan. Kalau kita tak tolong siapa lagi. Oh ya, suka diingatkan ini takde tujuan apa-apa, to faz, i'm doing this not because i want special price ok, it is because i like all your collections very much. and wish you good luck in your business.

To other friends who like to get all these dress for your little princess, can get it here:
www.mybabywear.blogspot.com.
Happy shopping!!


They are apple of my eyes



My princess, Zara Damia



My little hero, Muhammad Muqri
"peace, ma...peace"


mama punya turn pulak.. hahaha...not bad yeah (i guess)


menyelit jap, this dress bought at babywear blog..nice material,
kt belakang ada tali, very sweet

special pose from my little girl..cak!
and finally


akhirnya puteri beradu di pangkuan bonda.


thank you.












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts