Thank you so much for following this blog

Friday, June 25, 2010

Jakarta Trip-2nd Day (separuh masa kedua..)

Hye semua,
Maaf ye, lama menunggu zur nak sambung cerita pasal trip zur ke Jakarta. Sabar kawan-kawan, tak lari gunung dikejar (memanglah, cuba kejar anjing gila, mesti kena kejar balik..hahaha..nonsense)

So, zur dah sampai ke Tanah Abang setelah menempuhi perjalanan yang agak mencabar tapi tak dinafikan, penuh keseronokan. Cuma nasihat zur, pada sesiapa yang rasa tak berapa berani nak main hentam je macam zur and friends ni, eloklah upah pak supir untuk hantar ke sana sini. Jangan ikut kitorang ni, yang travel under budget. Tapi pada sesiapa yang terasa nak travel macam ni, please girls, please make sure you survey everything about that place, knows what do's and dont's because i dont want you to get in trouble.

Here is photos inside the Tanah Abang ...
Antara baju-baju yang dijual, walaupun tak berjemana tapi kainnya memang best, harganya 25000 rupiah, cuba korang kira, lebih kurang rm9++..hahahha, mana nak dapat di KL, tapi Zur adalah beli dalam 5psang untuk diri sendiri dan adik-adik, baju ni siap sekali dengan tudung tau..cool

Ini inner, ada pelbagai size, macam-macam warna, material amat lembut dan susah lusuh walaupun di basuh menggunakan machine. Kat sini zur borong 5 helai berlainan warna, harga RM9 sehelai, kalau kat KL, harga tetap RM15, memang susah nak dapat kurang. Worth it kan...

Deretan kedai di sini memang rambang mata, sebab kalau nak banding kt KL, manalah boleh dapat blouse-blouse tu harga belas2 ringgit, kat sini kalau beli lebih dari 3 helai, cubalah mintak kurang, insyaallah, boleh. Diorang ni amat suka orang Malaysia datang shopping kat sini sebab katanya orang Malaysia tak berkira sangat..hehehehe..ye kot.

 
Ini lorong belakang Tanah Abang. Sepanjang jalan ni , ada pelbagai benda dijual, mostly kain baju lah. Kat sinilah zu beli legging zara pada harga rm2.50 sahaja, campur 2 helai baju Strawberry Shortcake, lebih kurang RM10. Menyesal tak beli banyak. Lorong ni agak panjang, dan kalau korang tahu jalan atau rajin bertanya, mesti akan bawak korang terus ke Block A, blok yang ada 12 tingkat (kalau tak silap), dan buatkan percutian korang dari 3 hari boleh berlarutan sampai seminggu (kalau cukup duitlah).

Berhadapan dengan blok A tu, ada satu blok lagi iaitu blok M. Blok M ni khusu untuk jualan borong sahaja. So sesiapa yang rasa nak memborong untuk meniaga (pembelian satu barang mesti 3 kuantiti ke atas ye), bolehlah datang ke Blok M, kalau bawak setakat RM1K macam zur ni, tak payahlah pegi, elok berbelanja di Blok A sahaja.

Tokey kedai barangan leather yang baik hati, kat sini zur beli wallet leather versace RM60 je and wallet leather Bonia yang jenis panjang tu dalam RM50. Masa ni duit rupiah dah habis so kitorang pujuk-pujuk apek ni, so dia terima duit RM..hehehe. Kedai ni di dalam Blok A.

 
Salah sebuah kedai di dalam Blok A yang menjual semua baju warna putih sahaja. Sangat cantik, sangat menarik tapi sayang, kami dah kehabisan duit.  Semua baju di sini adalah cotton..nice

 
Di tingkat 8, foodcourt Blok A, masa ni dah penat tahap gaban, tak larat tapi apapun mesti sempat gak nak bergambar...Time ni jam 4.30pm, banyak kedai dah mula tutup, hari pun dah nak gelap.
  On the way balik, dalam bajaj. Time ni sendat giler tapi yang tukang bawak tu kata, bisa..bisa, so kitorang on je la.Sempat lagi snap gambar, walaupun kaki rasa dah nak tercabut tapi okaylah kan, pikir esok harinya dah nak balik, rasa berdendam nak datang lagi bawak duit lagi banyak and datang lagi lama..sebab banyak benda tak sempat nak beli, banyak aktiviti tak sempat buat. Pegi Mangga Dua tak sempat, pegi spa pun tak sempat.. hhuhuhuhu .. :(

Kata-kata yang menarik perhatian zur..Kasih itu tidak cemburu.. ???

to be continue...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts