Thank you so much for following this blog

Tuesday, December 13, 2011

Si Comel Laura...

Makhluk Allah yang kecil ini sememangnya telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta.  Masyaallah, comelnya, manjanya dia. Dengan wajahnya yang comel, matanya yang bulat, bulunya yang lebat dan lembut membuatkan hati bertambah sayang. Bermula dengan seekeor, kini dah bertambah ahli keluarga kecil aku ni. Tapi Laura tetap maintain sebagai tuan rumah.

Dulu Laura sangat takut dengan kamera. Kalau dia nampak aku pegang handphone and halakan ke dia, memang xde harapanlah. Cepat je dia nyorok dalam pouch. Lagi satu, disebabkan dia ni terlalu aktif maka teramatlah susah nak mendapatkan shot-shot terbaik. Akhirnya, di suatu malam yang dingin, selepas makan sesuku jagung kepunyaan anak teruna kesayangan, aksi-aksi manja Laura dapat dirakamkan. Terima kasih pada encik di rumah sebab kasi pinjam DSLR...

Lepak-lepak lepas pekena jagung...tapi kena maintain cun sebab mama nak ambil gambar and letak dalam blog...hihihihii
 Dulu pernah bawak Laura pergi opis tapi lepas ramai sangat yang kacau and usik-usik dia, terus tak bawak dah sebab kesian anak mama kena buli. Apa taknya, depa pegi tiup muka member, sure lah bengang si Laura, then mulalah dia crabbing tak berhenti. Mengelabah aku jap..hehe. Sekarang dia dah makin gemuk, dahlah manja, makan pun bersuap dengan babah kat rumah. Untung la, ada orang nak suap :P
Malu-malu kucing, main nyuruk-nyuruk lak...hahahaha

Sebenarnya time ni dia baru bangun tidur and ada seekor lagi kat bawah tu, si baby.
Laura ni suka makan buah-buahan tapi sekarang makin lama makin cerdik, dah pandai memilih. Kalau aku letak buah-buahan yang dipotong dadu and campur dengan sayur skit, esok pagi bila bangun tinggal sayur je. Pandai sungguh. Oh ya, sekarang no more apple please. Muak! sebab kalau letak apple, memang tak luak, pandang pun tak. Untungla...boleh pilih-pilih makan :P
Aksi manja budak busuk yang buat mama rasa macam nak picit2....eeeiii...geram!
#Sayang makhluk-makhluk Allah ni seperti anak-anak sendiri

Woman's Deadly Word (...and its so true)

and mine always "FINE!" then sapu-sapu bontot and walk away with "WHATEVER"

AH...Just perfect :)

Thursday, December 8, 2011

Harus baca: Kisah Ibu mertua yang pendendam

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah. Mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...
Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis dan terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendak nya.Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman dan menyimpan dendam terhadap Razman. Dia sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab-qabul kan dan pasangan pengantin baru ini bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman tapi malang telah menimpa mereka. Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman.

Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap ibu mertuanya, tambahan selepas mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan. Dia bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab "penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan". Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
........... ......... ................................................................................
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya.
Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci.

Macamana erkkk reaksi ibu mertua ....


Monday, December 5, 2011

New family members...

Salam semua,

Apa khabar? Maaf, dah lama tak berkesempatan utk update blog ni, banyak kisah yang hendak diceritakan, banyak teladan yang dipelajari tapi masa...memang sentiasa tak punya masa terluang untuk ber-blogging.

Kisah terbaru, i just received new family members, so lepas ni Laura tak akan kesepian lagi. Perasaan yang bercampur-campur hilang sebaik sahaja melihat Laura yang kelihatan sangat gembira menerima teman-teman baru. Rasa nak menitis airmata, sangat terharu. Maafkan mama, Laura. Lama Laura kena tunggu sampai Laura merajuk taknak makan, taknak main walaupun mama dah belikan mainan yang mahal-mahal.Habis duit mama tau!

Pictures..more pictures, here we go..
Our new family member : mami, didi and baby.

I got 3 new suggies, thanks to Darren who willing to give me the whole family + food and cage for a very good price. He loved them so much, just he is to busy plus his future wife dont like them, so seems like he has no choice. Dear friend, i will take care of them, and keep them as a family :)

So I end up have 4 little family members. The otai one is Laura for sure, then we have didi (daddy), mami (mommy) and their baby,Baby.I separated Baby from their parents (kejam kan?) and put her in a cage with Laura. So untuk beberapa malam yg pertama, I can hear she's menjerit-jerit sebab kena buli dengan Laura. Laura memang dengki tau, mama dah pesan suh kawan baik-baik, suka sangat buli si baby. Yang peliknya, bila aku datang je dekat dengan cage dia, elok lak nampak dia memain dgn si baby. What a pandai creature, pandai ko cover line eh?
Feeding time, hubby kena letak dlm piring and pegang sbb time ni belum ada bekas yg sesuai, but its okay, good for bonding...kita minum dulu!!
Baby, she's so friendly and manja. First time holding her in my hand, she so soft and good girl. Dia just duk je atas shoulder aku, pas tu sibuk main-main rambut sampai anak dara aku kata si baby tengah cari kutu. Ceh! Mama mana ada kutu tau. Hubby pun dah snap-snap gambar baby melepak kat bahu aku (tapi sorry, xleh publish sebab atas sebab-sebab tertentu...hehe) After 10minutes, agak-agak dia dah biasa, mulalah berjalan-jalan dari bahu ke lengan, merata-rata and hello...babah, u have to bring them for nail-clipping, x elok simpan kuku panjang, nnti jadi budak degil!

baby tomei tomeiii ...hello
 Baby, dia ni suka panjat2 bahu aku, cium2 pipi...hihihihi. Oh ya, kalau buka feeding door kat cage tu, pantas je dia menyelit nak keluar...she is my sunshine..baby, mama sayang baby. Jangan gaduh-gaduh dengan kakak laura ye, nanti mama tarik telinga dua-dua :P

Laura....relaxing my apron pocket
 And here she is, my lil girl laura, lepas ni takdelah laura nak duk dalam poket apron mama, teman mama kemas dapur and baca novel, skang laura dah ada kawan, tapi mama akan sentiasa bawak laura dan yang lain-lain kalau mama g jalan-jalan.

Aku sayang semua suggies ni. Ada kawan kat fb mintak satu ekor, nak beli. Tapi aku tanya balik pada diri sendiri, memang aku akan dapat duit tapi yg mana satu yang nak aku bagi? Didi? Kalau bagi didi, nanti mami xde kawan. Laura? Definitely not. Baby? Kalau jual baby, sape yang nak kawan dengan Laura debab tu? Huhuhu...so its end up dengan "akak tak jual, akak sayang semua sekali"..hahaha..

To readers out there yang rasa nak bela suggies ni, fikir masak-masak sebab nak jaga binatang ni, memang kena bagi komitment skit. Kalau u all tanya petshop, sure dia kata senang je jaga, bagi epal je. Hello, orang pun boleh mati kalau makan satu benda sepanjang hidup. Buat research dulu, baru tahu. Tanya mereka yang berpengalaman, its not easy job.But how hard it is, aku sanggup. Aku dah janji pada diri sendiri yang aku akan jaga diorg semua ni baik-baik, semoga diorang akan mendoakan aku sekeluarga juga

The end.

Pictures of the day:
XPress pizza...favorite hubby :)

salam

Thursday, December 1, 2011

He always there....


You knock, He opens. You attend, He welcomes. You ask, He gives. You sin, He tests, You repent, He forgives. You sin again. He forgives again. You cry, He listens. Everything you do, is about you; and everything He does, is about you. "So which of Allah’s favours will you deny?"
[Quran Surah Al-Rahman 55:13]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts