Thank you so much for following this blog

Wednesday, November 16, 2011

All the time fav pose for today...




Okay...enough for today. Kang korang kata aku melucah lak

Good day peeps..

Wit love...

Tuesday, November 15, 2011

Suggies kesayanganku, si Laura

Hajat hati untuk membeli sepasang hamster tak terlaksana sebaliknya seekor suggies yang begitu manja dan kelihatan sangat selesa tidur di telapak tangan aku membuatkan hatiku terpaut serta-merta. Inikah yang dikatakan cinta pandang pertama? Ah, x kisah tetapi dengan harga RM500, aku membawa pulang seekor sugar glider beserta sebuah sangkar yang dihias indah (huhuhuhu....).

Kami namakan dia Laura tapi si zara memanggilnya Oya (maklumlah..budak pelat memang macam tu). Terus terang aku katakan, pertama kali aku memegang si laura ini di rumah, aku geli-geleman. Entahlah, padahal tadi aku yang beria-ia nak beli..rasa macam pegang tikus..hehehe

Masa diambil untuk menjinakkan si laura ni lebih kurang 2 minggu sementelah kami pun dah cecah jam 8 malam barulah sampai di rumah..setiap hari.  Jauh di sudut hati, kasihan juga rasanya sebab dia kese'ekor'an di situ, tapi berkat kesabaran, alhamdulillah, sekarang dia manja sangat sampai kalau bawak balik kg, memang kaki tak cecah lantailah, asyik bertenggek kat bahu je memanjang, makan pun bersuap. Ceh!

Laura semasa baru seminggu dibawa pulang ke rumah, kurus je..

More pictures..

Aksi acrobatic sambil makan epal...hehehe
Sorry to say, her favorite fruit is rambutan and D.U.R.I.A.N
Sedih sangat bila tegok dia tidur dalam puch sorang-sorang macam ni...huhuhu
Tapi itu semuanya 5-6 bulan yang lepas, tunggu, akan ku upload gambar budak sekor ni paling latest, dahlah gemuk, memilih makan lak tu...Ceh!

Kongsi Resepi: Biskut Cornflakes Permata Hati

Assalamualaikum semua,

Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem'baking'. For the start, am baking 3 kali seminggu, basically hanya butter cake with almond, marble cake or rainbow one. Reason for 3 times baking in a week, 1 kali hangus (sebab tukang bakar belum expert lagi untuk setkan suhu and timer), 2nd time kek butter dah jadi bingka tapi bila bawak ke opis kawan-kawan sedap sangat "bingka" yang aku masak (padahal kan...) and third time, sebab ada member nak tempah "bingka" tu tapi menjadi lak, gebu je...hahahaha...complicated.

Last hariraya aidiladha, memang tak sempat nak baking cake tapi masa tengah melepak-lepak kemas dapur dengan ditemani anak bujang yang sibuk bercerita itu ini, terpandang satu balang cornflakes yang belum terusik, so kepala apa lagi, laju je terfikir nak buat biskut. Bahan-bahan pun ada lagi skit, so berpandukan resepi kak Jun from www.myresepi.com here is the outcome.

Marilah menjamu mata and sesiapa nak cuba, bolehlah cuba sebab sangat senang dan ringkas. Happy baking everyone

Biskut Cornflakes Permata Hati

Cooked by mama and designed by Muhammad Muqri. Thanks son

Crispy and less sweet...yummy!
 Kata aku: Ada permintaan untuk kek butter semasa bercuti ke Singapore.Insyaallah, akan diusahakan. Terima kasih pada family and kawan-kawan yang sentiasa support aku


Tuesday, November 8, 2011

I want to be like this...


Kata aku: Jika aku tidak bermanfaat kepada manusia, Kau ambillah nyawa aku, Ya Allah tetapi jika aku ini bermanfaat kepada semua makhluk-Mu, maka Kau sihatkanlah aku dan panjangkanlah umurku agar aku terus mampu menjadi insan yang bermanfaat.

Friday, November 4, 2011

Gangguan

Sejak akhir-akhir ni hati selalu tak tenteram...jiwa kacau. Malam tidur susah lena, ada beberapa bayangan buruk yang menjelma. Adakala ketika leka menonton televisyen terasa ada sesuatu yang sesekali menjenguk di balik dinding. Entahlah...mungkin bayangan gurauan :)

Korang takut? Aku dah lama di ganggu macam tu. Kalau solat terasa macam ada orang yang menjadi makmum nya, solat tak kusyuk. Penyelesaiannya, pasang lampu dan panggil anak-anak supaya meneman. Parah kan? Yes it is. Waktu malam, jam 11 ke atas akan kedengaranlah suara kerusi meja seolah-olah dialihkan di tingkat atas. Entah siapa yang nak sibuk nak mengatur rumah waktu malam buta. Haiii..kamu manusia ke apa ni? Aku pun mulut kurang ajar, mula lah menyumpah " hah! dah mulalah tu nak buat kerja malam-malam buta, macam @$@^(!$%!!"

Aku ada terbaca satu artikel tentang gangguan jin. Jin ni macam manusia juga, ada yang baik, ada yang jahat. Dan jin ni ada yang suka kat kita, ada yang benci sangat. Kalau ikutkan gangguan-gangguan yang aku kena ni, berdasarkan artikel tu, menandakan jin tu suka kat kita. Ha sudah! And benda-benda ni kalau tak disekat boleh menjadi makin parah.

Aku kalau nak cerita kat hubby dia tak percaya, dia kata itu perasaan aku je. Baiklah, tapi aku rasa dia pun dengar bunyi perabot dipindahkan dan guli dibaling.Dia kata maybe orang atas ni pindah2kan sofa dia sebab nak tidur. Apa kejadah tiap-tiap malam macam tu? And maybe dia tak rasa terganggu sebab jin tu tak suka kat dia, sebab dia tak pernah kena orang main auuu cak!!. Ah..malas nak layan

Aku ni pun kemampuannya terbatas, nak g jumpa orang yang lebih tahu pun tak tahu kat mana, so apa aku buat, aku amalkan membaca dan mendengar surah Ruqyah Syar'iah. Masa mula-mula dengan tu perut sebu, kepala berserabut tapi aku teruskan juga. Aku yakin Allah akan membantu

Di rumah, aku pasang ayat-ayat Quran. Aku perbaiki kualiti solat, kalau dulu zohor dibuat bila asar sudah nak menjelang tapi sekarang bila masuk waktu je, aku dah tak berlengah. Kalau dulu time di opis, mp3 lagu-lagu yang menemani tapi sekarang dah bertukar, setiap 1-2 jam sekali, aku dengar bacaan surah-surah Al-Quran. Lagi satu aku percaya kita yang lebih layak menguasai fikiran dan perasaan kita so setiap kali ada perasaan yang buruk datang, aku akan beristighfar, selalu beristighfar, banyak-banyak beristighfar...semoga Allah melindungi aku.

Oh ya, ini maybe satu info yang sangat berguna pada sesiapa yang mengalami gangguan seperti aku ini. Mungkin itu bukan seperti yang kita sangkakan. Kalau kita rasa agak negatif pada diri dan persekitaran kita, cuba muhasabah balik diri sendiri. Mungkin...mungkin ada perkara yang kita telah lakukan yang telah menyinggung hati sesiapa, tak kira sama ada dengan manusia, haiwan atau alam sekitar . Mungkin kita telah menyakitkan hati ibubapa atau suami kita, mungkin kita ada membuatkan rakan kita berkecil hati..tanpa sedar. Mungkin ibadah kita hanya 'setakat muat'. Segalanya mungkin, Yang penting sucikan hati dulu ya..

Pic credit to http://waneyellis.blogspot.com 
Kedua, cubalah gunakan minyak ni..minyak kasturi syifa.Minyak kasturi syifa ini telah ditilawahkan dgn 30 juzuk A-Quran, diruqyahkan dgn ayat-ayat ruqyah, doa syifa, almathurat, almuawwizat, asma al husna, selawat tafrijiyyah dan lain-lain. Ia boleh membantu melindungi diri kita daripada gangguan syaitan, jin dsb., malah ia boleh mencantikkan aura tubuh badan seseorang. Kalau anak-anak menangis malam, sapu je minyak ni di ubun-ubun dan belakang telinga mereka, insyaallah, akan dapat membantu. Tapi pemakaian minyak kasturi syifa ni ada aturannya, bukan main bedal je . Lagi satu, minyak ini tak boleh dilangkah sebab ia telah dibacakan dengan aya-ayat suci Al-Quran. Masa bawak minyak ni letak dalam handbag, handbag pun tak letak kat kaki sebab risau kalau-kalau dilangkah secara tidak sengaja.
Dengan menggunakan kasturi ini, jin kafir akan membenci kita ,malaikat suka,org soleh suka...banyak kelebihannya pada rohani kita.Kalau nak dapat lebih info, boleh lihat di website pengedarnya>> http://www.kasturisyifa.com.my

Aku harap story aku kali ini akan dapat membantu kawan-kawan di luar sana yang mungkin menghadapi masalah yang sama. Tapi selalu ingat, apa-apapun selalulah pulang ke pangkuan Dia. Jangan lupakan DIA walaupun sesaat. Insyaallah, kalau kita ingat Dia, Dia akan selalu menjadi kekasih yang melindungi kita. Insyaallah.

Sesungguhnya yang baik tu hanyalah dari Allah dan yang buruk tu adalah kerana kekurangan diri aku semata-mata.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts