Thank you so much for following this blog

Tuesday, May 31, 2011

Sesi Fotografi bersama kawan-kawan 'sekapal'


Hye bloggies,
Lamanya tak update blog, macam-macam cerita sebenarnya, dan dah merata-rata tempat zur pergi selama ini, itu yang tak sempat nak update blog. Dah bersawang ni...

Ini cerita lama tapi ada few close friends nak sangat tengok gambar-gambar diorang dipaparkan di sini (hehehe...). Ni korang, cheq interframe kan kome sume ye.So pas ni glamerlah korang, satu dunia tengok depa.

K.A.M.I
Sesi fotografi ni diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Thank to Nani and her hubby, Faisal from TopSphere Photography who taken very beautiful pictures and variaties nice shots. And thanks juga because both of you had did an excellent work and made our dream comes true...

Here is few pictures yang bagi zur sangat berbaloi bagi kami yang rela berpanas dan berpeluh sakan, semata-mata nak nampak cantik...hihhii. Oh ya, so sesapa nak hire kami utk jadi model blog diorg, please send ur inquiry in my inbox....hahahahahaha... (ada ke? gulp!)

Action...smile!

Calon Gadis Melayu Musim Baru...hehehe



My favorite shot :)
That's all for now. It's time for me to go home after a very longgg day. Next entry, about my trip to Guangzhoy, China. So....tungguuu..


Sunday, May 15, 2011

Kerana...


Kerana hidup ini tak selalunya tenang
Kerana hari-hari itu tidak selalunya gembira
Kerana ada hati hati yang  perlu dijaga
Kerana senyum itu penawar duka
Aku tak akan menyerah kalah

Kerana kasih ini tidak bertepian
Kerana sayang ini sentiasa bertautan
Kerana cinta ini terlalu mendalam
Biarlah hati ini terluka daripada terus melukakan
Biarlah bibir ini terus mengukirkan senyuman
Kerana hati yang luka tidak selamanya gundah
 Kerana aku yakin masa akan menjadi penawar kedukaan

Duhai hati yang disayangi
Duhai jiwa yang dicintai
Aku adalah kepunyaanmu dan kau adalah milikku
Kembalilah kau...walau setinggi langit pun kau terbang
Singgahlah pulang...bersama harum kasihmu
Ubatilah hatiku, jadilah penawar abadi

Kerana ketahuilah..
Walau sekejam manapun robekanmu itu
Diri ini sentiasa memaafkan..
Walau sebesar manapun luka itu
Hati ini sentiasa akan menyayangimu..

Aku mahu kau sentiasa bersamaku
Aku mahu tidur dan bangunku melihat wajahmu
Aku mahu bercanda denganmu, menikmati hidup ini
Kerana aku mahu menjadi milikmu...hanya milikmu
Selama-lamanya.

Kata Zur: Tak terkata apa-apa...



Wednesday, May 11, 2011

Kisah aku dan ah soh gagap

Hubungan aku dan Ah soh memang sudah diketahui ramai. Ah soh adalah kawan kepada atuk aku, dan panggilan 'gagap' diberikan kerana pertuturannya tidak begitu teratur, agak gagap. Kejam sungguh orang yang memberi gelaran itu. Kesian ah soh..

Ah Soh ni tinggal di perkampungan cina di Kerdau. Yes, Kerdau yang baru-baru ni ada pilihanraya kecil tu. Dengar cerita dia orang pembangkang tapi dia sangat kamcing dengan atuk yang pro-kerajaan. Tak kisahlah ah-soh, orang merah ke, biru ke, hijau ke tapi yang pasti ah soh tetap kawan kami.

Kalau time hari raya, Ah soh mesti datang beraya satu family. Dia akan bawa isteri, anak-anak dan cucu-cucunya datang beraya, makan lemang 3-5 batang, belasah rendang dan kuah kacang, pas tu siap bawak bungkus balik. Tak apa, kitorang tak kisah, kitorang seronok ah soh datang, atuk pun suka, atuk memang buat lemang-lemang tu untuk ah soh tau. Atuk sanggup tak keluar ikut kitorang beraya sebab nak tunggu ah soh dan family beraya.

Atuk dan ah soh memang close.Orang-orang kampung pun memang dah kenal sangat dengan ah soh. Apa taknya, bila time ah soh dapat bunuh babi hutan, dia akan ikat babi tu atas motor dan lalu kat tengah-tengah kampung. Ah soh..ah soh. Tapi dia tahu jaga sensitivity walaupun ada masa dia main hentam je.

Oh ya, kalau time sambutan tahun baru cina, ah soh beria-ria tempah sate, beli kuih-kuih dari orang melayu,sediakan air tin, air botol, pinggan mangkuk kertas sebab ah soh nak kitorang datang beraya kat rumah dia. Kitorang pun pergi ke rumah dia, duduk kat luar rumah sambil makan sate yang ditempah dr kedai melayu kat simpang empat Kerdau, sambil berborak-borak dan tengok bunga api . Pas tu kami akan bergambar, muhibah sungguh.


Skang ah soh pergi Hong Kong, melawat saudara-mara dia di sana. Ah soh pesan kat atuk tolong tengok-tengokkan kebun dia dan tolong bagi makan anjing dia yang menjaga kebun tu. Atuk bengang sbb atuk malas..tapi zur tengok atuk start gak motor pergi jalankan tugas yang diamanahkan. Oh ya, hari tu atuk pernah jatuh sakit, seminggu atuk demam teruk, langsung tak boleh bangun, ah soh datang rumah melihat atuk, lama dia duduk meneman atuk, macam-macam topik yang keluar. Kalau ah soh datang, mesti dia tanya wan: aaalong mana? ... ah soh memang sayang kat zur :p

Sebab tu masa zur kahwin dulu, ah soh sentiasa ada. Masa orang kampung sibuk pasang penanggah, ah soh pun sibuk tolong, ah soh buat macam-macam. Ah soh dah macam bayang-bayang atuk, mana ada atuk, situ ada ah soh. Masa Zur bersanding atas pelamin, ah soh suruh semua ahli keluarga dia naik bergambar, nasib baik tak runtuh pelamin. Tapi kalau runtuh pun, mesti itu akan jadi satu kenangan yang amat lucu untuk dikenang.

Ah soh, terima kasih sebab jadi kawan kami. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, kita tetap sama. Kalau tak wujud konsep 1Malaysia pun, kita dah lama macam ni.

ah soh..oh ah soh

Kata Zur: Sayang Ah Soh ..macam sayang keluarga sendiri...

Thursday, May 5, 2011

Kasih ibu membawa ke syurga :(

Assalamualaikum..

Apa khabar para mama? Buat mama-mama yang sibuk bekerja, yang sibuk di dapur, sibuk mencari rezeki di luar sana, semoga Allah merahmati kita. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semasa kita keluar bekerja untuk membantu meringankan beban para suami, demi mencari rezeki yang halal di bumi Allah yang maha luas ini. Buat para bapa yang bekerja keras memberi kesenangan buat keluarga, semoga anak-anak kalian juga dilindungi Allah, kerana demi Allah, kita sanggup diuji, kan, apa sahaja, tapi bukan bilamana ia melibatkan anak-anak kita.

Mereka permata timur kita, hadir mereka mungkin pada mulanya sukar diterima tapi zur percaya, tatkala melihat ke dalam mata wajah mulus itu, air mata seorang lelaki itu boleh mengalir. Itu jiwa seorang bapa, apatah pula kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan anak itu selama 9bulan dengan penuh susah-payahnya. Kasih bapa setiap masa, kasih ibu membawa ke syurga...


Menatap gambar di atas membuat hati zur meruntun sedih. Dapat zur rasakan peritnya ujian yang sang ibu harus hadapi, kuatnya dugaan Allah-diambilnya 3 orang buah hatinya dalam sekelip mata. Innalillah...sabarlah hati, semoga sang ibu ini akan kuat semangatnya menahan kepiluan dan kerinduan di hari-hari mendatang. Zur percaya para ibu di luar sana mampu mengerti erti tangisan itu, seakan separuh nyawa melayang, usahlah patah hati duhai ibu, kuatkan dirimu...tabahlah...

Buat anak-anak mama, mama sayang kalian dan mama perlukan anak-anak mama sepanjang hidup mama...


Kata zur: Unlike...

Monday, May 2, 2011

Tampil Seksi Menggoda di Hadapan Suami... (eyes blinking..)


Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung minggu yang panjang. Time-time cuti macam ni, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman, ada juga yang bercuti tapi ramai juga yang datang bekerja (seperti saya...huhuhu).

Friend, zur ambil masa 5 minit untuk merehatkan minda, penat selepas dari pagi bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang ada. Zur terbaca satu artikel tentang memelihara hubungan suami-isteri dengan tampil menggoda di hadapan suami, membuatkan zur berfikir sejenak.Zur rasa amat bagus kalau zur berkongsi tips yang zur dapat ni dengan isteri-isteri di luar sana, dan bagi yang bakal mendirikan rumahtangga, i thinks you should read and understand these too.

Jom..kita tengok

Rambut Terurus
Rambut merupakan mahkota wanita. Kalau di rumah, rapikan rambut dan tampillah dengan kemas. Jangan dibiarkan ia kusut dan mengerbang, menakutkan tau. Jika ia panjang, biarkan ia mengurai. Lelaki suka pada wanita yang berambut panjang beralun, ditambah pula dengan kelembutan dan keharuman rambut membuatkan sang suami tak jemu-jemu membelai you all.. *wink*.

Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki. Oh ya, ada sesetengah suami suka melihat bibir mulus isteri tanpa sebarang lipstik tapi kita boleh gunakan lipgloss supaya bibir kelihatan sihat dan seksi...auwww.

Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Selain kulit menjadi lembut,ia juga lebih wangiiii.. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem * wink wink*

Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

Photo credited to Lusiana Maharani...thanks dear
Tukar Gaya
Ha, ini point yang paling perlu dititikberatkan. Sayang-sayang semua, kalau di rumah you all biasanya berbaju t-shirt dan berkain batik, apa kata bertukar kepada sesuatu yang lebih 'hot' dan memberangsangkan untuk tontonan si dia. Tak salah berbelanja sedikit agar bergaya di rumah, lagi pun..come on, he is your husband.Sekali sekali pakai baju tanpa lengan atau blouse ketat menampakkan lurah dada you all atau skirt pendek berbelah di tepi atau seluar pendek ketat. Masih tak seksi? Semburkan sedikit haruman dan biarkan rambut you all kemas terurai...hmm Eh? Siapa kata tak boleh? Boleh...dalam rumah lagilah di bolehkan, especially untuk suami, okay? Dapat pahala lagi tu :)

Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini. Sekarang ni di pasarana ada banyak produk, kalau nak suggestion, zur suggestkan guna produk Mak Dara atau Puteri Binari *wink*

Friends...selamat mencuba. Ingat, you always can IF you want

Kata zur: T-shirt lusuh dan kain batik diHARAMKAN di rumah, perfume dlm masa 1 bulan dh nak habis...tak kisah, janji suami sayang ....hihihihihih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts