Thank you so much for following this blog

Thursday, June 17, 2010

Airmata seorang isteri

Hye all,

It's Thursday evening, 6pm, while having my hot coffee and listening to my favorites songs from my MP3s list (i wish i can have a hot banana fried with me now..huhuhu ), i received one email from my friend. I remember i had received the same email long time agobut it's okay, it worth to share. Lets read this: 

**********************************************************************************
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu itu bererti dia tidak akan dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu selamanya...

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah.
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah hanya kerana dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa egonya.

Wahai suami, jika isterimu menangis keranamu, peganglah tangannya dengan penuh pengertian kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam..
Wahai suami, jika seorang isteri menangis keranamu, janganlah disia-siakan dia. Mungkin kerana keputusanmu, kau telah merosakkan kehidupannya. 
Saat dia menangis di depanmu, lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya keranamu??

Pada hari penciptaan PEREMPUAN, malaikat bertanya kepada tuhan

"Apakah keistimewaan ciptaanMu ini, wahai Tuhanku?"

Lalu tuhan berkata bahawa ada banyak keistimewaan yang dimiliki oleh ciptaanKu ini.

Di sebalik kelembutan dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat
Tutur katanya adalah kebenaran
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya
Pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya
Dia tersenyum melihat temannya tertawa
Dia akan menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya
Dia masih mampu tersenyum di sebalik kesedihannya
Dia sangat gembira melihat kelahiran
Dia begitu sedih melihat kematian
Titisan airmatanya bisa membawa perdamaian
Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana satu hal..
Betapa berharganya dia...

Hmmm...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts