Thank you so much for following this blog

Thursday, April 26, 2012

Buat baik dibalas baik

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog ni, silap2 my silent reader ingat aku dah x berminat dengan dunia blogging lagi dah. Akhir-akhir ini hidup menjadi semakin sibuk, terlalu banyak tanggungjawab baru yang perlu dan harus dilangsaikan sebaik mungkin, itu juga satu amanah Allah, bukan?

Baru-baru ini aku telah menerima tawaran kerja di tempat baru dan entah bagaimana, hati terdetik utk menerima tawaran tersebut...hanya selepas 5 tahun. Terima kasih pada sahabat a.k.a merangkap my boss at this moment kerana mempercayai kebolehan aku untuk memikul tanggungjawab ini. Bukan senang tapi jika kita bersikap positif, tak ada apa yang mustahil.

Kerja baru, rutin baru, kawan baru, semua serba baru. Attitude? Maintain positif, sebab tu aku sendiri tak percaya yang aku boleh faham their complicated system in a week. Taklah pandai, at least dah boleh tahu what this button is function for what. Hidup untuk belajar kan, lgpun belajar itu adalah proses sepanjang hidup.

Ada pengalaman yang hendak dikongsikan, satu pengajaran yang perlahan-lahan mengajar aku erti berbuat baik. Bila Allah berkata bahawa Dia akan membalas setiap perbuatan baik itu walaupun sebesar kuman. 2 minggu sebelum resign di company lama, telah ada seorang pengganti yang akan mengambilalih semua tugasanku. Tugasku, mengajar dia sehingga dia faham. Dan entah dari mana datang kesabaran, aku mengajar dia dari A-Z, dari 0 hingga dia faham segala-galanya, tanpa ada sedikit pun perasaan marah atau tension bilamana dia bertanya soalan yang sama berulang-kali. Malah aku memberikan dia tunjuk ajar dengan lapang dada. Niat hati, terus ditetapkan kerana Allah.

Pemergian aku, tidak setitikpun airmata mengalir di pipi. Bukan tidak sedih meninggalkan kawan-kawan dan tempat mencari rezeki, cuma aku rasakan yang aku sudah puas berkhidmat disana. Aku rasa memang sudah tiba seru untuk aku berhijrah. Pada hari-hari terakhir bersama rakan-rakan dimanfaatkan sebaik mungkin. Betul, aku berat hati tapi hidup mesti diteruskan dan aku percaya, berhijrah itu satu perkara yang harus dilakukan dalam hidup. Satu keputusan penting tapi aku bertawakal kepada Allah, Sesungguhnya Dia tuhan yang Maha Mengetahui.

Seminggu pertama di tempat baru, tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan meluangkan masa untuk memahami system mereka. Suriati, insan yang bakal beredar dari dunia pekerjaan kerana mahu menjadi surirumah sepenuh masa mengajar aku dengan sabar. Demi tuhan, saat ini aku terbayangkan detik-detik aku mengajar staff baru di ofis lama, cuma ketika ini aku berada di tempat insan yang diajar. Alhamdulillah, aku rasa Allah membalas kesabaran aku dengan mengurniakan aku seseorang yang begitu sabar juga mengajar aku. Betapa banyak soalan-soalan bodoh dan penuh kekeliruan yang dikemukakan oleh aku, dia tetap menjawab dengan penuh berhati-hati. Semoga Allah membalas segala kebaikan kamu, Su.Ya, hanya Dia yang mampu membalasnya.

Semoga hidup kita dia dunia yang kian mencabar ini akan sentiasa diwarnai dengan sifat-sifat baik yang disukai Allah. Kepada semua pembaca, my lovely silent reader, kepada Sabariah, terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa blog ini masih diperlukan

Terima kasih semua. Teruskan mengingati Allah kerana Dia tidak pernah lupa akan kita

Salam sayang,
Zur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts