Hari kedua bermula agak awal, walaupun zur tidur agak lewat kerana masih sempat berborak dengan friends sebelum tidur, percaya atau tidak, jam 4.30am mata ni dah terbuka, bukan apa, ingatkan sudah jam 7am sebab diluar sudah cerah. Hmmm...zur ni, kalau dah terjaga, memang susah nak lelap balik, so terus bangun mandi dan bersiap-siap. Jam 7.30am, kami semua sudah ready di bawah untuk breakfast!
Girls ready for shopping! yeah...muka semua sembab sebab tak cukup tidur. Biasalah kan, kalau travel, manalah nak cukup rehat kan..kan...kan..
Hahaha..ini paling kelakar, ingatkan kamilah orang terawal turun untuk breakst tapi rupa-rupanya sarapan dah habis. Aik? Pukul berapa diorang ni turun melahap ni? adeh..takpe..takpe, nasib baik bawak bekal biskut, so my breakfast for that day is coffee and biscuit..alas perut je..hehehe
Sempat lagi pose, walaupun blur-blur ikan..hehehehe
In front of the hotel, pak guard hotel tu tolong ambilkan, baik hati..senyummmm je..hehehe
Okay, selepas breakfast, we decided to walk to Tanah Abang. Yes, it sound crazy kan, sebab kitorang rasa yang dari hotel ke tanah abang tu sangatlah dekat (kononnya lah). So sebab masih awal (tanah abang buka jam 9am), so kami pun jalanlah slow-slow sampai depan Plaza Indonesia. Here is some photos taken during the walk session...
Warung yang banyak terdapat di sepanjang jalan, teringin nak cuba tapi tak berani, takut perut tak sekuat perut badang...hehehehe
Tak sure dia bawak apa, nak panggil sebab nak beli tapi pikir-pikir balik entah apa tah, tapi rasanya sejenis keropok kot..
Inilah roundabout yang ceritakan di entry hari pertama tu. Air pancut tu giler tinggi, ternganga jap tengok..kagum...kagum..
Di hadapan Plaza Indonesia, diorang kata banyak shooting drama-drama Indonesia dibuat di sini..entah..ye lah kot, nampak macam grand je. Zur cume berminay dengan tu..kat atas tu, butik LV...hehehe (macamlah duit banyak sangat..ahhahaha)
Punyalah lama kitorang berjalan sampai depan Grand Hyatt Hotel, jauh tu, tapi bayang tanah abang pun tak nampak, nak ambil bajaj, memang tak adalah (sebab bajaj tak boleh digunakan di jalanraya besar, lorong-lorong belakang je), so tunggu punya tunggu tetiba ada sebuah bas lalu. Ala, bas ni ala-ala bas metro yang banyak kat Kotaraya tu. So kami pun tahan bas and naik..tambang lebih kurang 70 sen la. Bas ni takde loceng so kalau nak berhenti, bangun dan ketuk siling bas tu (alamak, kalau yang jenis pendek macam zur ni, cubalah korang bayangkan kan).
Dalam bas, seronok sebab drebar tu bawak laju macam nak racing, hahahah..rasa macam naik roller coster je..adventure sungguh.Zur rasa orang-orang kat dalam bas tu mesti panggil kitorang ni jakun..hahaha
Akhirnya..sampailah di Tanah Abang dan inilah sebahagian daripada pemandangannya, dari luar..
Deretan bajaj menunggu penumpang..seronok tengok benda ni tapi bising, enjin macam bunyi mesin rumput..heheh
Ini baru pemandangan di luar, tunggu...korang mesti excited nak tahu apa ada di dalam TANAH ABANG tu kan, syoook sangat tau...sabar ye..
to be continued.....
No comments:
Post a Comment