Salam viewers,
Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik aku yang bakal melangsungkan perkahwinannya 1 ogos ni, tak sempat ke spa untuk perawatan badan (utk bakaL pengantin..WAJIB TU). So last week, masa balik kg, aku dengan penuh rasa tanggungjawab (heh), ajarlah dia cara untuk buat sendiri scrub badan. Senang, jimat dan ringkas. Aku rasa you all semua pun boleh buat.
Bahan-bahannya senang je, sure kt rumah korang ada benda-benda ni, iaitu serbuk kopi (bukan nescafe tau), oatmeal dan madu atau minyak bayi. Haa...jangan terkejut.Kopi merupakan agen antioksidan yang baik sekali tau. Ia bukan sahaja menyegarkan mata di pagi hari, tapi sebenarnya physically kopi sangat bagus sebagai bahan 'penyahdakian' (hahahha, perkataan baru) kerana teksturnya yang halus dan berbiji. Begitu juga dgn quaker oat, kerana teksturnya yang sedikit kasar tapi mudah menyerap, ia tampil sebagai bahan skrub yang amat berguna.
Caranya mudah sahaja, mula-mula ambil 2 atau 3 sudu serbuk kopi (aku guna kopi kilo yg boleh didapati di pasar tani), dan bancuh dengan air panas tapi pastikan sedikit sahaja, biar kopi tu agak likat tetapi tidak terlalu cair. Kacau dan kemudian masukkan sesudu oat (aku guna quaker oat, senang, dah memang ada kt umah, takyah nak beli) ke dalam bancuhan kopi tadi. Kacau lagi hingga sebati.
Sebagai tambahan, boleh letakkan sesudu madu, tapi kalau takde madu, boleh ganti dengan minyak aromateraphy atau minyak bayi. Tujuannya supaya bila di sapu dan disental ke badan, ia tidak menyakitkan malahan membantu melicinkan proses scrubbing. Then, bolehlah diguna. Seeloknya mandi dengan air suam dahulu untuk membuka liang-liang roma dan melembutkan kulit, kemudian barulah sental bancuhan ini di badan sehingga kering, dan kemudian bolehlah dibasuh dan dibilas dengan sabun.
Selepas itu, pakai losyen badan tau. For sure, ladies semua akan rasa lebih nyaman dan puas hati. Kalau tak percaya, cubalah. Anda pasti akan terpegun dengan hasilnya. Kulit akan menjadi lebih lembut dan gebu, dan bersih. Berbaloi-baloi!
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
love this :) one time, yaya DIY body scrub macam ni. cuma gantikan kopi dgn kulit kayu manis. but, x guna minyak baby pun. guna olive oil.
ReplyDeletebut, this is ine good tips :) will try.