Thank you so much for following this blog

Monday, May 2, 2011

Tampil Seksi Menggoda di Hadapan Suami... (eyes blinking..)


Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung minggu yang panjang. Time-time cuti macam ni, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman, ada juga yang bercuti tapi ramai juga yang datang bekerja (seperti saya...huhuhu).

Friend, zur ambil masa 5 minit untuk merehatkan minda, penat selepas dari pagi bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang ada. Zur terbaca satu artikel tentang memelihara hubungan suami-isteri dengan tampil menggoda di hadapan suami, membuatkan zur berfikir sejenak.Zur rasa amat bagus kalau zur berkongsi tips yang zur dapat ni dengan isteri-isteri di luar sana, dan bagi yang bakal mendirikan rumahtangga, i thinks you should read and understand these too.

Jom..kita tengok

Rambut Terurus
Rambut merupakan mahkota wanita. Kalau di rumah, rapikan rambut dan tampillah dengan kemas. Jangan dibiarkan ia kusut dan mengerbang, menakutkan tau. Jika ia panjang, biarkan ia mengurai. Lelaki suka pada wanita yang berambut panjang beralun, ditambah pula dengan kelembutan dan keharuman rambut membuatkan sang suami tak jemu-jemu membelai you all.. *wink*.

Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki. Oh ya, ada sesetengah suami suka melihat bibir mulus isteri tanpa sebarang lipstik tapi kita boleh gunakan lipgloss supaya bibir kelihatan sihat dan seksi...auwww.

Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Selain kulit menjadi lembut,ia juga lebih wangiiii.. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem * wink wink*

Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

Photo credited to Lusiana Maharani...thanks dear
Tukar Gaya
Ha, ini point yang paling perlu dititikberatkan. Sayang-sayang semua, kalau di rumah you all biasanya berbaju t-shirt dan berkain batik, apa kata bertukar kepada sesuatu yang lebih 'hot' dan memberangsangkan untuk tontonan si dia. Tak salah berbelanja sedikit agar bergaya di rumah, lagi pun..come on, he is your husband.Sekali sekali pakai baju tanpa lengan atau blouse ketat menampakkan lurah dada you all atau skirt pendek berbelah di tepi atau seluar pendek ketat. Masih tak seksi? Semburkan sedikit haruman dan biarkan rambut you all kemas terurai...hmm Eh? Siapa kata tak boleh? Boleh...dalam rumah lagilah di bolehkan, especially untuk suami, okay? Dapat pahala lagi tu :)

Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini. Sekarang ni di pasarana ada banyak produk, kalau nak suggestion, zur suggestkan guna produk Mak Dara atau Puteri Binari *wink*

Friends...selamat mencuba. Ingat, you always can IF you want

Kata zur: T-shirt lusuh dan kain batik diHARAMKAN di rumah, perfume dlm masa 1 bulan dh nak habis...tak kisah, janji suami sayang ....hihihihihih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts