Hmmm..
Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka dengan seseorang hanya kerana kekurangan dia, tak kiralah dari segi fizikal atau sifat peribadinya??. Mesti pernah kan? Mesti ada, tolong jangan nak tipu, mesti ada jugak sekali-dua dalam hidup kita yang bila kita tengok sahaja orang tu, secara automatik terlintas dalam fikiran kita "eeii..tak sukanya dengan mamat ni", atau " eiiikk..mata dia juling la"..atau sebagainya. Mesti pernah terdetik di fikiran kita kan, benda-benda yang sebegini?
Inilah yang aku nak cerita sedikit, berkongsi pendapat dan pandangan dari aku yang tak seberapa dan tak juga sempurna ini. Harap-harap pandangan ini akan diambil kira dan dinilai dari sudut pandangan yang positif sebab tujuan ia ditulis bukan untuk mengundang kontroversi atau tunjuk pandai, cuma hanya berkongsi pendapat sahaja. Terpulang bagaimana anda semua mahu menerimanya...terpulang pada hati masing-masing.
Dalam dunia ni terdapat segelintir orang yang suka mencipta 'border' atau tembok di antara dirinya dengan manusia lain,mencipta kelas tersendiri hingga lupa bahawa manusia ini Allah ciptakan sama sahaja, punya beberapa perkara asas-tubuh, hati, perasaan dan juga AKAL. Mereka inilah yang apabila bertemu dengan seseorang atau sesuatu yang kurang menyenangkan, dengan mudah akan menunjukkan reaksi yang penuh penghinaan, sama ada dari segi tutur kata, mimik muka mahupun perasaan benci. Mereka lupa bahawa setiap manusia itu adalah satu unit yang unik dan tersendiri. Betapalah hodohnya mukanya, namun pasti...memang pasti ada kebaikan yang sukar dijangka oleh akal manusia, yang adakalanya tiada pada manusia yang dikatakan sempurna pada mata orang lain. Jangan dihina ciptaan tuhan, kerana setiap apa yang dianugerahkan oleh-Nya, ada tujuan,. fungsi dan peranan nya yang tersendiri.
Mari kita lihat lagi dari aspek kekurangan fizikal. Memang tiada manusia di muka bumi ini yang sempurna. Aku mahu kongsikan satu pendapat peribadi, yang dilalui dalam kehidupan seharian aku sendiri. Di office, bermacam manusia yang aku jumpa (itu baru di office tau). Yang iranian, chinese, indian, melayu, mat saleh jangan cakaplah. Ada yang hansome dan cantik-mata, hidung, bibir, kulit cerah, tinggi macam model, jalan pun confident je tapi sedikit gempal. ada yang sederhana- hidung kemek sikit, bibir nipis tapi matanya sangat galak dan cantik, ada yang hidung mancung tapi matanya sepet, ada mata bulat cantik tapi rendah pula..begitulah perumpamaan nya. Maksudnya, memang tiada yang sempurna. Mungkin ada yang boleh dikatakan 'hampir sempurna' tapi setakat ini, inilah pendapat aku secara peribadi.
Tapi apa hak kita untuk mengkritik, menilai orang lain? Adakah kita sempurna hingga kita berhak membuat penilaian terhadap apa yang dipunyai oleh orang lain? Siapa kita? Kita pun hanya manusia biasa..sama seperti mereka. Okaylah, maybelah boleh dikatakan kita bernasib baik jika dikategorikan sebagai tergolong dalam golongan yang boleh dikatakan cantik atau hansome, tapi memang itu semua tidak melayakkan kita untuk menilai orang lain. Apatah lagi jika hanya mengenali dia secara zahiriah, atau hanya selayang pandang. Hellooo...dari kita sibuk mengkritik orang lain, eloklah kita muhasabah diri kita sendiri. Bersyukur dengan apa yang diciptakan oleh tuhan, yang menjadikan diri kita sekarang dan mengkaji kekurangan diri, perbaikilah sebaik mungkin.
Maaflah, bukan emosional cuma ingin menyedarkan diri sendiri dan kawan-kawan yang terlalu leka dan suka membiarkan diri menambah dosa. Aku paling pantang kalau dengar orang yang suka mengkritik fizikal orang lain. Maaflah, memang tak boleh nak join, lebih baik buat perkara yang lebih berfaedah dan bermanfaat.
Ingat, janganlah menilai orang lain sehingga membawa kepada unsur-unsur penghinaan, kerana mereka tidak minta dilahirkan sedemikian. Jika kita rasakan -cth ye: mamat ni takdelah hansome sangat, cuba tengok dan renung matanya dalam-dalam (tapi jangan sampai jatuh cinta pulak...hehehe), kita akan tahu dan sedar bahawa dia mempunyai hati yang baik, atau jiwa yang tulus, ataupun sifat-sifat baik yang tak ada dalam diri kita.
Ingat, tiada yang sempurna, jadi belajarlah menghargai insan-insan lain,menerima mereka seadanya, faham bahawa mereka adalah manusia biasa, sama seperti kita semua, punya hati, punya perasaan.
Hargailah ciptaan tuhan....
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
No comments:
Post a Comment