Thank you so much for following this blog

Wednesday, July 28, 2010

Rindu sekolah?

7 rindu sekolah menyamar pelajar
KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.

Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.

Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil. — Bernama

********************************************************************************
Tergelak besar zur bila baca berita ni di Harian Metro hari ni. Funny tapi ada mesej terselit. Betapa pada suatu ketika kita akan rindukan zaman persekolahan kita.Zaman terkejar-kejar ke sekolah sebab takut ditahan pengawas di pintu pagar, zaman kena rotan di punggung bila tidak mematuhi diciplin yang ditetapkan, zaman merentas desa, zaman kena berdiri atas kerusi atau berjemur di tengah panas atau kena rotan di tapak tangan bila tak siapkan kerja sekolah. Ah, zur turut rindukan zaman persekolahan dulu..

Ada kawan-kawan bertanya, kalaulah masa boleh diundurkan kembali, apa yang zur nak buat? Well, frankly, zur tak ada apa-apa yang perlu dikesalkan. Ya, memang zaman kanak-kanak tu tak seindah orang lain tapi kesusahan dan kepayahan itu lah yang menjadikan zur insan hari ini. Zaman persekolahan? Sangat manis dan selalu teruja jika ia menjadi bahan cerita tatkala berjumpa teman-teman lama tapi jika diundurkan masa? Nothing, i dont want to repeat anything, tak ada apa yang mahu dibetulkan..tak ada apa yang mahu diulang..tak ada walau sebesar zarah pun zur menyesali kehidupan zur di masa lampau hingga mendoakan supaya dapat diundurkan masa....

Talking about those ex-student, rasanya memang mereka tak bermaksud untuk membuat kacau. See, laporan mengatakan bahawa mereka menghadiri perhimpunan,  kemudian masuk ke kelas lama masing-masing dan mengikuti proses pembelajaran seperti biasa tanpa sedikit pun gangguan. Mesti diorang ni dah nekad kan, sampai berani buat macam ni.

Apapun, zur yakin, peristiwa mereka menyamar dan kembali ke sekolah lama ini dan kemudian ditangkap polis akan menjadi satu kenangan manis yang bakal dikongsi dengan anak cucu kelak..hmmm

Manusia.....manusia...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts