Thank you so much for following this blog

Friday, July 30, 2010

Kalau esok aku mati...

Kalau esok aku mati
Adakah aku sudah bersedia
Adakah aku boleh menerima
Adakah aku pasrah atas takdir-Nya?

Kalau ditakdirkan esok aku mati
Kumohon ampun pada suami ku
Di atas segala ketelanjuran perbuatanku
Ku hanya manusia biasa, yang tak berupaya
Hanya redha nya menjadi bekalan ku

Kalau esok aku mati
Ku mahu anak-anakku tahu isi hatiku
Ku mahu mereka mengerti akan harapanku
Ku mahu khabarkan akan kasih sayangku

Kalau esok aku mati
Aku mahu keluargaku tahu dan mengerti
Betapa peritnya rasa, aku tetap bahagia
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas kasih sayang mereka

Kalau esok aku mati
Aku mahu segala-galanya dipermudahkan
Aku mahu teman-teman ku mengingati ku
Dan persahabatan ku
Sebagai sesuatu yang amat manis untuk dikenang
Sampai bila-bila

Kalau esok aku mati
Doakan aku ditempatkan dikalangan orang-orang
yang disayangi-Nya.....




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts