Thank you so much for following this blog

Saturday, July 24, 2010

Kalau dah namanya anak dara....

Salam sejahtera semua..

Ini kisah anak zur, dah lama simpan gambar ni, pagi tadi sebelum memulakan kerja di pagi Sabtu yang penuh permai (hehehe..skema), zur belek-belek gambar-gambar lama, terjumpalah gambar-gambar si anak dara yang dah pandai sibuk mengemas rumah..Kalau dah namanya anak dara kan....Tengoklah aksi dia..
Ini, balik je dari nursery terus ke dapur ambil penyapu dengan scoop tu tau, kitorang tercengang-cengang tengok. Hajat tu ada cuma kemampuan je yang belum...hehehe..ni, dia tengah berusaha nak masukkan secebis kertas kecil yang bersepah atas lantai (tukang sepah pun depa gak..hihihih) ke dalam scoop tu. Mana nak masuk, scoop tu terbalik nak oiii.

 Check kat siling, kipas and frame gambar kat wall, kot-kot ada habuk-habuk atau sarang labah-labah ke..hahaha, ni macam lagak seorang quality control je...

Ye, itulah dia...sendiri sapu sendiri masuk scoop...senyum baik punya...terima kasih anak, kerana buat mama bangga..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts