10 May, aku rasa hari yang dinanti-nantikan oleh semua ibu-ibu di seluruh dunia. Pada semua ibu/mama/umi/bonda atau apa sahaja gelarannya, selamat hari ibu untuk semua. Tahniah kerana kita semua berpeluang mempunyai seseorang yang memanggil kita dengan panggilan emak/mama/ibu kerana di dunia ni, ada ramai lagi isteri-isteri yang belum berpeluang untuk bergelar ibu.
Buat emak tersayang, terima kasih atas kasih sayang, perhatian, didikan, semangat, sokongan dan segala kebaikan yang dicurahkan. Buat mereka yang sudah tidak mempunyai ibu, sedekahlah Fatihah kepada mereka dan teruskanlah berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita lakukan, Insyaallah, akan membantu dia di alam sana.
Agaknya beginilah yang dirasakan oleh ibu kita. Disaat anak tersayang mencium pipi, memeluk aku dan mengucapkan betapa mereka sayangkan aku, rasanya akulah orang yang paling bertuah di dunia. Memang, pada masa dan ketika itu, tak ada apa yang dapat menebus perasaan bahagia itu. Kalaulah diizinkan Allah, aku mahu melihat anak-anak membesar dan bersama-sama aku dan babahnya hingga ke akhirnya. Kalau diizinkan Allah, aku mahu mengajarnya mengaji, mengenal huruf-huruf jawi agar dia biasa membaca dan memahami kitab suci Al-Quran, mengajarnya menulis, mewarna, membaca dan selawat syifa yang sangat digemarinya. Kalau diiizinkan Allah, aku mahu menyuapkan dia, memandikan dia, menidurkan dia, menemaninya menonton tv dan bermain, melayan segala pertanyaan nya biarpun ia satu soalan yang paling sukar untuk dijawab oleh kebanyakkan ibu-ibu didunia ini- " mama, adik zara tu datang dari mana"...fuh!!
Melihat dia bermain bersama adiknya, membuat aku terfikir betapa bertuahnya aku, di usia begini, aku dikurniakan Allah 2 orang cahayamata dalam jarak yang dekat. Benar, pada mulanya hanya Allah yang tahu betapa sukarnya nak menguruskan mereka tapi aku terfikir, mungkin Muqri memang memerlukan teman bermain, sebab itulah dia sangat gembira melayan karenah zara, adiknya. Yang si adik pula, apa sahaja yang dilakukan oleh sang abang, akan diikut dengan gelak ketawa. Syukur Ya Allah, KAU berikan peluang ini untuk aku bergelar ibu, di saat ramai teman-temanku yang masih lagi terlalu sibuk dengan kerja, sehingga tidak pernah terfikir betapa bahagianya bergelar seorang mama.
Aku coretkan pengalaman ku ini untuk dikongsi bersama mereka yang belum berpeluang untuk bergelar seorang mama atau bakal bergelar mama, ketahuilah, bila kalian melihat anak-anak yang berjiwa murni ini membesar di hadapan mata, bila kalian melihat anak-anak kecil ini ketawa gembira, bila anak-anak ini menangis dan mencari riba kamu untuk menghamparkan segala kesedihan mereka, cubalah pejamkan mata dan rasai kehangatan perasaan di dalam diri, peluklah anak itu, ciumlah mereka dan ingat, itulah anugerah dan amanah ALLAH, yang hanya diberi kepada insan yang terpilih! Amati wajah jujur mereka dan cubalah renung jauh ke dalam mata dan hati mereka, itu darah dagingmu...itu zuriatmu...itulah diri kamu..
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
No comments:
Post a Comment