Tapi persoalan nya setakat mana kesabaran kita nak menghadapi semua dugaan dan ujian-Nya. Adakah keimanan kita sekuat Sumaiyah? Adakah kepercayaan kita kepada Allah seteguh Rasulullah SAW? Adakah ketakwaan kita menyamai ketakwaan sahabat-sahabat Rasul? Tepuk dada tanya hati. Sucikah hati kita? Murnikan jiwa kita? Teguhkan semangat kita. Wallah hualam, sesungguhnya hanya kita dan Allah yang tahu sedalam mana kasih kita kepada-Nya,
Duhai hati, sabarlah, tabahlah. Wahai semangat, kuatlah. Wahai jiwa, tenanglah. Sekuat mana dugaan yang aku hadapi ini, biarlah kepada-Nya sahaja aku berserah. Dia Maha Mengetahui. Dia Maha Berkuasa. Tak guna berdendam, tak guna membenci, tak guna menyimpan perasaan. Aku bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di dalam agama suci ini kerana aku tahu, di saat aku memerlukan kesempurnaan, hanya DIA yang mampu memenuhi. Di saat aku rindukan kasih sayang yang tulus dan suci, hanya di riba-Nya aku temui. Ketika hati ini berkecamuk, merusuh penuh kebencian, Dialah penenangnya. Dan sewaktu perasaan ini sunyi dan rindukan kegembiraan, Dia ada segalanya.
Ya Tuhan, terima kasih kerana mengurniakan aku hati dan perasaan, biarpun adakala aku lupa pada-Mu. Ya Tuhan, terima kasih kerana menguji aku kerana sungguh, ujian-Mu itu mengembalikan aku kepada-Mu.
No comments:
Post a Comment