Thank you so much for following this blog

Friday, June 29, 2012

From the bottom of my heart..

Bismmillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa aku rasa bersyukur tatkala membuka mata selepas lena yang panjang,di pagi Jumaat, penghulu segala hari.Terima kasih wahai Tuhan kerana membenarkan aku hidup menumpang dibumi-Mu. Terima kasih kerana memanjangkan umurku, sehingga genap usiaku 32 tahun hari ini,lengkap dengan kesihatan yang baik, rezeki yang berpanjangan dan pahit manis hidup yang memberi pengajaran.

Banyak yang aku belajar selama ini.Penghijrahan yang dilakukan ternyata bukan sesuatu yang menghampakan. Walau apapun sekurang-kurangnya aku masih mampu mengukir senyuman apabila mengingatkan ejekan orang terhadapku. Biarlah, aku tak punya kuasa untuk menahan mereka daripada menyatakan pendapat mereka tapi aku tetap percaya, rezeki ada dimana-mana. Selagi kita berusaha, maka rezeki halal tetap ada.

Aku juga sudah tidak mampu lagi untuk menyenangkan hati semua orang. Cukuplah aku bersederhana dalam segala-galanya, selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Esa. Aku juga merasakan bahawa berdiam diri adalah lebih baik bagiku. Biarlah orang menganggap aku sombong tapi aku tetap akan tersenyum seadanya.Entah, hati ini rasa seperti sudah tidak berkuasa lagi untuk berfikir dan memberi pendapat. Jika 0, 0 lah ia..biarkan ia hanyut bersama masa.Aku sudah tak mampu lagi untuk mengambil berat..cukuplah.

32 tahun...aku sudah sampai di tahap dimana "cukuplah seadanya". Buat pertama kalinya, ulangtahun kelahiran tahun ni disambut serba tiada. Tiada panggilan telefon untuk ucapan selamat dari teman-teman yang pernah rapat suatu ketika dulu, tiada surprise party seperti sebelumnya, malah hari lahir kali ini juga tak sesibuk sebelumnya. Ternyata kesibukan menguruskan hidup membatasi segala-galanya. Dan buat pertama kalinya hati ini begitu kosong, sedih tidak, gembira pun tidak. Ianya just okay..

Walaubagaimanapun, mujurlah ada facebook. Terima kasih pada ucapan dan ingatan kawan-kawan terhadap aku. Yang paling penting, terima kasih atas segala doa-doa kalian. Buat suami dan anak-anak, terima kasih atas kek yang sangat sedap yang pernah mama makan. Mama sayangkan kalian dengan sepenuh hati. And for my dear sweetheart, i want you to know that i love you with all my heart.

Terima kasih semua. Terima kasih atas segala doa yg disampaikan melalui sms, bbm, facebook etc. Walaupun ianya hanya sepotong ayat, moga Allah perkenankan doa kalian.
Tetapi hanya ada 2 perkara yang aku minta pada Dia, walaupun aku rasa malu kerana banyak berdosa pada-Nya tapi aku sentiasa tahu yang Dialah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

From the bottom of my heart...thank you so much. Love you all :)


With love,
Zur

29 June 2012
10.50pm









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts