Thank you so much for following this blog

Friday, April 1, 2011

Menahan marah. Korang boleh??

Salam semua sahabat,

Sejak akhir-akhir ni, tanpa di sedari zur menjadi seorang yang amat mudah marah. Pantang salah sikit mesti melenting, tak tahu lah kenapa. Maybe tuntutan hidup seharian yang bagaikan tak cukup waktu menghentam dinding kesabaran, membuatkan hati ini sentiasa panas dan berapi. Zur tak pernah tahu bahawa menahan marah boleh mendapat pahala. Oh, hmm...sebenarnya zur tak berapa pasti, mungkin pernah terbaca di mana-mana tapi masih kurang pasti sehinggalah pagi ini, ketika sedang sibuk mengecop lukisan pelan yang bertaburan di atas meja, zur menerima email dari kawan sepejabat.

Teringat peristiwa pagi tadi dimana zur rasa sangat marah dan sedih kerana anak lelaki zur, si Muhammad menengking zur kerana zur menegur dia supaya beralih ke tepi tembok supaya babahnya dapat keluarkan motor dari parking. Rasa hampir berguguran airmata, terasa sangat sedih, panas muka zur kerana rasa sangat marah, tapi zur diamkan sahaja. Suami bertanya kenapa wajah zur muram, jawapan pendek zur beri: marah dengan Muhammad. Suami hanya tersenyum. Alhamdulillah, mujur zur mampu menahan marah, kerana tidak, pasti sebiji pelempang singgah di pipi anak kesayangan.

Thank you Allah, kerana mengurniakan sedikit kesabaran dalam diri ini. Seperti doaku setiap hari pada-Mu, jadikanlah aku seorang mama yang penyabar. Amin

Kata Zur: Siapa yang berani nak buat April Fool kat aku hari ni? Harap maklum akan kesan dan akibatnya, okay? 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts