Thank you so much for following this blog

Saturday, April 16, 2011

Hero pujaanku...


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mama tetap nak Muhammad Muqri seorang

Pisang emas si pisang raja
Masak sebiji di atas peti
Kasih babah membawa ke syurga
Kasih mama sampai ke mati

Wangi sungguh si bunga kemboja
Merah menyala si bunga raya
Dialah racun, dialah nyawa
Penghibur duka, pengubat lara.

Pergi ke sungai menangkap kelah
Bengkaklah kaki disengat keli
Takkan mama menyerah kalah
Selagi Muhammad Muqri di sisi

Pergi Melaka menempah parang
Singgah di Johor membeli ragi
Biarlah  Muhammad tak disanjung orang
Asalkan baik dan mulia hati



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts