Thank you so much for following this blog

Tuesday, August 31, 2010

Kisah Kekasih maya dan Hari Merdeka..

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki bergambar berseorangan tetapi apabila imej dirakamkan iPhone, dia didapati berdiri bersama satu watak kartun di Pulau Atami, Jepun pada 21 Ogos lalu
*************************************************************************************************
TOKYO - Bandar Atami di Jepun menjadi tumpuan ramai lelaki muda yang mahu merakamkan kekasih maya mereka.
Dengan menggunakan telefon pintar iPhone, lelaki muda akan berdiri berseorangan di satu ruang kosong itu.Terima kasih kepada perisian luasan realiti yang 'menghidupkan' objek yang mereka impikan di ruang tersebut.
"Lihat, ia kelihatan seperti saya bergambar dengan Rinko (imej kartun sekolah menengah)," kata Shu Watanabe.Dia yang berumur 23 tahun menunjukkan iPhone yang memaparkan imej dia berada di sebelah imej kartun gadis sekolah menengah, Rinko.
Rinko ialah watak dalam permainan simulasi Love Plus yang dimainkan menerusi konsol Nintendo DS. - AFP
  ___________________________________________________________


Wah, kagumnya dengan bangsa Jepun ni, sangat kreatif dan idea diorang ni jauh menjangkau masa. Siapa sangka, negara yang pernah menjadi padang jarak padang tekukur mampu bangkit dan membuktikan bahawa mereka mampu mencapai kejayaan mengikut acuan mereka sendiri.

Salam sejahtera semua. Selamat Hari Merdeka. Selamat Bercuti. Selamat berpuasa juga. Cuti-cuti macam ni mesti ramai yang ambil kesempatan untuk bershopping, maklumlah raya bakal menjelang, poket pun makin ringan, senyum pun dah sedikit kelat, sabar kawan, yang penting bersederhana, itu tuntutan agama kan.

Kisah kekasih maya ciptaan Jepun ni betul-betul buat zur ternganga kejap. Ingatkan mamat dalam gambar tu bergambar dengan hantu, rupa-rupanya betul-betul kekasih maya. Wah, sangat kreatif, tak terfikir pun diorang boleh buat benda ni kan. Rasa-rasa kita mampu atau terfikir tak untuk mencipta benda yang lain dari yang lain? Hmm...buang anak pun dah jadi kisah yang biasa, apa pula yang luar biasa kan? Amat jarang kita dengar orang Malaysia mencipta sesuatu yang baru, menjadi perintis supaya mendai ikutan negara-negara asing. Ada ke? Kalau setakat panjat gunung, meredah lautan tu, rasanya dah biasa sangat..hmmm...apa yang, yang di consider luar biasa?

Oh ya, hari ni 31 Aug, hari merdeka. Selanat Hari Merdeka untuk semua. Happy Birthday Malaysia. Zur doakan semoga negara kita akan sentiasa aman sejahtera, dijauhkan daripada bala bencana dan perpecahan, makmur buat selama-lamanya. I love you so much, Malaysia and Im so proud to called myself as MALAYSIAN.

Salam 1Malaysia ya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts