Buat sayangku buah hati mama, Zara Damia,
Dua tahun lepas iaitu pada 23hb August 2008, Allah telah mengabulkan doa mama untuk memiliki seorang puteri. Lama mama tunggu,lama sungguh, mia, setiap hari mama berdoa, bersungguh-sungguh mama meminta, hampir menangis mama memikirkan keinginan mama untuk memperolehi seorang cahayamata perempuan. Seorang...cukuplah seorang, mama tak akan meminta lagi, itu janji mama pada Dia, mia.
Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.40malam, mama sudah bersedia di bilik bersalin, menanti kedatangan doktor, ubat bisu sudah disuntik, tubuh mama tak terasa apa lagi. Mama cuma berserah, sayang, semoga Allah selamatkan anak mama, selamatkan kita berdua, selamatkan segala-galanya. Mujurlah segala-galanya dipermudahkan, tepat jam 10.15, kedengaranlah suara kamu, Mia, kuat sekali, sayang, tapi itulah suara tangisan yang mama nanti-nantikan selama ini..
Mia tahu tak, suaramu itu cukup menghilangkan segala kesakitan yang mama hadapi pada masa itu. Sakit mia, amat sakit, menangis mama menahan pedihnya tapi sayang, tangisanmu itu ibarat penyembuh segala duka. Dalam kesakitan, mama mampu tersenyum, dalam keperitan itu, ada airmata kegembiraan yang mengalir tanpa henti,penuh kesyukuran pada Allah yang Amat Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui. Sukar diceritakan kebahagiaan itu, Mia, amat payah untuk dimengertikan, cuma mama mahu Mia tahu, jika suatu masa nanti ada kesempatan Mia untuk menatap titipan mama ini, mama mahu mia mendalami kasih sayang mama, menghargai cinta mama ini.
Hari-hari selepas itu amat membahagiakan. Oh ya, abangmu, Muqri, sangat sayangkan kamu, Mia, hingga ke saat ini, ya hingga ke saat ini.Babah juga, apatah lagi mama. Menjagamu sayang, segala pengalaman bersamamu adalah sesuatu yang maha berharga buat mama. Apatah lagi sejak Mia membesar dengan sihat dan penuh dengan sifat-sifat 'kewanitaan'. Mia tahu saat bila yang paling mama suka? Ya sayang, selepas mandi, walaupun mama terpaksa menuggu sehingga hampir 10 min menunggu Mia selesai mengelap badan kerana Mia tak mahu lagi mama melakukannya untuk kamu, tak mengapa, kerana mama sangat sukakan saat memakaikan baju kamu dan ye, mama akan ikatkan rambut mia dan mia dengan sabar menunggu. Mama tahu, inilah antara saat yang amat mama nanti-nanti kan, sayang, dan pengakhirannya, sebuah kucupan sayang di pipi mama...terima kasih wahai anak..
Mia sekarang sangat berdikari, ketika di usia 2 tahun, Mia berperwatakan lebih tua dari usia. Mama tahu, sebelum tidur Mia selalu cium pipi mama kan, walaupun mama tertidur lebih awal tapi ciuman itu...sangat hangat dan sungguh menyenangkan. Kemudia Mia akan menarik selimut mama supaya menutupi tubuh mama, membetulkan bantalmu sebelum tidur, merenung muka mama sambil mengusik seluruh muka mama..Mama sentiasa ingat setiap sentuhanmu, sayang, senyuman itu, rengekan itu...ah..betapa bertuahnya mama.
Selamat Hari Lahir sayang. Mama sentiasa mendoakan kebahagiaanmu kerana setiap tawa mu adalah kegembiraan mama dan setiap kesakitan itu amat perit untuk mama hadapi. Mia sayang, ketahuilah jika nyawa yang harus dipertaruhkan, mama rela asalkan anak mama sihat, gembira dan bahagia di sepanjang hayatnya.
Mama doakan semoga segala kebaikan itu akan mengiringi sepanjang perjalanan hidupmu. Dan selalulah ingat bahawa di setiap kesusahan dan kepayahan itu, terselit kemanisan yang maha sempurna andai ia di sertakan dengan ketakwaan dan keimanan kepada Ilahi. Mama berjanji selagi ada hayat mama, mama tak akan benarkan walau sebesar zarah pun kejahatan di dunia ini menyakiti kamu, wahai anak.
Salam sayang yang abadi,
Mama
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
No comments:
Post a Comment