Thank you so much for following this blog

Thursday, August 5, 2010

Ye, aku sangat M.A.R.A.H

Ye, aku sangat marah.Patutkah zur marah? Tak patut, memang tak rasional langsung tapi nak buat macamana, nak marah, marah je lah. Kenapa nak marah-marah? Suka hati lah, kita kan manusia, ada masa gembira, ada masa berduka, ada masa cool down and for sure, ada masa rasa macam nak meletup, macam gunung berapi meledak. Manusia, macam tu lah..

Kenapa nak emosional? Tak, bukan emosional, cuma sesekali nak meluahkan kemarahan dan kehampaan. Sebab? Sebab zur kerja penat-penat, siang malam, 7 hari seminggu, tinggal anak laki kat umah, bila time gaji, of course we expect something good lah, kan, tapi..huhuhuhu...banyak dapat, banyak lak kena potong.

Potong? Siapa potong? Potong apa?..Huhuhu, apa lagi, potong income tax lah. Ye, zu dah convertkan income tax tu ke zakat (zakat itu WAJIB ye kawan-kawan) tapi this month...banyaknya..., sampai terduduk zur sekejap, terkedu, sepatah kata pun tak terkeluar dari mulut. Patutnya seronoklah kan, sebab bulan ni company dah buat salary adjustment tapi..hmmm, nampaknya setakat itu je la rezeki zur dan anak-anak. Nak menangis pun ada, hampa nya rasa tapi nak buat macamana, kalau fikir-fikir macam tak logik tapi again, we have to be rational..take a deep breath and think..think..sampai sekarang think, still the answer is no answer.

Sometimes terfikir jugak kenapa ye, dalam hidup ni kita tak pernah berasa cukup. Dulu, masa gaji rm800, zur doa pada Allah, kalau dapat gaji rm1300 cukuplah, zur tak akan mintak lagi, Allah makbulkan. Then tak cukup lagi, mintak pada Allah supaya dapat rezeki lebih lagi..hmmm...Allah tu Maha Pengasih, dia bagi zur kerja di tempat yang lebih baik, dengan gaji yang lebih lumayan, siap boleh OT, buatlah ko OT selagi terdaya dek badan..Dalam hati, syukur, bolehlah bernafas sikit..tapi rupanya sekejap je, lepas tu..tak cukup juga.

Penat badan, hati bercelaru, jiwa kacau, kerana duit zu abaikan masa untuk keluarga, mak telefon suruh balik sebab rindukan cucu-cucunya, tapi kerana duit, zu pekakkan telinga, buat tak reti je. Sabtu ahad datang kerja, dari pagi sampai lewat petang, nak bawak anak-anak pergi berjalan-jalan di Taman Tasik pun sudah tak punya masa...semuanya kerana D.U.I.T

Sekarang zur belajar untuk bersederhana. Kalau dulu tak pernah cukup, tapi sekarang zur buat setakat termampu. Cukuplah kerja 10jam sehari, kerja OT on Friday and Saturday kalau perlu, buat kerja pun, dah malas nak terkejar-kejar sebab zur sedar, semua ni tak akan kemana. In my mind...family comes first. Cukuplah rezeki Allah bagi, bukan tak mahu berusaha, cuma zur tak mampu lagi bekerja keras seperti dulu... Tak ada siapa yang layak menilai dan menghargai diri zur melainkan zur sendiri.

Sesungguhnya, kasih sayang itu lebih penting dari wang ringgit. Mengabaikan orang yang kita sayangi hanya kerana mahu mencukupkan sesuatu yang tak akan pernah cukup dalam hidup kita, seriously, it is not a brilliant idea, hanya kerana terlalu sibuk memenuhi tuntutan hingga kita lupa, betapa kita bahagia dan mampu melakukan sebaik sekarang kerana sesuatu yang digelar C.I.N.T.A

Give time to love, give time to care and give time to share the precious moment in your life....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts