Kerana mulut badan binasa. Biasa kita dengar kan? Dalam zaman teknologi ni, bukan mulut lagi yang boleh membinasakan tapi banyak lagi aspek lain. Apa kata pepatah baru; kerana SMS musnah segala-galanya? Ya, hanya kerana satu SMS, satu SMS yang bernilai 0.20 sen itu, segala-galanya; kepercayaan, kasih sayang musnah dan sukar diperbaiki lagi. Itu kira masih bernasib baik, macamana pula dengan SMS yang memalukan si penerima, sms yang dihantar secara sinis, sekaligus meruntuhkan benteng kepercayaan diri? Payah tu, kalau hilang kepercayaan pada diri sendiri, ibarat berjalan di dalam gelap, tiada cahaya yang menerangi. Harapan langsung tak ada, kerana ego mengatasi-segala-galanya.
Kasihan dia, pertolongan ikhlas yang diminta, sms sinis yang diterima. Menangislah dia, kerana malu, ingatkan ikhlas untuk menolong tapi rupanya jauh panggang dari api. Mujurlah ada kawan-kawan yang sudi membantu, ya, kawan yang pada masa susah dan senang sentiasa bersama. Zur kenal dia, zur tahu hati budinya, zur tahu ketepatan janjinya, tapi kenapa ini yang dia terima. Aduh sungguh kasihan, tak mengapalah wahai sahabat, kami sentiasa ada, membantu setakat termampu, selebihnya kita berserah pada Allah.
Kepada semua, ingatlah, bila kita mengatakan bahawa kita akan menolong, lakukanlah dengan seikhlas hati. Kalau tak mampu membantu, katakanlah dengan jujur dan terus-terang, jangan beri alasan tapi berikan satu kenyataan, supaya insan itu membuka minda dan berikhtiar di jalan yang lain. Sindiran, kata-kata pedas dan kutukan itu, sesungguhnya ia tidak pernah membantu malah boleh merosakkan segala-galanya. Dah terlanjur? Tak salah meminta maaf. Takkan hilang bisa sang ular jika menyusur akar. Tak sayangkah pada persahabatan? Tak terkilankah kalau terputus hubungan? Aduhai...
Zur tak ada niat nak mengutuk atau memarahi sesiapa. Kawan zu ni kira penyabarlah orangnya,sebab zur ada terfikir kalau perkara macam ni kena pada zur, memang zur 'sound tepek orang tu lah, bukan apa, supaya lain kali orang tak lagi pijak maruah kita sesuka hati. Apapun, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna, maka kerana ketidaksempurnaan itu lah Allah ciptakan seseorang yang bernama sahabat untuk melengkapkan kita.
Sahabat yang baik sentiasa tahu menjaga hati, sahabat yang tulus sentiasa jujur, sahabat yang ikhlas sentiasa menyayangi sahabat-sahabatnya dengan cara yang manis..Jangan kerana SMS, segalanya binasa.
No comments:
Post a Comment