Thank you so much for following this blog

Tuesday, August 17, 2010

Bila Cinta itu H.I.L.A.N.G ....

Salam sejahtera semua,

Perasan tak kebelakangan ni banyak betul kes suami menganiayai isteri, semalam seorang isteri mati selepas ditetak bertalu-talu dek suaminya, hari ni pulak kena toreh muka, tangan, bahu dan mulut dengan pisau pemotong daging...oleh suami juga. Kalau tak silap, semalam ada kes si suami simbah asid...bukan pada isteri sahaja, anak-anak pun jadi mangsa. Aduhai, apa nak jadi ni, kemana hilang pertimbangan akal, kemana pergi kesabaran..

Satu lagi, kes buang bayi, yang nampaknya makin menjadi-jadi. Helloooo, yang dibuang tu...bayi, seorang manusia yang B.E.R.N.Y.A.W.A ya. Masa tengah sedap, takde pulak fikir semua ni, bila dah berbenih, dengan sesuka hatinya buang anak tu...macam sampah. Memang manusia durjana..berhati binatang. Binatang pun tahu nak sayang anak. Apa punya manusia daaa...

Menatap akhbar yang memaparkan kisah-kisah menyayat hati begini, betul-betul buat zur gerun dan takut. Jangan salah faham ye, insyaallah perkara sebegini tak akan berlaku pada zur, cuma apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Yang menjadi mangsa, sudahlah satu hal, jiran-jiran pula menyepikan diri, taknak masuk campur, kononnya tak mahu menjaga tepi kain orang. Maaflah cakap, zur dulu pun macam tu, pagi keluar, malam balik duk terperuk kat rumah menguruskan rumahtangga, apa nak jadi di sekeliling, lantaklah. Tapi lama-lama zur fikir, kita ni hidup bermasyarakat, memang kalau nak kirakan masa, 24jam yang Allah bagi tu tak akan pernah cukup, tapi sampai bila kita nak hidup bersendiri dalam dunia kita sahaja?  Akan tiba suatu masa kita perlukan jiran, kalaulah jiran itu tak penting, masakan Islam mewajibkan kita menghormati jiran dan menyayangi mereka bagai saudara sendiri?

Sebab tu sekarang zu agak busybody sikit, bukan busybody jenis kepoh tak bertempat tu ya, ini busybody untk kebaikan, mulut pun dan ringan sikit menegur, senyuman pun dah mudah sikit diberi. Ada lagi, misalnya, zu nak tahu budak-budak yang leka bermain pondok-pondok kat tepi tangga apartment zu tu anak sape..mana rumahnya..then zu nak tahu juga, jiran-jiran zur yang terdekat ni siapa nama, mukanya mcmana (ini penting ya, supaya kalau pergi majlis, jangan sampai tak kenal jiran, bersentuh bahu tapi tak tahu orang tu duk sebelah rumah kita...haru tu). Oh ya, walaupun jiran depan rumah zu tah orang apa,suka gelak sorang-sorang (kuat lak tu), sanggup patah balik ke belakang kalau nak bertembung dengan kitorang (yang ni perbuatan yang buat zur rasa sangat terhina), tapi tak apalah, zur doakan dia sihat je, jangan sakit (sedangkan sihat macam tu gayanya, kalau sakit, tak tahulah - ni ayat menambah dosa..!)

Oh ya, pada suami-suami, Allah berikan kalian 9 akal dan 1 nafsu, sedangkan kami kaum hawa mempunyai 9 nafsu dan hanya 1 akal. Jadi gunakanlah akal-akal anugerah Allah itu untuk membuat pertimbangan. Bertahun-tahun hidup bersama, jangan end-upnya begitu tragis sekali, sampai anak-anak pun menjadi mangsa kezaliman korang. Simbah asid, tetak, bunuh, haiya...nak sebut pun takut, apa lagi kalau terpaksa menghadapinya..

Istighfar...muhasabahlah diri.

*Takut Allah timpakan musibah mcm kt Pakistan, China dan negara-negara yg dilanda Tsunami...nauzubillah.




1 comment:

  1. Tak tahu di mana silapnyer bila banyak kes macam ni....sedih sangat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts