Thank you so much for following this blog

Sunday, April 18, 2010

Suara hati ..

Tak terucap dek kata-kata
Tak terkeluar sudah airmata
Kau datang, kau pergi begitu sahaja..
Puaslah hatimu?
Gembirakah kamu?
Bahagiakah kau rasa?
Kau berikan dia kebahagiaan
Kau berikan dia sebab untuk terus kuat menempuh segalanya
Namun tergamak sungguh,
Kau rentap segala-galanya begitu sahaja
Luluh hatinya, hancur remuk dan berderai
Inikah yang kau mahu?
Itu sahajakah yang mampu kau lakukan?
Puas hatimu? Puas? Puas?

Tapi tak mengapa
Insan sepertimu tidak harus ditangisi
Takdir seperti ini ku mahu dia anggap sebagai secebis pengalaman
Yang ku pasti akan dikenang pengajarannya sampai mati
Jika kau mahu pergi, pergilah tapi jangan kembali
Jangan kau tanya apa akan terjadi
Jangan kau peduli, jangan kau peduli

Ku dengar dia  berjanji
Tidak akan ada lagi yang menjadi kepentingan baginya
Bilamana dia hanya menjadi pilihan sementara bagi orang seperti kamu
Katanya dia benci, dia jelak mengejar cintamu
Dia bosan, dia rimas, dia lemas

Dia maafkan kamu kerana menyakitinya
Dia tak berhak menilai hidupmu
Dia tak berhak mengampuni kamu
Dan kau tak berhak menghancurkan impiannya
Kau juga tak berhak menerima kasih sayangnya
Pergilah..Jalanilah hidup kamu sendiri, caramu sendiri
Semoga kau akan menemui ketenangan dalam tangisan insan lain.

* Di dedikasikan buat seorang sahabat yang dikecewakan, doaku semoga kau akan tabah dan menemui kebahagiaan yang sebenar, because i know that the saddest things in the world is to loving someone who no longer loves you but it's okay, because every exit means an entrance for somewhere else....Dont just give anybody and everybody the power and the right to hurt you anymore.
You know i'am always here for you.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts