Thank you so much for following this blog

Friday, April 9, 2010

Aksi si cik puan kecik..

Anak dara zur, cik puan kecik zara damia dah pandai beraksi. Setiap kali kamera dihalakan kepadanya, dengan pantas dan secara spontan akan keluar aksi-aksi manja ala rambo. Hahaha..si abang, bukan main seronok lagi tengok adik beraksi, siap suruh si adik buat macam tu la, macam ni lah. Seronok tengok dua beradik ni.

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas, lepas mandikan zara, terus tunjukkan dia 3 helai baju dress supaya dia belajar memilih, akhirnya dress ala princess color hitam putih yang menjadi pilihan. Siap berpakaian, tocang satu kemestian, jenuh mengejar sekeliling rumah nak siapkan tocang ala-ala pokok kelapa tu, akhirnya siap juga. Yang bagusnya, bila dah cantik-cantik macam tu, sambil senyum simpul tersipu-sipu (sebab si abang asyik memuji " eii..cantinya adik..cantiknya adik abang", pandai pula berlari ke cermin, and then buat aksi ala-ala princess depan cermin. Alahai, cuba tengok aksi cik puan kecik ni...

Perhatian ye, ini semua aksi spontan yang, yang dilakukan tanpa arahan daripada sesiapa pun...heheheh

 Senyum seikhlas hati ni..hehehe


Merenung masa depan ye?

Yang ni? no comment...tak tahu mana dapat idea posing like this..auww

anak mama..

cik puan kecik..bersama 'pengurus'nya...hahahaha


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts