Thank you so much for following this blog

Wednesday, April 14, 2010

Alkisahnya...

Salam satu Malaysia semua,

Alkisahnya, kerja yang bertimbun dah makin menggunung, mujur ada teman yang sudi membantu meringankan beban yang ada, bolehlah aku balik awal hari ni..

Alkisahnya, seorang sahabat karib selalulah datang mengadu berkongsi cerita, si boyfriend jauh di mata, dia di KL buah hatinya di hujung dunia sana, tambah pula masing-masing busy dengan kerja, sampai adakalanya berhari-hari tak dengar khabar berita, apakan daya, kataku, sabar ye, kalau sayang, tabahkan hati,lebihkan usaha untuk selamatkan cinta yang tercipta, atau pun, lupakan dia..cari yang je yang lain ...(jahat kan??)

Alkisahnya, project team buat makan-makan, celebrate sebab dapat project baru, aku tahu di penghujung hari, itupun dengar diorang bercerita, sembang-sembang petang, bila time masing-masing nak pergi, baru perasan cik puan zuriati was not there, amboi..amboi korang, bila time kerja, semua serah kat aku, sabtu ahad expect aku datang, apa-apa masalah inilah orangnya, paper sangkut kat photostat machine pun korang tak tahu macamana nak handle, tapi bila time makan-makan, diibaratkan bila makanan tak habis, barulah ingat kita..ewah..ewah, panas hati ni...

Alkisahnya, tuan besar takde lagi this weekend, amboi, mesti bosan tahap gaban nanti, kalau kat rumah boleh surfing, okay gak, bolehlah berblogging, ber-twitter ke (hehehe..yg ni dh create akaun tapi lupa password) atau ber-fb,tapi sejak pc rosak, adeh...sangap!!. Nampak gayanya kena usahakan untuk dapatkan notebook ni...hehehe ..alasan!!

Alkisahnya, client dari Vietnam ni tak paham bahasa, dah diexplainkan 3x in email, tapi masih lagi tak faham. Takkan nak call, kalau call, mesti macam ayam dan itik sebab aku tak paham english dia and dia tak paham english aku..hahahaha..layann

Alkisahnya, rambut cik puan kecik and tuan kecik dah panjang. Cik puan kecik, nanti aku nak bwk pegi salon, kasik perm and the highlight (boleh ke gitu..ahaks). and tuan kecik lak, rambut depan dah boleh ikat or kena pakai sepit sebab terlalu berpelu. Maybe nak gunting rambut tuan kecik ala-ala Becham lak lah.

Alkisahnya, May ni udah confirm ke Jakarta for holiday. Excited lah pulak, especially bila tension dengan kerja. Aih..kalau tak sebab nak pergi Jkt, mesti dah sambar notebook satu..huhuhuh

Alkisahnya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts