Thank you so much for following this blog

Sunday, July 5, 2009

Perginya seorang Raja Pop Dunia


Salam semua pembaca yang dihormati,

Entry aku kali ni, satu topik yang rasanya satu dunia dah tahu. Maaflah, mungkin cerita ni agak basi, tapi kita semua harus ingat yang mayat Micheal Jackson belum pun dikebumikan tapi sudah keluar pelbagai spekulasi yang tak sedap didengar. Kesian dia..

Sebagai permulaan, aku nak kongsi sedikit fakta mengenai Micheal Jackson yang aku perolehi hasil pencarian aku di internet:

  • Nama sebenar MJ ialah Micheal Joseph Jackson tetapi lebih dikenali sebg Jacko di dlm dunia hiburan.
  • Lahir pada 29 Aug 1958 di Gary, Indiana. Merupakan anak ke-lapan drpd 10 beradik.
  • Memulakan kerjaya dlm bidang nyanyian sbg penyanyi utama kumpulan adik-beradiknya-The Jackson 5.
  • Selepas perpecahan The Jackson 5, MJ bergerak secara solo dan album sulungnya yg dilancarkan pd 1979 telah meraih perhatian dunia melalui lagu-lagu seperti "Don't Stop 'Til You Get Enough" and "Rock With You".:
  • Memenangi awardnya yg pertama di American Music Awards. Antaranya ialah "Favorite Soul/R&B Album" (for Off The Wall), "Favorite Male Soul/R&B Artist" and Favorite Soul/R&B Single (for "Don't Stop 'Til You Get Enough"). Kemudian dia turut memenangi 2 Billboard Awards ("Top Black Artist" and "Top Black Album").
  • Terkenal dgn tarian ala-ala moonwalk dan pakaian yg funky2 gitu dlm setiap persembahan nya- yg kini menjadi identiti mutlaknya dan setakat ini tiada saiap yg blh menandingi kehebatan tariannya.
  • Pernah menghadapi tuduhan mencabul kanak-kanak tetapi kes tersebut berjaya diselesaikan di luar mahkamah.
  • Didakwa melakukan pembedahan plastik ke atas hidung,dahi, bibir dan tulang pipi. Tapi menurut pakar pembedahan, sebenarnya banyak. Wallah hualam.
Itu antara fakta yg dapat aku kumpulkan. Kalau nak more info, korang pergi ke google and just type:Micheal Jackson. Ada berjuta-juta result. Tapi dalam byk-byk perkara yg org perkatakan tentang MJ ni, ada satu je perkara yg masih aku tertanya-tanya: status agama dia. Dulu pernah keluar news yg mengatakan bahawa MJ telah memeluk Islam dan menukar namanya kpd : Mikaeel. Tapi setakat mana kebenarannya, Allah je yg tahu. Cuma aku harap, kalau betullah keislaman dia, harap-haraplah dia akan dikebumikan sebagai seorang muslim, dan semoga Allah mengampuni semua dosa-dosanya da semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.

Lagi satu, melalui berita yg aku dpt di internet, selepas zaman kegemilangannya, MJ dikatakan telah bangkrup dan menanggung berjuta-juta dollar. Kesian anak-anaknya, dr apa yg aku baca di paper, semasa MJ dibawa ke hospital dan telah disahkan kematiannya, saudara-maranya telah datang ke rumah belaiu dan mula menyiasat berapa byk harta yg MJ ada. Apalah diorg ni, tak fikir ke pasal anak-anak MJ? Kenapalah selfish sgt.

Dulu masa kes MJ nak kena saman dgn Syeikh Abdullah dari Arab Saudi tu, dengar ceritanya, sebenarnya duit tu, bukan MJ yg guna tetapi saudara-saudaranya yg guna. Kebetulan masa MJ dapat duit tu, dengar ceritanya saudara-mara MJ telah datang mengadu, mintak tolonglah kiranya. So si MJ i punya lah baik hati bagi je kad bank yg simpan duit tu kt diorang and dgr ceritanya, duit-duit tu di
keluarkan SETIAP HARI dlm amount yg byk. Tamaknya diorang...

Walau apapun, aku doakan semoga dia dirahmati Allah dunia akhirat. Walaupun aku tak 'close' sgt dgn MJ ni, tetapi aku membesar dgn lagu-lagunya-beat it, black or white, we are the world, dan yg tak boleh lupa, dia punya robotic dance and moonwalk dance. Bila ingat-ingatkan semua ni, dan dengar balik lagu-lagu dia, memang diakui dialah Raja Pop dunia.

Semoga rohnya aman dan ditempatkan disisi Allah. amin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts