Thank you so much for following this blog

Friday, July 10, 2009

Islamkah dia?


Assalamualaikum para viewers semua,

Sudah hampir 2 minggu pemergian Micheal Jackson tapi sehingga sekarang, masih lagi pelbagai spekulasi yang melanda. Namun satu persoalan utama yg sering bermain di fikiran aku ialah: adakah dia dikebumikan sebagai seorang MUSLIM?

Sejak hari pertama kematiannya diumumkan, aku mula membuat research di internet dan sumber-sumber yang ada, semata-mata untuk mendapatkan pengesahan mengenai status agamanya dan bagaimana dia akan dikebumikan. Penting untuk kita ketahui kerana agamanya akan menentukan hala hidupnya selepas ini, dan yang paling penting tanggungjawab kepada mereka yang masih hidup untuk mengebumikannya mengikut lunas-lunas islam sekiranya benar dia adalah seorang muslim.


Semasa membuat ucapan ulasan ke atas kematian adiknya itu, Jermaine Jackson, abg MJ yang seorang muslim mengatakan "May Allah be with you, Michael, always". Namun ucapan ini tak boleh membuktikan keislaman MJ. Bukan aku tak percaya, cuma masih mencari bukti-bukti yang kukuh, supaya hati aku ni boleh berasa lega. Yelah,sekurang-kurangnya dia memilih Islam sebagai pegangan hidupnya dan disemadikan mengikut cara Islam.


Mengikut berita yang diterima dan tersebar luas di media massa, MJ dikatakan telah memeluk Islam pada
Nov tahun lalu . Difahamkan, Michael telah mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.
Sebelum itu MJ adalah bekas penganut mazhab Kristian Jehovah's Witness.

Semasa majlis memperingati MJ yg diadakan di Staples Centre, terdetik juga di hati aku, musykil tentang kewujudan mayat MJ di dalam keranda bersadur emas yg bernilai USD87k tu dan dihiasi jambangan bunga merah. Rasa-rasa macam tak ada je. Ada juga spekulasi yang mengatakan yang sebenarnya itu hanya lah keranda. Ada yang mengatakan sebenarnya mayat MJ telah pun dikebumikan secara Islam dalam majlis pengebumian tertutup. Namun ia tidak diketahui umum kerana media barat tidak mahu menghebahkannya.

Mengikut laporan media CNN, berdasarkan sijil kematian yang dikeluarkan menyatakan Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries,sebagai tempat penyimpanan sementara. Tapi tak mustahil jika MJ dikebumikan di situ sebab menurut Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries website, mereka mempunyai section atau pembahagian kawasan mengikut agama. Lagipun Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries menyediakan khidmat pengebumian untuk semua agama...lihat di sini

Tapi sebagaimana diketahui umum, otak MJ telah dikeluarkan untuk bedah siasat yang ke-2 selepas keluarganya tidak berpuas hati dgn laporan pertama yg dilakukan ke atas mayat MJ.

Antara hasilnya ialah:
  • Rambut MJ hampir botak dan dia terpaksa memakai rambut palsu
  • Tubuhnya terlalu kurus dan perutnya hanya dipenuhi dgn pil-pil yg sudah larut, dia langsung tidak menjamah makanan dan hanya mkn pil
  • Beratnya hanyalah 51.8kg, berat badan yg tidak ideal utk seorg lelaki setinggi 180cm
  • Peha, pinggul dan bahu MJ dilaporkan dipenuhi banyak kesan jarum dipercayai akibat daripada suntikan ubat penahan sakit.
  • Difahamkan, ada 4 suntikan yang masih baru di sekitar jantungnya. Ia kemungkinan disebabkan doktor mahu mengepam adrenalin ke dalam jantungnya untuk menyelamatkan nyawa manakala 3 suntikan itu telah merosakkan dinding jantungnya.
  • Beberapa tulang rusuk MJ patah ketika usaha menyelamatkannya dan ada kesam lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering.
  • Kesan parut turut dikesan di bahagian telinga kirinya yang dipercayai kesan daripada kemalangan sewaktu dia membuat penggambaran iklan Pepsi pada 1984. Waktu itu rambut MJ pernah terbakar.
Dan kini seluruh dunia masih menantikan hasil bedah siasat ke atas otaknya.Kita tunggu dan lihat apa resultnya nanti.Walau apapun, masih, yang menjadi tanda-tanya ialah cara pengebumiannya.

Namun sebagai insan biasa dan tidak sempurna, biarlah kita doakan yang terbaik buat dia. Jika benar dia seorang muslim dan dikebumikan secara Islam, alhamdulillah. Marilah kita doakan semoga dia ditempatkan di sisi orang-orang yang dikasihi Allah. Dan semoga rohnya aman. Amin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts