Thank you so much for following this blog

Wednesday, July 15, 2009

Michael Jackson &"Give Thanks to Allah"


Bismillahhirrahmanirrahim

Salam kpd semua sahabat pembaca yang dirahmati Allah,
Pagi ni, sebaik sahaja sampai ke office, sambil having breakfast, aku sempat lagi check email yg masuk ke mailbox email office. Suddenly i received one email..oh, dri officemate aku, oh..lagu nasyid dlm bahasa inggeris, tajuknya Give Thanks to Allah (mcm penah dgr je), nyanyian Michael Jackson (???).

Sedap lagunya, lirik dan melodinya ringkas, sesuai untuk kanak-kanak. Liriknya ringkas, tapi mesejnya padat.Melodinya...sedap, suaranya lembut..serba kena. Memang sedap, mudah dihafal, mcm selawat syifa yg dinasyidkan tu. Nampaknya nyanyian boleh menjadi medium dakwah yang hebat, insyaallah. Kalau sesiapa yg berminat nak dgr, boleh upload kt sini >>>>

Oh ya, pasal lagu ni, didakwa ia dinyanyikan oleh MJ. Kalau dengar sekali, mmg ada macam suara MJ tapi kalau dengar banyak kali, tak sama.So aku tak puas hati, aku pun buatlah research, cari maklumat kat internet.So, inilah hasilnya.

Penyanyi sebenar lagu ni ialah seorang hamba Allah yang bernama Zain Bhikha, seorg penyanyi dakwah dari South Africa. In dimuatkan di dlm albumnya yang bertajuk "Towards The Light". Lagu ini juga terkandung di dalam album penyanyi Cat Steven atau nama Islamnya Yusuf Islam yang bertajuk:Bismillah, yg dirakam semula pd tahun 2001. Kalau tak percaya, boleh check di AMAZON.

Zain Bhika, penyanyi asal lagu ini merakamkan lagu ini sebagai lagu nasyid kanak-kanak. Sebenarnya lagu Give Thanks to Allah ni mula popular selepas pengislaman MJ, dimana ramai internet user mempercayai ia dinyanyikan oleh beliau. Walau bagaimanapun, dia dalam blognya, Zain Bhikha telah mengesahkan bahawa MJ tidak pernah menyanyikan lagu ini. Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.
Walaubagaimanapun, Zain dikatakan telah memberikan kebenaran kepada MJ untuk menyanyikan lagu ini pada bila-bila masa apabila beliau (MJ) telah bersedia.

Menyentuh tentang minat MJ terhadap agama Islam, ada sesetengah pihak mengatakan bahawa pendedahan (ketika press conference yg diadakan pd thn 1989) mengenai minat dan keislaman nya itulah yang telah mengundang pelbagai peristiwa buruk sepanjang karier dan hidupnya. Beliau dikatakan tertarik dgn islam selepas melihat kehidupan abgnya, Jermaine yang tenang menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.Katanya "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Sejak itu, hidupnya tidak lagi aman. Dia didakwa mendapat surat amaran, diikuti dgn tuduhan mencabul kanak-kanak (kalau korang perasan, berturutan peristiwa yg berlaku) seakan-akan ada konspirasi untuk menjatuhkannya sekaligus mendatangkan kebencian masyarakat kepdnya. Ini dilakukan kerana secara logiknya, MJ adalah seorang yang sangat berpengaruh (hellooo...he is king of pop..the creator of moonwalk dance orait), mempunyai peminat di seluruh dunia. Cuba korang bayangkan kalau dia memeluk Islam dan menjalankan dakwah secara proaktif, for sure akan membuka hati ramai peminat-peminatnya kan. Inilah yg ditakuti oleh pemimpin agama kristian dan US government.

MJ dikatakan sebenarnya telah dikebumikan secara Islam dgn bantuan The Brotherhood of Islam (i'm sure inilah yg sebenarnya dikehendaki olehnya). Tetapi menurut sumber tertentu, CIA telah menghalang family MJ drpd menghebahkan kpd umum tentang pengebumian tersebut, dan mereka mahukan supaya diadakan majlis memperingati MJ mengikut agama kristian-untuk membuktikan kpd dunia bahawa MJ tidak pernah memeluk agama Islam.

Sebab itulah ramai yg mengatakan bhawa keranda emas yg dibawa di Staples Center adalah kosong dan berkunci. Keluarga MJ dikatakan akan 'mengebumikan' keranda tersebut mengikut agama kristian di Hollywood-seperti yg dikehendaki oleh US government.

Walau apa pun, kita doakanlah semoga cerita tentang minat, keislaman, usahanya mendalami islam, kematiannya dlm iman kpd Allah dan pengebumiannya sbg seorg muslim adalah benar. Suka diingatkan, artikel ini ditulis bkn untuk mengundang sifat perkauman, atau mempersoalkan perbezaan agama, apatah lagi menghina agama lain, tetapi sebagai renungan dan pengajaran kpd diri aku sendiri dan rakan-rakan muslim yg lain bahawa, seglamer mana pun kita, sehebat mana pun kita di dunia Allah ni, bila tiba masanya, walau dgn apa cara sekalipun kita akan kembali jua ke sisi-NYA. Itulah ketentuan, yg hidup pasti akan mati.

Al-fatihah untuk MJ dan muslimin muslimat yg telah menemui-Nya terlebih dahulu.




1 comment:

  1. nice article...keep up ur good works!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts