Thank you so much for following this blog

Tuesday, June 30, 2009

Kerja dan hidupku


Salam viewers, Hari ni hari pertama aku menjalani hidup sebagai seorg wanita yg berumur 29thn. Takde apa beza, takde apa-apa perubahan drastik, cuma ada sedikit azam di dada untuk meningkatkan mutu ibadah dalam hidup seharian. Yang lain-lain tu, mcm biasa je, just follow the flow. Thanks for kwn2 yg sudi sms/leave message and wish happy birthday for me, serta thanks for doa-doa kalian. Semoga Allah terus memberkati kita semua.

Entry aku berkenaan perangai dan karenah client aku dr Vietnam nampaknya dapat banyak response dr kwn2 yg rajin menjenguk ke blog ni. Ada yang menyokong aku, ada yg menuntut kesabaran aku, ada gak yg tumpang sekaki meluahkan rasa. Apa-apa pun, terima kasih atas response semua ye.

Ye, dia memang dh ada di sini, dan memang kedatangannya mengundang 1001 masalah, menambahkan tekanan yg sedia ada. Memang perangainya tak semenggah, dan memang cara nya memberi arahan begitu menyakitkan dan melukakan hati. Sangat kasar, sangat kurang ajar dan sangat tidak menyenangkan terutama bau badan dia (nak je aku bgtau dia suh balik mandi jap).Mujur boss aku sangat-sangat memahami situasi aku dan rakan sekerja yg lain. Untuk hari ni, baru sekali-dua dia dtg menempek kt tempat aku, semalam langsung aku tak kasik chance, siap bagi jelingan maut je, jelingan yang buat dia terdiam sepanjang hari.(So sape2 yg nak guna jelingan aku utk bagi warning kt client korang, boleh leave message kt shoutbox tu, aku kenakan charge yg berpatutan je).

Dalam pada tu, kerja semakin menimbun, masa semakin berlalu. Nak taknak aku terpaksa tolak semua pertolongan yg dia mintak, bukan menyombong atau taknak tolong cuma bila fikirkan asyik tolong orang aje tapi kerja aku yang terbengkalai sampai boss pun dah start jeling-jeling tgk documents atas meja aku ni, so rasanya tak bolehlah aku berlengah lagi. Kena buat sesuatu ni, kena siapkan apa yg urgent dan pas tu barulah boleh tolong mamat vietnam ni. Kalau tak, mintak maaf lah ye.Baik aku jaga periuk nasi aku daripada tolong jaga periuk nasi org. Kang masuk pasir kang, payah lak.


Oh ya, dlm suasana tegang tu, bila tgk senyuman dan gelak ketawa anak, terbang semua masalah. Zara semakin nakal, dah pandai marah kalau dia taknak something yang dia tak suka mcm pukul dada aku kalau aku nak bagi babah dia dukung dia. sayang, mama ni nak mandi solat pun payah. adeh, manja benor.

Aku tak sabar tunggu hujung minggu. Penat dan rasa sungguh tertekan. Nak cuti, tengah busy, bos mesti tak kasik. Tak syok lak kalau aku cuti tapi phone asyik berdering je. Lagilah tension kan kan kan.
So sabar jelah..

Ok, lunch time dh tamat, time untuk sambung kerja. Salam.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts