Thank you so much for following this blog

Wednesday, July 29, 2009

Aku Rindu Anakku yang NAKAL!!

Salam semua,

Ini coretan khas buat anakku yang tersayang, Muhammad Muqri. Seorang yang manja, petah bercakap, rajin menyakat adiknya, Zara Damia dan seringkali menjadi teman berborak sebelum tidur. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya yang kecil dan comel tu, ada kala mengundang rasa marah tapi dalam masa yang sama, membuat diri ini ketawa sendirian. Ahhh, anak, kau permata yang tidak ternilai. Pengubat penat mama, penghapus duka lara. Senyummu sudah cukup membahagiakan hati ini.

Tapi sejak rabu lepas, dia demam. Bermula dengan muntah-muntah..diikuti dengan demam, menyusur pula batuk dan selesema. Sehingga sabtu, bila demamnya tidak juga kebah, aku dan hubby kembali ke klinik dan doktor telah 'mengupgrade' ubat-ubatannya ke tahap yg 'kuat sikit' (hahaha..bahasa kitorang kt umahlah ni). Alhamdulillah, demamnya beransur kurang tapi dia still muntah-muntah dan untuk 2 hari tu (sabtu + ahad) aku agak, cuma sejemput makanan dalam perutnya, itupun di paksa sebab kalau nak makan ubat, mestilah perut kena berisi, kalau tak nanti, ubat tak jalan, penyakit lain lak yang datang. Satu lagi masalah bila dia tak nak langsung menyentuh makanan even makanan kegemarannya. aduh...ini dah teruk, badan dah kurus kering, pipinya yang montel dah susut, mata dan cengkung..aduh anak, mama risau.

Isnin tu, aku hantar juga ke nursery dengan penuh rasa bersalah. Satu hari suntuk, merupakan hari yang sangat menyakitkan. Ya, memang menyakitkan bila kita rasa seolah-olah dipaksa untuk berada di sesuatu tempat sedangkan hati dan dikira kita melilau entah ke mana. Satu hari suntuk fikiran ku kosong, terbayang-bayang anakku yang sangat tidak berdaya tapi bersetuju di hantar ke nursery, semata-mata mahu menjaga hati mama nya yang pentingkan diri sendiri. Aduh, hati aku menangis sendirian. Anak, maafkan mama, sayang.

Bila tiba waktu mengambilnya di nursery, luluh hati ini melihat keadaan anakku, sungguh tak bermaya. Sekali lagi aku bawa dia ke klinik, kali ini kerana batuknya makin teruk. Hmm..kali ni doktor bekalkan sekali ubat demam, ubat cairkan kahak, ubat batuk dan antibiotik. Doktor juga berkali-kali nasihatkan muqri supaya makan..walaupun sedikit. Diam-diam sambil tersenyum sedikit dia mengangguk.

Malam tu, dia muntah sekali lagi. Kata doktor tiada apa yang perlu dibimbangkan, cuma dia perlu minum lebih air kerana bimbang terhidrat. Mujurlah anakku ini kerap minum, tapi dia masih lemah, dan aku tahu dia memang tak sihat. Selepas makan sedikit, minum susu dan makan ubat, dia tertidur.

Sepanjang malam aku berjaga, memastikan keadaan dan suhu badannya terkawal. Bimbang pula rasa hati, kalau aku tertidur, mana tahu time tu gak suhu badannya naik mendadak. Sampai pukul 4 pagi aku berjaga, selepas memberi dia ubat demam, barulah aku tidur sekejap, sebelum bangun semula jam 6.30 pagi. Alhamdulillah, pagi itu aku lihat dia lebih cergas dan bermaya. syukur kepada Allah.


Pagi itu ketika solat subuh aku menangis. Baru aku terasa betapa aku sangat rindukan anakku yang nakal dan keletah itu. Muqri, mama rindu abang, mama rindu abang yang selalu nakal, mama rindu abang yang selalu menyakat adik, mama rindu abang yang tiap kali ke nursery mesti nak berhenti di kedai untuk membeli gula-gula, mama rindu anak mama yang setiap kali pulang dari nursery mesti berhenti di kedai yang sama untuk membeli ice-cream, mama rindu abang yang selalu minta dibelikan mainan setiap jumaat di pasar malam, mama rindu anak mama yang sukakan ice-cream mcdonald, mama rindu anak mama yang suka ketawa, mama rindu segala-galanya tentang anak mama.

Kepada Allah yang Maha Esa, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku mohon sihatkanlah anak-anakku, jadikanlah mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, cergaskan tubuh badan mereka, cerdaskan fikiran mereka, jadikan mereka anak-anak yang gembira, yang manis dan disayangi ramai.

Dan aku tahu, DIA telah mengabulkan doaku.....

1 comment:

  1. doa yg terbaik 4 zara and muqri...comel n baik mcm ibu...kakzu dun 4get 2 ans my tag ek...u'ne been tagged!!!! refer ---> Thursday, August 6

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts