Thank you so much for following this blog

Friday, July 24, 2009

Legakan tekanan anda!!

Assalamualaikum semua rakan pembaca,

Minggu yang panjang dan sibuk, tak sempat nak berkongsi walaupun terkumpul seribu cerita. Ah..hidup yang sibuk ini memang takde kesudahannya, asyik dikejar waktu hingga terlupa kualiti kehidupan yang dicari dan diimpikan selama ini.Dari kisah MJ ke Yasmin Ahmad, hmm...sejenak tersentak diri mengenang betapa ada masanya diri ini terlalu alpa dan tidak bersyukur. Wahai Tuhanku, ampunkan hambamu ini.


Cerita semalam, dah tak tertahan tekanan yang melanda, hingga ke urat sendi sakitnya, digagahi juga meredah traffic jam dan mengejar masa (sambil hati dah teringat ke anak-anak buah hatiku), akhirnya sampai juga ke spa, tempat impian dan gelanggang melepaskan tekanan, meluruskan urat yang tersimpul.

Tempat yang indah dan penuh ketenangan. Muzik ala bali, deruan air terjun mini muatan di lobi kecilnya, dengan bauan minyak aromateraphynya bagai tahu niatku...arghh..serta-merta segala kekusutan hilang melayang. Yang tinggal hanyalah perasaan nyaman dan tenang.


Cinta sari spa yg terletak di Ampang..itulah tempat yg menjadi destinasiku di lewat hari semalam. Mujurlah suami tersayang sudi dan sanggup menunggu (thanks sayang..*wink *wink). Aku memilih untuk urutan badan selama 1 jam.. (kalau boleh nak 2 jam, tapi hati tu dh teringat kt anak-anak). Harganya RM50 shj utuk sejam, jgn terkejut, sebagai pelanggan setia spa ni, macam-macam dapat. Tiap-tiap bulan ada promosi. Bulan ni, utk pelanggan setia diorg kasik 30% diskaun utk pakej perawatan badan dan RM50 untuk 1 jam sesi urutan badan. Wah, murah tu, mana nak dpt, servis bagus, tempat cantik...huhuhu..rasa mcm nak tido kt situ je.

Oh ya, bg ladies yg tak pernah dtg (oh..spa ini utk LADIES ONLY ok), ada disediakan free trial utk body scrub+seewed treatment (masker badan) Wah..itu je dh bernilai rm70++. Jimat kan. Scrub pulak ada macam-macam pilihan, ada coconat, passion fruit, avacado, green tea, tea dan apple. Pendek kata, kalau tak cuba memang rugi. Sekali-sekala apa salahnya memanjakan diri kan, especially for mummies, eloklah pegi buat urutan..bagi release sikit. Elok curi sedikit masa utk penjagaan diri, ye lah, kalau tak kita, siapa lagi kan..kan...kan..

Berbalik pada proses urutan tadi, aku dibawa ke bilik massage yg suram tapi sungguh tenang. Muzik bali, urutannya buat aku hampir terlena (tapi tak sempat sebab badan dh sakit2, so bila urut mesti sakit, byk urat tersimpul)..ouch!. Tapi lepas sejam, hmm..leganya. kepala dh tak sakit, otot2 bahagian bahu, belakang dan kaki rasa lega, tak tegang seperti sebelumnya. Mana2 bahagian yg berketul2 sebab urat dah masuk angin tu, rasa lega sgt (selepas melalui pengalaman yg menyakitkan, sampai terjerit-jerit..adooii, sakit ooo, tapi kena tahan lah kan)

Sebenarnya banyak lagi treatment yang disediakan, pendek kata, sebut sahaja dari hujung rambut sampai hujung kepala, semua lengkap, facial pun ada, rawatan lepas bersalin pun ada (macam-macam ada). Dan lagi satu, harganya sangatlah berpatutan dan 'mampu dimiliki'..heheheh. Dan spa ni juga ada menyediakan gift voucher, so sesiapa yang bakal menyambut ulangtahun yg istimewa, bolehlah masukkan gift voucher ni dalam wishlist korang. kuang...kuang....kuang.

So kalau ada yang berminat, boleh check kt website diorang : www.cintasari.com

So aku harap info ni dapat membantu ye. Salam spa..heheh..back to nature.

1 comment:

  1. bestnya ke spa! nanti I cuba tempat nie, thanks for the info!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts