Salam semua, Lamanya tak berceloteh kat sini, sibuk sangat dengan kerja dan kehidupan harian. Walaupun ada bermacam-macam cerita nak dikongsi tapi terpaksalah ditunda sehinggalah sekarang, baru dapat cuti masa sikit (itupun sebab bos fly pegi Vietnam..hehehe). Eh, jgn salah anggap,semua kerja beres, semua dah settle, kita tak makan gaji buta tau!
Tadi masa curi-curi surfing blog kawan2, terbaca lak yang bulan ni bulan bapa..betul ke (tolong betulkan kalau salah, saya budak baru belajar..hehe). Takpe, kalau salah takde kena hukuman gantungnya.Ni nak cerita sikit pasal satu produk yg mesti korang tahu punya: TIMBERLAND
Ish, jgn cuak, takde apa-apa issue yang sensitif dgn brand ni, so far HALAL digunakan. Cuma nak berkongsi sikit pasal kualiti dan harganya. Macam ni, last time aku dengan hubby dok merayau-rayau, berdua-duaan kat Mid Valley, tetiba dia heret je aku kat satu butik ni, apa lagi, TIMBERLAND lah tu.
Hubby aku, sejak 2-menjak ni mmg tetiba lak minat sgt dgn brand ni. so aku ikut jelah. Lamanya tunggu dia memilih, nak cari sandal je. Aku lak yg jenis jahil barangan branded ni duduklah dgn bosan nya, mana tahu itu branded brand, takdela nak membelek.
Tah mcmmana, terlintas lak nak tgk sandal pompuan yg ada kt situ, pas tu saja lah try-try sarung satu sandal ni, eh, syoklah lak, leathernya lembut je walaupun rupanya takdelah secantik mana. Wah..syok ni. Aku pun apa lagi, cuitlah cik abg yg tgh syok mengetest sandal situ, aku tunjuk sandal yg aku suka tu..pas tu dia angguk je..hehehe...setuju lah tu.
Masa byr, terbeliak mata aku..2 sandal tu..harganya rm700++. Wah..biar benar ni, aku terus capai sandal aku and tgk harga. Gulp! RM369.90. Terduduk jap aku. Terkedu jap selama 10min. Huhuhu..nasib baik bukan aku yg bayar. So dapatlah aku sandal yg sepanjang hidup aku, inilah yg paling mahal pernah aku sarungkan kt kaki aku..
Inilah ghupanya:
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
No comments:
Post a Comment